Pages

Friday, March 8, 2013

Sebab kita, adalah hormon besar!

Assalamualaikum.
Alhamdulillah thuma alhamdulillah thuma alhamdulillah.
Segala puji selayaknya hanya untuk Allah.

Selepas 'seronok' berjaulah(jauh lahhh!) ke selatan India seminggu, cuti 2 minggu di Malaysia, dan akhirnya, bermula kembali kehidupan (yg menghidupkan) di Manipal, India. 

Dah masuk ke semester kedua, Block III, first yeat medicine. Alhamdulillah. Moga Allah sentiasa memberi ilham yg terbaik bagi diri ini dan sahabat yang lain. 



Jadi, bercerita sedikit, latar belakang block III. Tentang endrocrinology dan reproduction. Semester kali ini, diharapkan penuh bersemangat lagi kerana beberapa resolution telah dibuat bersama akal, jiwa, dan jasad HUSNA ROSLELI. Antaranya ialah tahan mengantuk di dalam kelas dan prep, sentiasa menjaga masa dan banyak lagi :)

Straight to the point:
Minggu ni, biochemistry dan phisiology dua-duanya bermula dengan tajuk hormon. Subtance ini, rupanya sangat terkait rapat dengan manusia ye, SUNGGUH, tidak sia-sia penciptaan Tuhan kita, bagi mereka yang berfikir. MasyaAllah.

Hormon ialah 'chemical messenger' yang dirembeskan oleh 'endocrine gland'. Dan hormon ini sebenarnya sangat spesifik terhadap 'targeted tissue'. Hormon pula dibahagikan mengikut dua cara, yang pertama ialah melalui 'chemical nature' nya dan yang kedua ialah berdasarkan jenis 'receptor'.

Apa yang membuatkan saya lebih kagum dengan penciptaan hormon ini ialah cara hormon itu dibuat (synthesis). Secara asasnya, hormon dibahagikan kepada tiga jenis iaitu, polypeptide/protein, steroid dan amine hormone.

Polypeptide Hormone
Kebanyakan hormon yang ada dalam tubuh manusia ialah dari jenis ini. Protein. Protein and peptide hormon ini disynthesised di rough endoplasmic reticulum. Yang menariknya, proses ini berlangsung secara berturutan. Pada awalnya, ia terus keluar menjadi satu protein yang besar yang dipanggil 'preprohormone', dan seterusnya dibentuk menjadi 'prohormone' dalam bentuk yang lebih kecil di endoplasmic reticulum. Kemudiannya, ia dihantar ke Golgi Apparatus untuk di pakejkan menjadi vesicles. Akhirnya, 'prohormone' itu dibentuk (cleave) untuk menjadi active hormone dalam size yang lebih lebih kecil. Yang menarik lagi, "The vesicles are stored within the cytoplasm, and many bound to the cell membrane until their secretion is needed" - Guyton&Hall.

Steroid Hormone
Hormon ini dibuat daripada kolestrol dan 'lipid soluble'. Walaupun hormon ini disimpan sangat sedikit di dalam endocrine gland, (sebelum diperlukan), ia mampu menghasilkan hormon lebih banyak lagi apabila stimulus diberi. Oleh kerana ianya 'lipid soluble', mudahlah baginya melepasi cell membrane yang diperbuat dari lipid bilayer itu.

Amine Hormone
Amine ini pula ialah derivative of tyrosine. Dua jenis yang terhasil ialah tyhroid hormone and adrenal medullary hormone. Adrenaline dan noradrenaline juga adalah dari kumpulan ini. Ia disimpan didalam vesicles juga yang kemudia di rembeskan jika perlu/ bila stimulus diberikan.

Em, dari segi physiologynya, hormon ni sangat penting untuk menyeimbangkan semula sistem dalam badan, seperti insulin. Insulin di berikan kepada pesakit yang mempunyai kadar jumlah glucose yang tinggi dalam darah. Jadi, insulin diberikan supaya kadar tersebut dapat diturunkan, dan ini juga merupakan salah satu negative feedback mechanism. Which is, sangat penting bagi menyeimbangkan sistem dalam tubuh manusia.

Itu, adalah subtance kecil.
Bagaimana pula dengan subtance besar yang telah berabad, berzaman, berkurun, bertahun, yang hidup dan tinggal di atas muka bumi ini. Apakah subtance besar itu, tidak memberi kesan apa apa langsung kepada kehidupan di muka bumi ini? Apakah kehadiran subtance besar ini tidak mempu untuk menyeimbangkan kembali dan menjadi sebuah kehidupan yang mententeramkan? Allah. 

Malu pada hormon dalam badan yang sentiasa bekerja keras, walaupun tiada akal. Mereka patuh pada Tuhannya. Kita, yang dikatakan BESAR sangat ni, tak rasa pun nak patuh eh?? Mengelak lagi adalah. Allah.



Manusia-Daie-Manusia,
Manusia tidak diciptakan secara sia-sia dimuka bumi ini. Sudah fahamkah kita benar benar dengan tujuan penciptaan kita...sehingga kitaa degil dan keras kepala tidak mahu patuh pada suruhan dan larangan Allah. Allah.......Kerasnya hati kita saat disuruh beribadah dan menjadi khalifah dalam agamaNya yang satu ini...

Apa yang jelas, contohi sahaja polypeptide hormon. Proses menghasilkannya sahaja sangat teratur dan tersusun. Itulah tarbiyah, itulah yang Allah ingin ajar. Sudahlah kita, lahir sahaja, sudah bergelumang dengan 'dunia jahiliyah'. Terkadang kita tidak sedar yang kita sudah kembali ke zaman jahiliyan. Zaman lumpur yang menarik-menarik manusia semakin tenggelam, walhal manusia seronok pula bermain di lumpur yang kotor dan busuk itu. 

Pentingnya sistem tarbiyah yang menyusun dan melahirkan semula pemuda pemudi Islam, yang faham benar akan tujuan penciptaannya.. Diatur, dibina, disusun, agar sampai sahaja semboyan dibunyikan, diri ini mampu untuk 'turun' ke medan. Allahuakbar!

Hormon, kamu sangat dimuliakan kerana patuh pada Allah. Malu diri ini, malu kepada Allah, dan malu pada dirimu, kerana kau terpaksa bekerja pada diri seorang pendosa!

Astaghfirullah. Mohon diampunkan, yaAllah. Berikan lah kesedaran kepada kami, dan petunjuk ke jalan kebenaran. Kuatkan hati kami! Amin ya rabbal 'alamin.

Wallahualam.

#1-maaf atas segala bahasa rojak yang dituturkan.tak tahu bila nak baiki.kerana masa juga tiada untuk berfikir panjang memikirkan translation secara keseluruhan ketika menaip.

#2-aishah ariff sila hantar homework, dah 2 minggu akak tunggu :)

#3-membuat persediaan untuk menjadi panel forum friday talk pada malam ini.minta doakan.tajuk tentang mencari jodoh dan ikhtilat.

husnarosleli
new international hostel manipal.

0 tazkiyah & taujih: