Assalamualaikum..
:) Terpaksa minta kat adik nak guna laptop. Laptop sendiri masih perlu dibaiki dan broadband dah diterminate pun.. Hehe.. macam sadis sikit. Takpa. yang penting semangat nak update blog.
Alhamdulillah sangat-sangat Allah bagi peluang untuk sambung belajar.
Jadi, sabtu (25hb ogos) tu kena hadir program orientasi yang Manipal-Melaka buat. Masa tu, satu family sangat happy sebab raya yang ke berapa tu, dapat berjalan ke Melaka. Saya pun seronok sebab dah sebulan duduk kat rumah tak bergerak ke mana. Jadi, mungkin hari ni bab touching-touching sebab cerita pasal family yang i baru nak jatuh cinta. alahaiiii.
Persiapan kenduri kesyukuran sebelum fly & jamuan family. ^^ |
"Tahniah Na,dapat pi India.Ni je aku boleh tolong. Nah,ni semua tak lebih RM5. Cukup duit bawak tadi. Em, fotostat IC aku taknak ke?" "IC ko buat pe?" Haha. Gelak sakan dalam perjalanan pulang dari kedai, malam sebelum ke Melaka esok paginya. Ahmad Danial. Adik pertama yang belajar Electrical&Electronic Engineering di Penang. Haih, nasiblah ada adik bujang sorang ni, walaupun selalu je kena bebel, macam makcik la mad. Haha. Dari pagi lagi dah suruh dia macam-macam. Pagi tu suruh dia scan kan surat tawaran (sebab tertinggal masa nak buat visa) dan emel kan. Pagi sangat tu.
"Alah,nak buat apa! Nak cari kat mana?" Huhu, mula-mula tu memang nak nangis kena marah dengan adik sendiri. Tapi 10 minit lepas dah settle semua, dia hantar mesej. "Maaf zahir dan batin pasal tadi.Orang ngantuk." Haha. Mungkin penat kenduri tu tak hilang-hilang lagi. Kenduri hari Khamis. Lagi ramai sepupu datang. Nanti next kita cerita pasal keluarga besar pula. Seronok jatuh cinta dengan family sendiri ni. Sebab sah-sah Allah sayang orang yang bercinta dengan keluarga sendiri.
Ahmad Danial. |
Masuk-masuk tu, kena beratur panjang. Sangat panjang dan tak bergerak-gerak sebenarnya sebab orang yang baru datang terus kedepan, konon-konon nak tanya soalan sekali terus hantar dokumen. Takpa lah, rezeki dia agaknya. Sambil tu, boleh kenal-kenal semula dengan student intec yang awalnya akan ke Ireland, tapi disebabkan beberapa faktor, mereka bersama saya ke Manipal. Yeay! Sebenarnya antara kami memang rapat pun sebab selalu je jumpa dan bual-bual. Buat sahabat yang asalnya akan ke Manipal tapi tak dapat bersama, takpa, nanti kita HO sama-sama ye. Yeay!
Sangat sukalah sebab akak, amad, udin, ain, ayah, ibu semuanya happy dan gembira. Ya Allah, masa kat intec dulu, rasa sangat-sangat nak berjaya supaya family gembira dan semoga hubungan kami semakin rapat gitu. Alhamdulillah. Allah beri peluang.
Jadi, untuk sesi yang pertama tu, saya tak dapat pun daftar, sebab orang dalam dah panggil sebab majlis nak mula dah. So, dari tadi yang beratur panjang tu, terpaksa lah masuk. Takpa. Sebenarnya, ada juga dari kolej lain yang sama mendaftar such as KMS dan KTT.
Begitu panjang. Bahagian separa dalam dewan. Masing-masing excited. ^^ |
Banyak juga yang disampaikan. Misalnya yang saya sangat ingat. "Now, its not time to learn just to pass in exam, now is time to know because you will use in your career". True. Medicine is about knowledge. And i like it. Tapi, ingat Husna. ehem ehem. Matlamat hidup kita apa ye? Adakah sekadar berjaya, kahwin, ada anak, cucu, mati? eh ehem ehem vicious cycle yang memenatkan. Kalau macam tu, buat apa hidup. Ehem ehem, post next ye! Tak sabar nak bermanja-manja dengan masyarakat. eheh! :)
So, lepas habis je talk tu,ada tayangan video yang memang orang takkan tengok. Sebab dah biasa tengok. Saya terus pi daftar. Ibu cakap, nak buat apa-apa kenalah berstrategi. ok ok. Hehe. So dapatlah daftar semua, pusing je belakang, memang terus panjang. Well, all of them also berstrategi. Alhamdulillah. Hehe.
So, macam tu je orientasinya, lepas bagi bank draft semua kat pajabat, ada makan-makan. Lepas tu terus gerak nak balik. Singgah di warung mi sup di Masjid Tengkera (ayah memang akan singgah kalau pergi Melaka). Sebelum sampai rumah, singgah dulu rumah Bibik, adik ayah kat Batu Pahat. Awalnya decide nak ziarah rumah Ummi dekat Melaka juga. Tapi, ummi semua dah balik KL, means takde rezeki lah tu. Takpa. Begitulah seharian dengan keluarga. Walaupun sebenarnya, satu family tak sihat. Demam, batuk, selesema semua ada. Tapi mereka semua gagahkan nak teman saya berorientasi tu. Thanks, dah lama kita tak bersama kan? Sejak saya duduk asrama masa form 4, jarang jugalah untuk duduk sama-sama berkumpul 7 orang. Lepas ni, setahun sekali pula kita jumpa. Ala 2 tahun je. eheh.
Bukan senang nak bergambar 7 orang. I wish the happiness always be with us. |
Ok Salam.
thehauraffna.
Kota Tinggi :)