Pages

Saturday, January 28, 2012

"Jika kalian bersyukur, Aku tambah nikmatKu pada kalian"

Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalamualaikum. 


(TAUJIH RUHIYAH karangan Abdul Hamid Al Bilali)


Syaitan membuka hakikat penting


Ketika diperintahkan Allah Taala sujud kepada Nabi Adam a.s, syaitan menolak untuk melaksanakan perintah ini. Akibatnya, ia diusir, dimasukkan kedalam golongan makhluk terkutuk dan diancam masuk neraka. Syaitan juga BERJANJI akan menyesatkan anak keturunan Adam yang menurutnya menjadi punca pengusirannya dari syurga. Syaitan menjawab, "Aku pasti menghalang-halangi mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka BERSYUKUR"  (Surah Al-A'raf 7:16-17)


Disini syaitan membuka hakikat penting yang TIDAK DIKETAHUI banyak orang, iaitu majoriti besar manusia TIDAK BERSYUKUR kepada Allah Taala dan orang yang SELAMAT antara mereka ialah orang yang bersyukur.


Syukur tidak terealisasi dengan sempurna, kecuali dengan
mengamalkan perintahNya dan menjauhi laranganNya. 


Rasulullah s.a.w menerjemahkan syukur ke dalam tindakan nyata


Aisyah r.a merasa hairan dengan qiyamulail Rasulullah s.a.w. Baginda melakukannya hingga kedua kaki baginda bengkak. Dengan nada takjub dan penuh tanda tanya, Aisyah berkata, "Engkau masih berbuat seperti ini, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu pada masa  mendatang." Rasulullah s.a.w bersabda, "Apakah aku tidak boleh menjadi hamba yang bersyukur?" (Diriwayatkan al Bukhari dan Muslim).


Rasulullah s.a.w tidak memahami syukur sebatas pujian dengan lidah. Menurut baginda, syukur ialah upaya SELURUH organ tubuh untuk mengerjakan apa SAHAJA yang DIREDHAI pemberi nikmat (Allah).


Seluruh makna syukur ini dirangkumkan Ibnu Al Qayiim rahimahullah dengan perkataannya, "Syukur ialah terlihatnya tanda-tanda nikmat Allah pada lidah hambaNya dalam bentuk pujian, dihatinya dalam bentuk cinta kepadaNya, dan pada organ tubuh dalam bentuk taat dan tunduk."


Seseorang perlu ingat saat dirinya berada dalam jahiliyah, lalu bagaimana Allah Taala menyelamatkan dirinya kegelapan pekat itu kepada cahaya terang.Contohnya, setelah menjadi kaya, orang Muslim harus ingat bagaimana kondisi dirinya saat miskin. Ia mesti ingat hari-hari saat ia berada dalam ujian dan ruang geraknya dibatasi sebelum pindah ketempat lain atau sebelum situasi berubah. Ia ingat bagaimana badai ujian berlalu, lantas Allah Taala menyelamatkan dari badai itu.


syukur umum : bersyukur atas nikmat pakaian,makanan,harta,kesihatan,kenderaan (dunia).
syukur khusus : mensyukuri nikmat iman,tauhid,hidayah,bimbingan hingga mampu beribadah. (urusan akhirat)
Tragisnya, sebahagian besar manusia hanya mengerjakan syukur umum, kerana bagi mereka, manfaatnya boleh dirasakan secara langsung. Memang, seperti itulah watak manusia.

Syarat-syarat syukur.

Ibnu Al Qayyim berkata, "Syukur seseorang terasa lengkap jika ia memenuhi tiga syarat dan ia dikatakan orang yang bersyukur jika melengkapi ketiga syarat itu. Ketiga-tiga syarat adalah seperti berikut:
i) Ia mengakui nikmat Allah pada dirinya.
ii) Ia menyanjungi Allah atas nikmat itu.
iii) Ia menggunakan nikmat itu untuk mendapatkan keredhaaNya"

Qarun memperakui nikmat pada dirinya itu ia peroleh kerana keilmuannya. Kerana itu, Allah Taala menenggelamkannya berserta istananya ke dalam bumi. Jika seseorang mengakui nikmat pada dirinya berasal dari Allah, automatik ia menyanjungNya atas nikmat-nikmat itu. Jika seseorang meyakini Allah Taala pemberi nikmat, maka ia takkan tegar menggunakan nikmatNya untuk bermaksiat kepadaNya. 

betapa aku merindui sujud kepadaMu Tuhan,

Allah Taala berfirman, " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat." (Surah Ibrahim 14:7). 

InsyaAllah, ya Allah. Pilihlah kami menjadi hambaMu yang paling bersyukur. Pilihlah hati kami ya Allah dan jadikan kami orang bekerja keras untuk menujuMu. (Akak sayang adik COOL).

Friday, January 27, 2012

muhasabah ai (cinta) kepada Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim.


Cuti Raya Cina.

Mungkin aku ingin mentarbiyah dzatiyah diriku disini. Di Bumi Shah Alam. Bumi yang akan ku tinggalkan dalam masa 6 bulan lagi. Semoga peninggalanku memberi manfaat kepada biaah (solehah) disini dan semoga aku keluar dengan result A Level yg menjadi alat untuk (2:30) dan (51:56) ku :)


Betapa hebat Allah menciptakan malam dan siang. 


Awal-awal cuti lagi dah plan macam-macam. Jadual belajar, UO (skype) adik-adik, buku yang nak dibaca, nak siapakn unit 6 (walaupun tak sentuh-sentuh lagi), nk jadi muslimat paling berdikari (ngehngehngeh), dan nak gunakan masa seefektif yang mungkin. BEST. Hari Jumaat tu, merantau ke sebuah toko buku bersebelahan bangunan Masjid India. Rasa macam dh dewasa sangat, bila kena merantau sendiri (dengan 2 orang rakan - atleast). Mula-mula rasa, bazir masa ke tak, bazir masa ke tak.. Tapi bila fikirkan balik, yang kita buat semua tu, jika niatkan untuk beribadah dan ingin ditarbiyah dari Allah, insyaAllah, we will be rewarded. insyaAllah.


Dan,memang rasa ditarbiyah waktu tu jugak. Subhanallah. tapi ni mungkinlah kelemahan bila jadi orang sains stream kot. mungkin orang lain dah tahu. tapi aku macam baru tahu. emmmm. takde orang bagitahu kot. Macam ni, sampai je kat kawasan Masjid,orang berpusu-pusu jalan ke arah Masjid bawak sejadah kat bahu. Ohho, kami ni pulak berkelam kabut mencari toko buku tu. 


Masuk simpang ni, ada saf, masuk simpang depan, ada lagi saf, sampai la satu lorong..yang agak luas, mungkin ni main lorong kot,aku melihat para mukmin yang sedang rukuk. dan kemudian sujud. Ramai visitors yang mengambil gambar dan terpegun. Allahuakbar. Dalam hati nak je jadi speaker kat orang2 putih tu, explain apa yg sedang para mukmin ni buat. Tapi.. ramainya ahli jemaah disitu.. Malu pun ada, sebab yang solat Jumaat semua lelaki >.<


bukan camera ana. hanya mampu copy dari tumblr
 walaupun dalam hati sangat-sangat nak jadi macam  photographer ni.


Kini aku cuba mengamati dunia dari sudut pandangan yang berbeza. Weeehooo. "Dunia ni sebagai tempat bercucuk tanam. Dan hasilnya kita akan kecapi di akhirat nanti". Ayat ni biasa lah tu diungkapkan tapi sejauh mana kita faham sefaham-fahamnya? Ok, jom check balik tujuan kita dihidupkan. (2:30) dan (51:56). menjadi khalifah dan beribadah. SPM dah belajar lah KAK! (ohh suara-suara sengau itu kedengaran lagi). Baiklah. Tak kisah, nak share jugak! Actually, boleh lah kita analogikan dengan telur kuning dan telur putih. Antara telur putih and telur kuning, mana satu yang lagi penting? ADE ORANG KATA, TELUR TAK PENTING. oh Ya Allah. 


Telur kuning tu anak ayam. kira matlamat penciptaan telur tu. Telur putih pula, region yang mmbekalkan nutrient dan apa-apa yg diperlukan untuk pertumbuhan anak ayam tu kan. Jadi, yang mana lebih penting? telur putih atau telur kuning? Kalau lah, telur putih sikit je, agak-agak cacat tak anak ayam tu ek. Tapi kalau telur kuning(matlamat) tu besar gila, telur putih (alat) takdak, tak boleh juga ye. emm emm.


Jadi, cuba letakkan matlamat penciptaan kita tu sebagai telur kuning.  (2:30) dan (51:56) di region telur kuning. dan apa-apa yang kita boleh buat, untuk support matlamat tu, kita letakkan di region telur putih (alat). Seperti study kita lah, as well as most of us are student right. Jadi, gunakan study tu sebagai alat yang terbaik untuk capai matlamat penciptaan kita. Tu baru salah satu contoh. kalau yang lebih simple, makan. Kalau kita gunakan makan sebagai alat untuk mendapat tubuh badan yang sihat dan kemudiaannya dapat digunakan untuk mencari rezeki, ia juga dikira ibadah. TERBAEK, bukan? makan pun dapat pahala :)
"Tahniah jika anda masih mampu berjalan menggunakan kaki walaupun ramai orang lain sedang berjalan menggunakan tangan" 

menjadi generasi Quran bukan suatu hukuman, namun nikmat yang  tertinggi nilainya.

Muhasabah menjadi lebih baik

Anda pasti mengenali tokoh sains dan teknologi pada abad ke 20 ini. Beliau (en Albert) diakatakan telah menggunakan kedua-dua otaknya secara optimum sehingga menjadi orang yang ssssangattt hebat kan? Biasanya, kita cuma menggunakan sebelah sahaja bahagian otak kita untuk berfikir dan mengakibatkan sebelah lagi bahagian otak kita tidak diaktifkan. Cuba bayangkan dalam kehidupan seharian, anda hanya menggunakan tangan kiri SAHAJA, berjalan dengan kaki kanan SAHAJA, mendengar menggunakan satu telinga SAHAJA walhal anda mmpunyainya dengan sempurna. Begitu juga dengan otak.

Biasanya, students sains banyak mengaktifkan otak bahagian kiri sahaja. Kedua-dua otak adalah sama penting dan untuk menjadi seorang yang cemerlang&hebat, kedua-dua otak perlu digunakan secara harmoni iaitu kedua-duanya perlu diintegrasikan dengan sempurna. (ohho saintifiknya post kali ni.errkk) so biasakan lah bila dah penat-penat buat math atau chemistry, kita sentuh balik buku sejarah. Kalau buku teks sejarah tak menarik, kita sentuh la buku 'Sultan Muhamad Al Fateh'. wahhhha nampak lebih bersemangat!! 

Islam sebenar harus kembali. insyaAllah.
Hari tu ada terdengar, orang bincang-bincang kenapa umat Islam jatuh. 1) sebab mereka tak MENGKAJI SEJARAH. 2) malas. 3) tidak bijak merancang. Source ni tak dapat dipastikan. Tapi once orang dah kata-kata macam tu, mungkin ada betulnya. Mungkin kita dulu study sejarah hanya untuk peperiksaan. Jadi, sekarang, marilah kita mengkaji sejarah. Selain kita dapat tahu sejarah Islam dan faham dengan hati, kita juga dapat menyeimbangkan keaktifan otak. Mungkin anda juga mampu menjadi lebih cemerlang selepas ini!

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"

[Hadis Riwayat Imam Ahmad]
Muhasabah cinta kepada Ilahi di Bumi Intec, Shah Alam. Semoga usaha tak penah lekang dari jasad yang hanya dipinjamkan sementara.