Pages

Wednesday, May 30, 2012

i love you so

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Masya 'Allah. 

 "Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"                                                  -Hassan al-Basri-


Peluang masa yang Allah bagi untuk update ini, suatu nikmat. 


Dirumah, macam-macam perasaan muncul. Sebagai seorang yang baru bertatih di tadika D&T, (taska barangkali), saya merasakan, ah! kolotnya dunia ini tanpa agama, kolotnya dunia ini, tanpa perasaan rabbani, kolotnya dunia ini, ibarat jasad tanpa roh. Memetik kata dari muqoddimah fizilail Quran, "Mengapa manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk, di tahap yang amat rendah dan di dalam gelap gelita kesesatan yang menghitam itu, sedangkan mereka mempunyai padang-padang yang bersih, tempat-tempat yang tinggi dan cahaya yang terang benderang?"


Sungguh, saya sekalipun tidak layak untuk menongkah arus. Sekalipun diri saya ini bukan lah agen perubah yang macam doraemon, mampu memperoleh apa-apa dalam sekelip mata. Saya mahukan Islam berdiri semula. Kenapa? Wahhah! Ruginya kita kalau tak tahu, yang Islam tu lah satu-satunya agama yang best sangat (sebab memang Islam tu fitrah manusia) untuk dipraktikkan.


berusaha juak untuk jadi doraemon. i mean, agen perubah!
Wah! Saya ada adik. Saya sayang sangat dengan adik saya. Perasaan apa kah ini. Dia lahir di zaman 20-an. Dia membesar ketika Islam sedang runtuh menjunam. Dia mengenal Islam yang compang camping. Dia mengetahui Islam dalam gambaran agama yang tercemar. Dia memikirkan Islam itu agama menyusahlan. Ah! Sungguh saya terasa. Kerana saya pernah melalui usianya tika ini. Saya tak pernah berfikir tujuan hidup waktu dulu. Mungkin saya hidup untuk cantik-cantik, hepi hepi, makan dengan banyak, bahagia, gembira, ikut fesyen haptudet, belajar stert 200A, dan semua kebahagian yang (so called) Barat buat. Ah!


Sungguh, yang mencipta-cipta kesusahan itu, manusia sendiri. Allah uji dengan melahirkan kita di zaman ini tapi memang tak boleh nak salahkan manusia itu sendiri sebab kadang-kadang kita sendiri tak sedar pun yang kita 101% setiap hari diprogramkan oleh anasir luar bahawa hidup di dunia adalah segalanya. :(


"Dan kehidupan dunia ini, hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui"                                                             (surah Al Ankabut 29:64)

Ya! Ustazah Kursiah (lecturer Islamic Studies saya) selalu mengingatkan kita hidup ini, di atas pilihan. Kita yang membuat pilihan terhadap masa depan kita. Kita yang membuat pilihan. Dan kadangkala televisyen (yang memberi impak negatif kepada tumbesaran generasi baru ini), kita yang invite masuk dalam rumah sendiri. Kadang-kadang kita tak menyedarinya. Saya pun lahir dari keluarga yang 'tidak sedar'. Saya melaluinya. Saya cuba memahaminya. Tolong kami ya Allah keluar dari jahiliyah (al hawa) ini! 


:'( bantu kami ya Allah. bebaskan kami dari 'paya yang busuk' ini.

Dan sangat sedihlah bagi mereka yang menyangka manusia yang mengikuti arahan Tuhannya ini, ibarat burung, yang terkurung di dalam sangkar. (no freedom). Tapi yang menjadikan nafsu sebagai Tuhannyalah sebanarnya memberatkan diri dengan bebanan jahiliyah (al Hawa). "Sudahkah engkau (Muhammad) melihat orang yang menjadikan keinginannya sebagai Tuhannya, apakah engkau akan menjadi pelindungnya? atau apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka hanyalah seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat jalannya." (al Furqan 25:43-44)


Sangat sedih kalau adik-adik saya (termasuk saya sendiri) tidak berjaya menjadi hamba Allah dan khalifahNya seperti yang diamahkan Allah :( sincerely, love them lillah. 


I LOVE YOU SO, ALLAH. HEAR US. LEAD US.



I pray to God, My heart, soul, and body, Every single day of my life 
With every breath I solemnly promise, To try to live my life for you 
O Allah, You did revive my soul, and shone Your light into my heart 
So pleasing You is now my only goal, Oh I love You so. 
Now I know how it’s like, To have a precious love in my life 
Now I know how it feels, To finally be at peace inside 
I wish that everybody knew, How amazing it feels to love You 
I wish that everyone could see, How Your love has set me free 
Set me free and made me strong. 
O Allah, I'm forever grateful to You. 
Whatever I say could never be enough 
You gave me strength to overcome my uncertainties 
And stand firm against all the odds 
You are the one who did revive my soul,You shone Your light into my heart 
So pleasing You is now my only goal, Oh I love You so. 
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for You. 
And I swear that I will never put anyone or anything before You 
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for You.



Akh Maher Zain lyrics.

Salam.
hauraffna.
Kota Tinggi.

Tuesday, May 29, 2012

inner peace,inner passion,inertia.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Alhamdulillah bersyukur sangat pada Allah, malam tadi, sampai juga ke Kolej Akasia. Struggle berjalan sampai sesat. Salah peta di minda, salah langkah dan semua serba serbi salah. Hihi. Memang itulah yang dikatakan tarbiyah. Perjalanan pulang dari daurah. Tapi suasana didalam KTM tenang. Sebelum melangkah kaki ke KTM UKM, hati terus berdetak "Memang Allah Maha Berkuasa". tett rahsia. hehe. Sebab hari ni, bukan nak cakap pasai itu sangat pun. Ni muqoddimah je :) Supaya rilex-rilex siket. Hari ini nk bincang pasal inertia? (hewww).


Ain. Anak sepupu yang sangat tembam.

Inertia ini apa?


"Fiza, may i ask you something? something about physics."
"Sure."
"Tell me about inertia"
"ehm, inertia is the state which an object at rest stays at rest and object in motion stays in motion with the same velocity and in the same direction unless acted upon by an external forces."
"........got it, jazakillah" (perbualan sepanjang perjalanan pulang dari daurah)


Alhamdulillah, perjalanan pulang dari daurah itu, walaupun kami tersesat,kami gembira sebab dapat mendalami sesuatu ilmu baru dari pelajar ALevel yang mengambil fizik. Mantap mereka. Bagi preparation yang akan ke Ireland, mereka dikehendaki mengambil subjek fizik, manakala pelajar yang akan ke India mengambil subjek matematik. Alhamdulillah, Allah bagi yang terbaik sesuai kemampuan kita.


So, banyak yang saya terfikir dari satu konsep yang (so-called) barat cipta. INERTIA. 
Apa kaitannya dalam hidup kita? Ahah, bersyukur sangat-sangat sebab Allah bagi peluang untuk mempelajarinya ketika di MRSM Muar dulu. 


Saya melihat apabila kita didalam keadaan pegun(statik), kita memang tidak akan ada tendency untuk move forward. Dan apabila dah statik, kita menjadi busuk dan tak berguna rupanya. Ah, banyak sungguh kelebihan dan potensi dalam diri kita tidak dapat digunakan. Ah, bazir sungguh penciptaan kita jika kita hanya dicipta untuk sekadar berstatik sahaja. 


whatever it is, we should make a decision, which direction are you?

Kita perlu external forces


Hah, ofkos la kalau dalam exam, biarlah soalan inertia itu, tidak payah ada external forces. Sebab memanjangkan jalan kira. hehe. Tapi, secara realitinya, external forces itulah menggerakkan dakwah dan tarbiyah seseorang. hoyeh! Bersyukur kepada Allah sebab Dialah external force yang paling utama. Dialah reason terbesar untuk bergerak. 


Dalam kehidupan seharian, Allah juga meletakkan seorang murabbi osem.push kita, bagi semangat kat kita, tolak-tolak kita so kita akan move forward, dan akhirnya, membantu kita untuk all out dan menjadi someone. Someone di mata Allah (mata berair)


Kadangkala, kita juga menyangka bahawa, environmental lah segalanya. Jadi, jika tiada biaah solehah, kita akan tinggalkan usrah? Jika tiada murabbi osem, kita akan jadi kanak kanak ribena semula? sudah pasti tidak. Sampai bila nak meng faktorkan environment dalam hidup kita. Look! Kita someone di mata Allah. Kita duta Islam. Kita adalah someone. 


Bergeraklah, pon pon pon!


"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan atau rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di Jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surau At Taubah 9:41)

Sesungguhnya, apa yang saya tahu, segalanya bermula tolakan dari dalam juga.... inner passion.. Kita nak jadi someone to Allah... Kita nak cinta dan pelukan kasih sayang Allah.. Kita nak Allah.... Dari dalam hati ini, akan terlahirlah amal-amal yang menggerakkan... insyaAllah.. Dorongan dari Allah sangat kuat.. Allah pemberi semengat dan pemujuk dikala susah dan senang (siapalah kita yang hendak meminta sebegitu rupa)... 

Inner peace... Sesungguhnya ketenangan itu datang dari Allah... Bagi sesiapa yang berjalan menuju syurganya, dan bagi sesiapa yang mengamalkan Islam sepenuhnya... Ya! sungguh biasa kita lewati hari-hari kita dengan something yang mengelabui/mengkaburi pegangan kita. Kita melihat orang yang tidak beragama jauh lebih bahagia dalaman. Benarkah?? Sesungguhnya saya berpegang pada jawapan TIDAK. Bersyukurlah walaupun kita dilahirkan dalam Islam secara tidak sengaja (islam warisan), namun, kita masih ada masa untuk berusaha menjadikan Islam sebagai Ad Din (cara hidup keseluruhannya). Nampak berat? TIDAK. its need step, begin the step. mula dari bawah jom! 


"Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan
yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh teilnga,
dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia" - Rasulullah. 

Bersyukur kepada Allah kerana dapat juga menaip blog dikala cuti :) ada lebih kurang 2 minggu lagi cuti untuk menyambung perjuangan final examination A2. Amin, semoga Allah permudahkan. Dan bulan 6 juga, ramai mahasiswa dan mahasiswi akan menghadapi peperiksaan. Jangan malas! gerakkan seluruh sistem badan kita. Semoga berjaya dan memperolehi ridha Allah, itu yang lebih utama. Jadilah belia negara yang mapan untuk pembangunan rohani, jasmani, intelektual dan realiti. InsyaAllah. 




Salam.
hauraffna. 
kota tinggi.

Thursday, May 24, 2012

Ukhuwah membosankan?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
ukhti ukhti, dan pencari cinta Ilahi...


Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat pada Allah yang memberi kekuatan untuk menamatkan juga exam Alevel (AS = 6B chem) within 3 minggu.. Alhamdulillah syukur sangat-sangat pada Allah yang memberi ketenangan dan ilham yang baik... Syukur sangat-sangat pada Allah yang memberi seorang ibu dan seorang ayah dan 4 orang adik beradik yang tak putus-putus support. Syukur pada Allah, kerana beri diri ini peluang untuk bergantung kepada Dia. weeee.
"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati. Apakah pantas bagi Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? Dan Dia Maha Halus, Maha Mengetahui" (Surah Al Mulk 67:13-14)
Dan bersyukur sangat-sangat sebab Allah anugerahkan ramai SAHABAT yang emmmmmmmmmp memang takkan jumpa kalau bukan sebab Allah. :)


Aku ingin memelukmu ukhti ku, aku rindu kanmu. :'(


Tapi, aku tahu.. Allah Maha Mengetahui segalanya.. adakalanya ukhuwah yang sweet itu, teruji.. ukhuwah yang manis dan mapan itu, akan goyah ikatannya.. ukhuwah yang atas nama iman itu, luntur warnanya... (nangis)


"Eh, dia ni kenapa?"
"Eh, napa diaorang makan berlima je?"
"Eh, kenapa diorang study kimia tanpa aku?"
"Eh, naik bas pukul 6? Aku tak tahu pun."
"Eh, dengar recording ustaz berdua?"
"Eh, tak tahu pun hari ni ada usrah. esok daurah?"
"Eh, kape?"


Arghhhhh. Seram sejuk aku memikirkannya. Lagi-lagi waktu exam, di uji sebegini.. 


Saban hari, muhasabah diri... Membina semula ukhuwah yang dikatakan hilang itu tadi.. Tapi, macam plastik? Arghhhh.


Ujian... Allah... ujian... Arghhhh.......... 
Time usrah, takde ukhuwah, takde feeling...... tak dapat feel.... Ukht bagi sharing pun, rasa dah tak masuk... Orang share pasal surah Al Ma'un, kau feeling benda lain? Oh Husna. kenapa kau ni.. 


Di saat itu, beberapa minggu itu, memang mandi tak basah (sebab sabun habis. haha), memang makan mcam kunyah-kunyah lepas tu lapar balik, memang hidup tak seceria dulu, memang langit akasia yang cantik biru tu, mendung kelabu, hitam.. Memang bila ulang ulang lagu yang ingat memori, nangis sampai Nate (hosmet) tanya, "exam susah ka?" Arghhhh ukhuwah ku teruji! (tapi insyaAllah masih boleh kontrol dan kawal perasaan tu, masih menjawab exam dengan tenang. Alhamdulillah. Allah uji part yang aku mampu hadapi). 


Langit Akasia, Shah Alam, Malaysia.


Malam itu, aku cuba tahan tapi air mata bergenang tatkala tasbih kifarah dan surah Al Asr dibaca, penutup majlis ilmu.. usrahku..Tapi mampu lagi buat muka comel, so taklah nampak sangat.  Malam itu sharing tentang exam dan bebrapa perkara penting.. Turun je eskalator... Papppppp! Seorang ukht memelukku..


"Una! napa?"
"emm haha. tak de apa-apa lah"
"Yeke, hehe."
"Aah. Tu cantiknya baju pengantin tu"
"Ceritala kenapa. Awat tukar topik"
"hmmmm... erk tsk tsk, terus nangis macam kanak-kanak mintak gula-gula kapas. Una terasa dengan mereka!"
"Yeke"
"hmm.." tsk tsk nangis macam kanak-kanak minta soft toy.
"Una, una rasa macam tu ke?"
"Aah, oleh sebab una tak study kat bawah, una rasa macam jauh dengan diorang."
"Una, yeke... Una, mungkin waktu ni, Allah nak uji, dengan siapa kita letak kebergantungan.. Dengan Allah ke, dengan manusia....Allah nak uji, nanti, tanpa mereka yang una sayangi ni, boleh ke una buat 'kerja' sorang-sorang."
".......got it"


Jazakillahukhairankhatira ye. Begitu, kisahnya. Allah nak ajar kita something.. Dan.. walaupun menyesakkan nafas....Aku kena:


-banyakkan istighfar, kuatkan hati. cepat sangat terasa! 
-mungkin sebab iman kita problem, so, ukhuwah pun problem. (first order)
-anda cari kasih sayang siapa? Allah atau manusia?
-ikhlas kah berukhuwah?
-belajar berlapang dada


Una mintak maaf ye, dengan sahabat sejati Fillah.. sebenarnya, una memang cepat terasa.. Tapi, bukan salah enti semua.. Una, yang cepat sangat tersentuh... Ujian ini menguatkan lagi ikatan ini.... InsyaAllah... minta maaf... Terima kasih sebab selalu ingatkan una.. 


Esok kita nak pegi daurah.. Semoga Allah menguntumkan balik kelopak-kelopak sakura cinta kita. hoyeh. ilyFLH~


"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang BERTAQWA" (surah AzZukhruf 43: 7)




untuk dia, yang selalu mengingatkan diriku, yang kadang-kadang jauh dari Ilahi, terima kasih. dia itu ramai dan Allah mengutuskan rahmatNya melalui mereka. 


Salam.
hauraffna.
Shah Alam.

Monday, May 21, 2012

Friendship is love with wings ^^

(edit for 1 years ago) memori shiqin zawawi ^^


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah, tamat sudah sem dua kamik. sedar tak sedar, umur kamik meningkat lagi. tahun depan 19?. eh macam silap je. 20 kot. ^^ banyak-banyakkan lah ingat Allah. jadi sem dua ni most important was at the end. which the time we realise that becoming next sem, it will be more adventerous. without her. tetibe. 


kehilangannya dari sisi memang terasa. yela, dia bukan calang-calang orang. kenapa kenapa? dia orang asli ke? ish kome ni. jangan serkap jarang. shiqin zawawi salah seorang dari empat pelajar tajaan Petronas di intec yang akan menyambung pengajiannya di China. Alhamdulillah. Alhamdulillah. namun kebanggaanku pada dirinya bukanlah disebabkan itu. kebanggaanku realitinya merujuk kepada qudwah hasanah(contah akhlak yang baik) yang ditunjukkan pada kami semua rakan-rakannya lebih-lebih lagi saya kutt.

taksalahrasanya andai saya menceritakan tentang dia. sebab ini velog ana yang punya. secara jujurnya, saya dan dia memang tak rapat dan tak rasa nak rapat dan tak rasa lah akan rapat. -.-" tapi sejak pertengahan sem dua, setelah banyak aktiviti haura munawah bersama, ceh ter terbit pulak rasa dimana saya dan dia perlu berkawan. (takyah beria sangat.) dia kalau bercerita memang berseloroh. membuatkan para pendengar tertarik. menceritakan tentang Islam, itu yang lebih utama.

ukhuwah
Ukhuwah ialah tali persahabatan. Ukhuwah yang disertakan niat kerana Allah akan mendapat redhaNya. Ukhuwah yang disertakan dengan tarbiyah memacu kehidupan yang gemilang. Ukhuwah membuat hati semakin tenang menghadapi jalanNya. Ukhuwah merupakan saranan Nabi...." no man is useless... while he has a friend." (Robert Louis Stevenson).


Semoga Allah mengekalkan hubungan ukhuwah yang indah ini.. shiqin sekarang berada di UTP melanjutkan pelajaran dalam bidang engineering. semoga berjaya dan Allahyubariqfihh :)