Pages

Thursday, November 1, 2012

mesoderm dan kepentinganmu dalam dakwah

'Audzubillahiminassyaitanirrajim,

Masih bergembira di bumi India. kerana kasih sayangNya.

Kasih sayang sahabat-sahabat kerana Allah,
Yang masih bersama.
Yang masih menarik pipi untuk sedar akan tujuan penciptaan.
Alhamdulillah.

Sedar tidak sedar, sudah hampir 2 bulan tiba di sini. Menelaah bidang perubatan yang MASYAALLAH, sangat best!


MESODERM


Subjek anatomy terbahagi kepada beberapa subsubject dibawahnya. Termasuklah histology (cell2 kecil), embriology, dan gross anatomy (disecct mayat).


Memang diakui, kelas pertama, kelas kedua, kelas ketiga embriology, tak dapat nak fokus sangat sebab terlalu mengantuk dan pernah belajar sejak sekolah menengah. 


Maafkan saya, embriology. 

Tapi bila muhasabah balik, kenapa datang kelas, kenapa kena belajar, kenapa itu, kenapa ini, baru diri ini tersedar bahawa embriology sangat penting kerana disitulah bermulanya kehidupan seorang manusia sebagai Hamba Allah dan penciptaan itu sangat menakjubkan.

PAKAR SAKIT PUAN menjadi impian.


Bila nak start cerita pasal mesoderm ni?


Hm, okey-okey, kita start.

Selepas 2 minggu, 'blastocyst' (which is zygote), telah sempurna proses 'implantation' di rahim ibu. Setelah itu, ianya melalui beberapa perubahan morfologi (struktur) dan menghasilkan 'bilaminar disc'. Bilaminar disc ni mengandungi epiblast dan hypoblast. 



Ok. sangat ilmiah disitu. Almaklumlah. Ok, seterusnya. Epiblast ni akan dipanggil ectoderm-di bahagian amnion, manakala hypoblast adalah endoderm-di bahagian yolk sac. Inilah dua layer di bilaminar disc tu. Selepas minggu ketiga, akan di hasilkan pula trilaminar disc. Disnilah bermulanya penciptaan mesoderm itu. Mesoderm itu pula merupakan derivatives dari ectoderm dimana dihasilkan menjadi 'new layer' melalui proses invagination. Sila rujuk gambar untuk pemahaman yang lebih jelas. 




Ok. Seterusnya, setiap germ cell ini (ectoderm, mesoderm dan endoderm), sangatlah berpotensi untuk menjadi sel dan tissue serta organ untuk tubuh badan manusia. 


Dan di antara 3 layer ini, mesoderm paling banyak menghasilkan part-part dalam tubuh manusia.


Endoderm: epithelium of the pharynx, respiratory tract (except the nose), digestive tract, bladder, and urethra.


Mesoderm: connective tissue, bone, cartilage, muscle, blood and blood vessels, lymphatics, lymphoid organs, notochord, pleura, pericardium, peritoneum, kidneys, and gonads.


Ectoderm: pidermis and epidermic tissues, the nervous system, external sense organs and mucous membrane of the mouth and anus.




MaysaAllah.


Nak dikatakan, begitu juga dengan kita. 

Sangat-sangat diingat kata-kata seorang sister, 
"masa akak pergi jaulah di Indonesia dulu, ada seorang ni share dengan akak. dia kata, berada dalam jalan ini, bukan berapa lama, tapi berapa banyak. Berapa banyak yang telah seseorang sumbangkan untuk Islam itu sendiri."

Kalau kita lihat mesoderm ini ye sahabat2, 

Kewujudannya adalah paling lambat berbanding 2 layer yang lain. (ectoderm dan endoderm). Dan dihasilkan pula melalui proses invagination, dimana bermaksud, merupakan derivative bagi ectoderm.

Tapi, oleh sebab potensi yang ada dalam diri mesoderm dan keilkhlasannya untuk berjuang di jalan ini, ia mampu menghasilkan sebahagia besar part yang ada dalam tubuh badan manusia. 


Jadi, menjadi pelajaran bagi kita bahawa, bukan berapa lama kita berada di'sini', tapi berapa bnyak yang telah kita korbankan dan sumbangkan untuk Islam itui sendiri. Teruslah meningkatkan potensi diri kerana setiap manusia itu mempunya 'logam' dan sangat hebat jika mereka sedar tentang itu.




Wallahualam. Jangan pernah kita merasa bahawa diri serba tak cukup lantas meninggalkan jalan ini dibelakangmu, sedangkan, tenaga kita diperlukan, meski Allah akan mengganti dengan yang lebih baik jika kita tidak mahu. Nauzubillah. Dan setiap layer juga mempunyai KEPENTINGAN masing-masing. sangat! 

Assalamualaikum.

Manipal India.
011112.

0 tazkiyah & taujih: