Pages

Tuesday, February 17, 2015

Tansiq Al Ukht #1


Ingat nak tulis blog sentuhan al ukht,
Tapi daie ni kan produktif, so kena think out of the box sikit.

Tummuhat Doa Rabitah

"Hah, kome, sila lah baca doa rabitah".

Aku bersuara usai liqa dan tasbih kafarah dibaca.

Jari dituju pada ukhti yang betul berada depan mata.


".....bismillah... Allahumma innaka ta'lamu.......", bacanya pantas.

Fikiran ku melayang,

Menghayati dalam pejam mata, 

Setiap satu wajah akhowat yang berada di depan.

Dia, si hidung tirus. Mata sepet. Wajah bercahaya, ahh banyaknya dosa ku pada dia. Selalu menzaliminya, selalu terkurang pada haknya, selalu menyangka nyangka padanya. Ahhh... Gomelanku dalam hati..

Dia selalu memberi apa keperluanku pada waktu terbaik, dia selalu menjaga aku seolah aku ahli keluarganya, selalu menegur apa yang aku alpa. 

Allah.

Beralih dari wajah pertama ke kedua,

Dia, si gempal, perbuatannya terrkadang membuat aku selalu rasa geram. Selalu berbeza pendapat, berbeza sikap, namun, selalu berlumba tuk berbuat. Selalu tak nak kalah dalam beramal. 

"Erghhh", getus hatiku.

Tapi dia jugakla yang selalu aku pandang tuk muhasabah diri. 
Aku lihat sebagai cerminan diri, melihat tuk perbaikan iman dalam hati.

Banyaknya, banyaknya salahku pada ukhti ini. 

Wajahnya juga bercahaya.

"......fawatsikil lahumma robitotaha......", khusyuk doa dibaca.

Kini hatiku tertancap pada wajah ukhti ketiga..

Allah, 

Sangat adorable ukhti ini.

Macam bayi.

Atas nikmat ukhuwah ni, apa aku dah berbuat padanya. 
Cukupkah aku bertanya tentang dia.

Cukupkah aku menaikkan himmahnya,
Cukupkah segala haknya..
Cukupkah dengan ukhuwah ini menjadi bekalan buatnya.

Allahurabbi.

Dia menatangku seperti minyak yang penuh.
Seingat aku, minyak tak pernah tertumpah.
Tak terkurang sedikit pun haknya pada aku.

Allah, Allah.
Bercahaya wajahnya, menyinari hati yang sedang menginsafi diri.



Sedar tak sedar, 
Hidung dah seperti sakit sakit.

Ada air nak mengalir agaknya. (Baca: sebak)

Tiba tiba pandangan hatiku terletak pada wajah yang sedikit kelam, kusam.

Seingat aku, 
Banyak kekurangannya.
Banyak salah silapnya.
Banyak lampauan batasnya.

Kurang amalnya,
Kurang himmahnya,
Kurang segalanya.

Rupanya,
Itulah wajah aku.
Itulah diri aku.

Yang masih kekurangan dalam saff ini.

Allah.

Dalam doa rabitah, 
Aku mengenang diri,
Mengoreksi diri.

Kerna jarang sekali dapat nikmat seperti ini.

Nikmat aku melihat diri aku yang penuh dosa.

Allah.

Tansiqkan kami di jalan ini!
Tsbatkan kami di lorong ini!
Kerana Rabitahmu, selalu memberkati kami 😢😢😢








0 tazkiyah & taujih: