Pages

Friday, June 8, 2012

titipan dari hati ke hati buat Emalina

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Adikku Emalina yang dikasihi kerana Allah...

Mungkin di saat ini, Allah yang Maha Mengetahui itu tahu bahawa dirimu telah layak di uji, dan dirimu kuat serta mampu mengahapinya.. 

Adikku,
Akak pernah terdengar sebuah hadis tentang air mata.. Akak tahu, tika ini, mungkin dirimu sering ditemani air mata, yang tidak henti-henti menitis... Kelopak matamu sering bergelumang air mata suci.. yang menangis kerana takutkan Ilahi.. 

"Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda; “Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi)."

Subhanallah, adikku, rupanya dalam diam, diri akak ini mencumburui dirimu, kerana dirimu diuji, dan ternyata peluang besar dirimu untuk lebih dekat dengan Dia..


Adikku yang disayangi fillah,
Membuang duri nikmat itu ternyata amat memedihkan.. Namun akak hanya mampu menasihati, semampunya.. Ibarat doktor yang melakukan pembedahan, mereka buat yang semampunya, tapi, yang menahan sakit, yang melalui sakit, yang rasa bagai ajal dihujung dahi, ialah diri sendiri juga..


Adikku yang dikasihi fillah,
percayalah 'ubat bius' itu hanya mampu diperoleh daripada Allah. Dia yang memiliki segala ubat sembuh itu..Ubat bius yang mampu menenangkan, yang memberi kekuatan, yang membangkitkan keimanan, yang memberi erti kehidupan dan yang menyambung nyawa.


Adikku yang juga dirindui fillah,
InsyaAllah, selepas melangkah keluar dari 'operation theatre' (OT) ini, semoga roh dan semangat baru, mengalir dalam dirimu.. Menjadi serba kuat dan super duper menjalani kehidupan.. Dekatkan dirimu dengan Penciptamu, pasti Dia menurunkan sebanyak-banyaknya rahmat dan kasihNya dari langit. Namun, pasti sesekali dirimu akan jatuh, fahamilah, itu hanya sementara ketika dirimu melalui saat fisioterapi hati.


"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya maka sungguh, syurgalah tempat tinggalnya."       (Surah AnNazi'at 79:40-41)

Semoga dirimu terus kuat dan percayalah... ada sesuatu yang lebih 'awesome' yang dirimu akan jumpa di tren ini yang semakin hari, makin ramai penumpang, walapun tiketnya teramat mahal ^^


Buat santapan siang dan malam (lirik)


Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu…

Kasih sayang-Mu Tuhan 
Itu yang ku dambakan 
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..


Salam.
hauraffna.
Shah Alam.

Sunday, June 3, 2012

Driver Train D&T (part I)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Post sensitif buat yang sensitif.


Astaghfirullah.
"Aku ingatkan mujahid dan mujahidah ini orang yang berjuang di jalan Allah, rupa-rupanya orang yang angau - fb"

Astaghfirullah, Tuhanku, mohon aku dijauhkan dari sifat manusia yang lalai dari nafsu yang membelenggu. Amin.

Pon pon pon!
Kereta api Dakwah dan Tarbiyah sangat laju. Woi! Tunggu. Arghhh tengah sesak-sesak nafas, nasib baik sempat tekan button untuk reopen pintu train. Alhamdulillah dapat naik. Wah, manusia dalamnya sangat tenang, wajah berseri-seri mengejar cinta Allah, berukhuwah kerana Allah, saling mengingatkan tentang bahaya dunia yang menipu, dan mengejar nikmat yang kekal abadi di syurga. Bersyukur dapat naik.


Wah masih jauh perjalanan. Banyak betul duri-duri nikmat di dunia ni ek. Boleh tertipu dek nafsu. Allah, berikan kekuatan. Manusia itu kadang di uji dengan part yang mana dia lemah, supaya Allah kuatkan dan mantapkan diri di part yang itu.


Ohho. Driver Train.


Sahabat saya selalu berpesan, mantapkan diri di medan tarbiyah ini dahulu. Jalan menuju syurga itu berliku dan panjang lagi. Samalah ceritanya dengan membuat keputusan mengambil driver train. Sudahkah 10 Muwasafat Tarbiyah kita cuba perfectkan? 'Benda' tu benda besar, Husna!


http://langitilahi.com/6707 (aim bagi setiap mukmin wa mukminat)

1. Aqidah yang sejahtera.
2. Ibadah yang sahih.
3. Akhlak yang mantap.
4. Sihat tubuh badan.
5. Luas pengetahuan.
6. Melawan hawa nafsu.
7. Sangat menjaga masa.
8. Teratur dalam segala urusan.
9. Mampu berdikari.
10. Bermanfaat bagi orang lain.


Rupanya, memang apa-apa pun kena bersandar pada Allah. Namun, banyak manusia tersilap. Meletakkan bahawa persediaan untuk ke gerbang 'benda' tu, kena couple, kena ambil hati pasangan (macam orang yang dah nikah), kena macam ni, kena macam tu. Persediaan menjadi wife/mama solehah bermula dengan bina diri (mengikut kehendak Allah, seimbang dunia dan akhirat), atleast usaha, kenalpasti aim. Dan 'benda' ni bukan lah sekadar adat dan ofkos, bukan tujuan hidup yang utama.


Mengambil driver train itu, pastilah driver yang akan membawa gerabak train yang menuju ke destinasi yang sama yang kita nak. InsyaAllah. Mencari cinta Allah, pasti cinta yang utama. Amin. InsyaAllah. Doakan. Bukan nak tunggu perfect, tapi along the way, usaha tetap berjalan. 


caiyok caiyok. BM? Allah Maha Pengatur Terbaik.


Salam.
hauraffna. 
Shah Alam. 

Friday, June 1, 2012

CCTV Allah

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Akhowat disayangi lillah~


Subhanallah.
"Dunia ini ibarat bayang-bayang. Kalau kita kejar dia, dia akan lari. Kalau kita lari daripada dia, dia akan ikut" (Faham dalam-dalam).
Astagfirullah.
Mari kita beristighfar pada Dia, atas segala dosa yang kita dah buat. Setiap manusia, lebih-lebih lagi, saya yang menulis ini. Setiap manusia, tidak lepas dari cengkaman dosa samada sedar atau tidak sedar. Namun, fitrah setiap manusia ingin bertaubat. Fitrah manusia inginkan kebaikan yang berterusan. Ye dak?


Masya Allah. UTEM, Melaka.
Memang secara lumrahnya, manusia sentiasa inginkan sesuatu yang nampak didepan mata. Secara zahir. Betapa pandangan manusia itu mampu mengubah atau menguatkan kepercayaan dalam diri setiap manusia. Tapi iman mengajar kita sebaliknya. Iman mengajar kita untuk percaya pada benda yang sebahagiannya tidak kelihatan (ghaib). Allah ghaib. Allah tidak kelihatan. Namun, ada ayat yang turun dari Allah membuat hati kita berbunga-bunga sambil mata berair. 


"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar."                          
                                                                                    (Surah Al Mulk 67:12)

Jadi, kehidupan di dunia ini, banyak lah yang akan menguji keimanan kita itu. Dan seharusnya, kita perlu tahu, hidup didunia yang penuh dengan cctv Allah ini, hanyalah ujian dan seharusnya kita melakukan amalan yang terbaik di mata Dia. Saya lagilah bertambah-tambah kena. Dan cctv yang filemnya hanya boleh ditayangkan dan dimainkan secara live di Padang Mahsyar kelak.


Cerita iman (Contoh situasi yang boleh dikaitkan dengan iman)


"Eh asal pulak kereta lane sebelah ni dem dem lampu?"
"Mungkin ada rodblok kot kat depan, bro"


"Bro, kawan aku cakap memang kat depan ada polis"
"Oh yeke? aku punya kereta ni, lampu brek tadak, lesen, rodtek ofkoslah dah mati"
"Ohoi, pusing lah!"
"Em, takpelah!"
"Gila ke???"


Keadaan sebegini memang bukan lumrah sebagai seorang manusia. Kalau ada peluang, ofkos kita dah cabut ye dak? Pemandu ni sepatutnya, bila dah tahu kat depan tu ada rodblok, dengan keadaan kereta yang serba serbi tak cukup syarat,lumrahnya, mesti cari 1001 alasan nak uturn kan? kan? (oh cakap sorang-sorang rupanya). Beginilah antara kisah jika pemandu itu tidak PERCAYA akan adanya rodblok di depan!


Begitu juga. Kita sejak lahir ataupun sejak bangku sekolah rendah, dah diingatkan dengan "eh, nanti akan ada hari pemeriksaan amal"! Ehm, dah dewasa sikit, "anak umi, nanti bila kita mati, akan ada Hari Kiamat". Tapi tak tahu apa masalah nya pada kita, atau pada environment kita, kenapa kita still buat dono je kan? Saya pun terkadang lupa. Tapi, iman di hati akan membuatkan kita terus bersiap sedia untuk menghadapi hari tersebut, jika kita percaya, secara lumrahnya, secara fitrah manusia.


Arghhhh!

Tetapi saban hari, kita sering disogokkan dengan "eh mana adalah hari-kiamat ni"/ "eh, hidup kat dunia ni sekali je"/ "eh, ala nanti aku bertaubat lah. enjoy dulu"/ "em, saya gay saya ok". Huhu. Takut tak? saya lebih-lebih takut. Iman hari ini pun dipinjamkan sementara oleh Allah. Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk memelihara iman ini. Kekalkan iman kami.


Tetapi, yang paling saya geram, dan mungkin juga ramai orang geram, argggggh. Barat selalu cakap yang ABOVE 18, you can do anything! arghhhhh. Padahal lepas akil baligh lah kita kena tanggung dosa sendiri. Arghhhhh! Allah.


"Yes it's easy to blame everything on the west 
When in fact all focus should be on ourselves"

Erk. Wallahualam.
Salam.
hauraffna.
Shah Alam.