Pages

Monday, February 28, 2011

Selamat Pengantin Baru 1 - pasangan Bizi dan Gizi

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t , ya habibi ya maulana !


Ya,pertama sekali Tahniah kepada pasangan Bizi dan Gizi yang akan bernikah 1 Mac ini.Untuk pengetahuan, mereka telah pun bertunang pd 27 Februari yang lalu. Saya harap mereka dapat bersatu hati dan memberikan kesan yg baik kepada masyarakat lebih-lebih lagi kepada saya.Malah mengahsilkan produk yang mapan.Ceh.Jom, mesti tak sabar nak melihat gambar kebahagian pasangan tersebut. saya juga begitu teruja. Maaf, andai costume mereka nampak buruk. 


Mungkin pertama kali mereka mengambil gambar bersama-sama. How sweet.Mungkin pernah sebelum ni mereka digandingkan bersama,tetapi siapa sangka, akhirnya mereka bersama juga.Kepada En Bizi, saya harap awak dapat menjaga Pn Gizi dengan sebaiknya. Dia lah sumber kekuatan dan ingatlah dia setiap masa dan ketika. Dialah pasangan yang dicipta Tuhan untukmu.Kepada Pn Gizi, kita dah berkenalan sekian lama. Harap awak redha dan gembira selalu.
dairy product - kalsium,vitamin B12, B2 ,A dan D.

isotonic drink - energise your day

kismis, homeopati, vitamin C, beta carotene

sepupu dairy product. diambil waktu sarapan

test yang selalu wujud dlm diri student secara tiba-tiba

jadual yang pandat-sendat-mampat. masa perlu dimanage sebaiknya
Sebenarnya, makanan dan kesihatan amat berkait rapat dalam kehidupan seseorang manusia. Apabila seseorang manusia itu bijak dalam manjaga pemakanannya, badan mereka akan sentiasa cergas dan aktif berbanding dengan seorang yang hentam kromo dalam penjagaan diet/pemakanan mereka. Lebih-lebih lagi bagi seorang student.Kualiti amat ditekankan dalam pengambilan makanan berbanding kuantiti.Berkaitan pula dengan aktiviti harian (En Bizi), memang ade correlation untuk dua variable ini. Nampaknya, En Bizi dan Pn Gizi memang seperti telah lama dijhodohkan. ya tak? Pn Gizi memang banyak mempengaruhi perestasi En Bizi. Malah yang lebih penting, untuk melaksanakan ibadat kepada Allah. Sebab itulah, Allah ciptakan Pn Gizi. so sweet -.-

Allah s.w.t. telah berfirman di dalam Kitab Suci Al Quran yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman,makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah apabila benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah." (surah Al-Baqarah ayat 172)
Imam Qurtubi mantafsirkan 'rezeki yang baik-baik' sebagai makanan yang bermanfaat daripada segala sudut.


Contoh yang paling baik untuk dijadikan teladan dalam penjagaan makanan tentunya Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.Banyak sunah Baginda yang jika diamalkan pada hari ini dapat melahirkan generasi yang berdaya saing dan sihat. Lebih-lebih lagi apabila amalan-amalan dalam pengambilan makanan Baginda dibuktikan kebenarannya melalui kajian-kajian saintifik yang dijalankan.He's the one.The chosen one.


Seterusnya,berhubung dengan kepentingan air, Ibn Qayyim al Jauziyah berkata,"Air bersih yang segar bermanfaat bagi mereka yang sihat dan yang sakit.Air terhimpun padanya kebersihan,kesejukan yang asli dan kemanisan, bermanfaat bagi tubuh badan dan cara yang penting bagi memelihara kesihatan.Oleh itu,Nabi Muhammad suka meminum air yang dicampuri dengan madu lebah."


tips menjaga kulit : madu lebah dapat digunakan bagi mengeluarkan alpha hydroxy acids (AHA) yang berfungsi meningkatkan kadar pertumbuhan sel-sel baru. madu lebah juga menambah tenaga. sangat sesuai kepada ahli-ahli sukan seperti hehe, sukanlah. takkan tak tahu.Ayat-ayat cinta dari Allah tentang lebah ni kan, dalam surah An-Nahl ayat 69 : "Keluar daripada perut lebah minuman (madu) yang pelbagai warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia.Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi yang berfikir." 


mengasingkan sayur ketika makan adalah amalan yg tak patut dicontohi

sanggup mintak pakcik kedai buat paprik ayam tanpa sayur, murah sikit. 
tiba satu part yang buat saya gerun sebentar. SAYUR. emmm.memang tak dinafikan pengambilan sayuran dan buahan amat penting dalam diet/pemakanan.kalau tak, memang mudah diserang penyakit dan lembik serta lemau macam seseorang tu.ok lepas ni, saya try makan. try. tapi saya makan je sayur bendi, kacang panjang, kobis, kangkung, lobak putih. lagi-lagi ayah masak.kalau ayah masak saya makan sebab sedap.tapi sejak dah migrasi ke SA ni,sayur telah diabaikan dan jadilah seperti yang dijelaskn diatas.


Harap-harap ikatan yang tercipta antara En Bizi dan Pn Gizi terus kekal dipelihara. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya. Sayangi perut anda setiap hari, vitagen.Mulakan setiap kali hendak makan dengan Bismillah dan sudahi dengan Alhamdulillah. :)


Bulan Mac 2011 ni nampaknya berlipat ganda kesibukannya lantas masa perlu dibahagi sama rata dan seia sekata.semoga aku mendapat keredhaan dari Allah, semoga Allah memudahkannya bagiku.Amin. Bismillahitawakkaltu 'Alallah. Bulan 3 juga terdapat dua majlis penting - perkahwinan sepupu dan pertunangan senior. Barakallahiwalakum. dan..... Selamat Hari Lahir kepada Suryana Binti Md Yasin. 8 Mac 1993.


spaciba balshoi, good luckkkk ! 
salam, majHR 2011

Sunday, February 27, 2011

Ghempah Bummmiy & Construction

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t. kepada pembaca yang setia (even stalker.hehe)


(mood nangis) ishk ishk ishk.baru-baru ni ada sesuatu yang menimpa kami warga akasia,lebih-lebih lagi penghuni di tingkat 5.Malang tidak berbau bacin. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana tiada jiwa yang trkorban,walaupun keadaan amat tegang pada ketika itu.Pada waktu itu, saya dibilik manakala 2 orang lagi rakan serumah di ruang tamu sedang setadi.nasib kami sekali lagi baik kerana seorang lagi rakan tiada di rumah.petang sebelum kejadian berlaku,angin sangat kuat dan hujan renyai-renyai kalau tak silap.perhatikan gambar di bawah sambil menyediakan tisu Scotts ye.bersedia...scroll slow slow...




ala Husna, bukan ada apa apa pun. ok baiklah.ini kali kedua.memang hingar bingar keadaan dalam rumah.ingat kan gempa bumi scala ritcher 7.rasanya ni kesan resonance. bila wavelenght angin dah sama dengan kekuatan dinding, membuatkan zarah dalam simen bergetar dan bergetar lagi dan jatuh.pap pap pap pappp.hancur hati tengok dapur jadi macam ni. tak salahkan siapa-siapa pun.kami anggap ni semua lumrah-suratan-takdir-ajal-maut-jodoh-pertemuan di tangan Tuhan.


Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal." (surah Ali Imran ayat 159)
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "kalau sabar itu seorang lelaki,tentulah dia mulia.Allah menyukai orang-orang yang sabar."


Masa kali kedua berlaku, terdetik dah di hati kami untuk wat donno je. sebab kalau havoc sangat pun, takkan merubah keadaan. benda nak jadi.so, housemate susun je serpihan-serpihan tu kat tepi dan sapu-sapu sikit lepas tu sambung wat kerja masing-masing.kami berpegang pada sabar dan tawakal pada Allah.itu lebih baik dari menyalahkan mana-mana pihak.cuma..... yela sebagai seorang 'muda' yang matang berfikir yang nak berfikir how is this can happen after believe semua memang ketentuan Allah.for what reason? bulatkan jawapan yang betul.
A. constructer cuba mengaut keuntungan dengan menipu ketika pembikinan dinding
B. 'pangsapuri' sudah lama dan dinding dah expired
C. dinding memang diciptakan untuk runtuh selang beberapa tahun(trick perniagaan)
D. dinding dan simen murahan
 apa-apa pun, kita kena lah husnu dzon ye (bersangka baik). 
ok. habis cerita tentang construction.


tips menjadi kaya: Rasulullah s.a.w. bersabda : "siapa ingin menjadi manusia terkaya,hendaklah dia lebih mempercayai yang ada di sisi Allah daripada yang ada bersamanya" renungkan.. kita ni saudara, nak banding dengan Allah, heyh, malu rasanya. tak de apa pun kita. Asalnya dari tanah, kembali nya juga ke tanah. Tanah yang orang pijak-pijak tu, yang berbau tu.itulah kita. Sebab itu juga kita diajar Islam untuk bersujud, untuk kita kenal siapa diri kita, siapa kita dengan Allah. sedarlah...


mungkin kata-kata Rasulullah yang seterusnya ini membuatkan kita lebih termenung seketika:  "siapa di waktu pagi lebih mementingkan dunia, maka dia tidak memiliki sesuatu dari Allah. Malah Allah akan menetapkan empat hal dalam hatinya; keduakaan yang tidak pernah ada putusnya,kesibukan yang tidak pernah ada rehatnya,kefakiran yang tidak pernah kaya dan angan-angan yang tidak pernah hentinya." Ya Allah.....kerdil sungguh hambaMu ini...
Jadi, mulakanlah harimu dengan perkara yang tidak melalaikan dari Allah.Antara amalan sunat yang dapat dilakukan at least oleh seorang student mcm saya; solat sunat subuh,baca AL-Quran, Al Mathurat, Selawat ke atas Baginda yang dikasihi, dan zikir-zikir mengingati Allah... u can do more sebenarnya.. 


white haouse intec yang putih suci menenangkan hati
in the end,saya letakkan lirik lagu pemergian oleh inteam.hayatilah...bait per bait untuk kali ini...kali INI...


Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

c/o Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu



credit to: http://liriknasyid.com
video ada di sini: pemergianmu - in team




ich liebe dich, guten nacht.
salam, majHR 2011.

Friday, February 25, 2011

Beralih Cinta

Bismillahirahmanirrahim. 
Assalamualaikum w.b.t.


Baru sahaja selesai menyelesaikan test 1 biology, untuk sem kedua. Ye, memang carry marks tapi macam tak rasa apa-apa.entahlah..mungkin sebab petang? metabolism jd rendah dan mood tak dapat dikawal dengan baik. Ada kaitan? hm. lecturer macam tak kisah kami ni belajar ke tak, HUSNA... dont too depend sangat pada lecturer. banyyakkkkkan baca Pearson tuu. note yang lecturer bagi pon ade.. Alhamdulillah...



Pagi tadi juga, test math.gembira.padahal just nak sedapkan hati malam tadi tak study sbb trtidur. Ye, ye, memang suka math. rasa dah salah bidang apabila markah math lagi tinggi-tinggi-tinggi daripada bio. kalau belajar math, suka sebab banyak jalan kerja. rasa otak pun mampu bergerak, meningkat kan lagi level MAOA (monoamino oxidase A) supaya tak jadi antisocial. mungkin dari dlu lg MAOA rendah.ntah.. bila banyak membaca, lagi banyak kita tahu, sesuai lah dengan ayat pertama dari Allah di dalam Al Quran " Iqra' ". dalam kelas bio tadi, lecturer ade cakap yang Malaysia terselamat dari TSUNAMI kerana dilindungi oleh Sumatera, Bornea dan kawasan lain cam tu jugak. tambahan untuk lingkaran api pasifik.. sekali lagi terselamat dari kawasan gunung berapi. Are this is just kebetulan? No. theres no kebetulan. its qada'. in my opinion, Allah cuma bagi masa dan ketika untuk Allah lihat, sebanyak mana hambanya di Malaysia akan bersyukur dan bertaqwa kepadaNya. sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur..


Dalam minggu ni sangat sibuk kerana EXAM. biasa lah tu, student time exam je bz. yeke? hari rabu lepas baru je amik test chem. Alhamdulillah, hrap-hrap ade perkembangan.. bila tiba bab kimia paling suka setadi oxidation. jawablah sendiri kenapa.



lastly, comment pasal exam IELTS. yet i know manipal requirement is band 6.5. Seems to hard. i think for others friends, it is reward. for first test i got 5 while others 6-7.5.. thank God at least ade nombor. Alhamdulillah. IELTS untuk semester ni untuk writing and speaking. bila bercakap memang jawo johor kluar semua. so? nak wat macam mana? nak salahkan ibu mengandung? sorry its not me. pada sesiapa yang mengahadapi situasi yang sama, tolong realise yang ni semua atas DUIT anda sendiri. Doa-usaha-ikhtiar-tawakal. sebolehnya, usaha sehabis boleh. klau cakap english time nak test je (mcm i), dapat band 2 pun tak leh salah orng lain la.pastu ada hati nak jeles kat orang lain. ada lagi tu yang order daging fresh sedara sendiri lagi utk wat lunch, salahkan examiner. tolong ye jangan. jangan last minute.


sikuzu
budak intec je tahu, hehe. saat yang paling ditunggu-tunggu setiap hari khamis jam 12.50. jemput datang :) edisi sikuzu kali ni saya dapat realise satu benda yang sangat penting. apa dia na?
matlamat hidup.


liana:apa matlamat hidup u?
liani:nak jadi doktor.
liana:then?
liani:kahwin.
liana:then?
liani:bahagia. bukan ke hidup untuk bahagia 'je'?


tak jelas.hm, common answer right? u nak jadi apa? apa matlamat hidup u?answer scheme: pilot, great people mcm Charles Darwin(i tak nak jadi monyet) , engineer, arkitek, cikgu dan macam-macam lagi. apabila ditanya ditanya penghujungnya-hanya nak ada cicit. tu je ke?
macam ni, speaker sikuzu tu cakap:
"begin something with the end in mind" .orang yang paling cerdik, yang meletakkan end nya selepas kematian. faham ke..?


contohnya dalam main satu game - kita mesti ada matlamat nak menang. tak kira macam mana cara, langgar peraturan ke, apa ke, janji nak menang. kena kad pun salahkan pengadil, lepas tu gaduh antara dua pasukan. yela, matlamat nak menang...kan? cuba kalau letakkan matlamat nak buat kawan.. (nak kawan ngan Teves boleh?) so, menang atau kalah, apa yang kita dapat, kita akan redha, yg pnting ikatan persahabatan tu tak tercalar sikit pun. haa macam tu la.. lagi satu, works as one team..go go go. tetiba semangat!
jadi..
saya..
nak..
beralih....


c.....
i......




n.....
t.....






a.....
kepada......




jadi dengan ini,saya nak beralih cinta kepada O&G :)
selamat tinggal paed and anest... 
supaya saya dapat melindungi muslimah wal mukminah yang ingin melahirkan anak. biarlah choice utama mereka doktor muslimah yang pakar.insyaAllah..Baru saya tahu hala tuju hidup ini, ade 'tugas' yang lebih utama.sebenarnya apa-apa pekerjaan pun boleh.yang penting, kenapa? so, setelah menetapkan matlamat dalam menentukan pekerjaan, berjalan lah kearah itu... semoga kalian mendapat berkat dan redha Nya.
sebaik-baik matlamat tu hendaklah jelas, selari dengan Islam..berulah namanya tak semata-mata kerana dunia..

so, lepas ni mesti buat yang terbaik dlam setadi, kehidupan, pemakanan,kesihatan, overall kehidupan..baru-baru ni ke kurus kursus, orang tu cakap "awak orang penting"- manusia buat bodoh kerana mereka sendiri tak tahu apa kepentingan mereka masing-masing. Akhirnya mati bodoh-bodoh je. Nauzubillah..isilah masa di dunia yang sementara ini dengan perkara yang dikehendaki Allah.. khalifah & ibadat kepadaNya.. jangan lupa.. letakkan niat dalam setiap amalan.. innama 'amalu binniat..


ich liebe dich,guten tag.
salam, majHR 2011.

Tuesday, February 15, 2011

khusyuk dan mati

Bismillahirahmannirrahim.
Assalamualaikum.. salam ceria ..
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis dan berkongsi ilmu..
Walau hati masih tertanya kepada penciptaNya adakah syurga atau neraka.. Ya Allah.. perjalanan yang masih panjang ini ku memohon redha dan kasih sayang Mu serta pengampunan dari Mu..



Allah s.w.t berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 45 dan 46 yang bermaksud :
"Dan mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat , kecuali bagi orang yang khusyuk, yaitu yang mereka yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan mereka akan kembali kepadaNya" Allah Akbar.

ingin khusyuk?
yakinlah bahawa kita akan menemui Allah suatu masa nanti.. it will happen..
yakinlah bahawa Dia akan menjemput kita.. bawalah amalan ke sana.. amalan yang dapat membantu kita di sana...

Secara biologinya, kita pernah melalui zaman bayi, ketika masih kecil, ke sekolah rendah, ke sekolah menengah, ke IPTA, dan akan datang akan bekerja pula. selepas itu, memimpin keluarga dan masyarakat. setelah itu? Tua. setelah itu? nyanyok.  pasti kita akan merasai mati. Pasti ke? yeke? ke ragu-ragu lagi? tepuk dada tanyalah hati dan ilmu yang ada. peredaran umur akan berlaku. dan akan berakhir masa hidup manusia di dunia dengan mati. tak percaya lagi? "setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati" belum pernah lagi kita jumpa orang yang hidup 1000tahun lalu masih hidup. kalau lah mereka hebat sangat, kenapa Albert Einstein pun mati? pelik pulak. kata hebat sangat.


 ingatkah kita waktu kita masih kecil?

sehingga telah tiba untuk menjangkau ke usia seterusnya..

Ada sebuah syair ...
kubur-kubur telah berkata kepadamu,
meski dia diam dan penghuninya tersembunyi,
wahai yang mengumpulkan dunia yang tidak kekal!,
untuk siapa dikumpulkan kerana kau akan meninggal.


Allah s.w.t berfirman :
"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Surah Asy Syura : 25)

Seterusnya ayat dari Allah yang lebih menyentuh jiwa...
"dan Dia memperkenankan doa orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dan menambah pahala kepada mereka dari KurniaNya. Orang-orang yang ingkar akan mendapat azab yang keras"
(Surah Asy Syura : 26)

tips kesihatan pada entry kali ini :
makanlah pisang :) pisang kaya dengan sumber tenaga disebabkan gula yang terdapat didalamnya mudah dihadam disamping kaya dengan potassium - menyegarkan fungsi otot dan saraf. jazakallah..

سبحان الله
سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك
ندعوك ونرجوا غفرانك
salam, majHR 2011.