Pages

Friday, February 22, 2013

Generasi Kita Yang Terpedaya. Arghhhhhhhhhhh

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Bertemankan mood 'in oven' Manipal pagi-pagi ini.
Haba semakin menyerap di selaput kulit yang tebal.
Berpeluh-peluh. "ini tarbiyah buat kamu".


Bila baca balik, maa aih, tajuk. Macam doktor phD punya thesis gayanya.
Uhu, aku memang ingin mengimaginasikan sebagai yang berilmu agar aku terarah untuk menambah ilmu pengetahuan dan mengamalkan. Sebab islam, agama praktikal. Tahu sahaja, pasti tidak sama. 

Entri ini bukan hanya sebagai 'orang yang pandang dari jauh dan mengkritik sahaja'..Tapi insyaAllah, bersama amal, aku memacu mencapai matlamat penciptaan. 

Dipetik dari Munthalaq, pengisian pagi tadi. 

"Secara fitrahnya, manusia bencikan kehinaan dan tidak suka kezaliman. Tetapi dengan pelbagai keadaan dan peristiwa yang berlaku, tanpa disedari mereka tunduk secara beransur-ansur. Sedikit demi sedikit mereka menjadi terbiasa di dalam kehinaan lalu menjadi seperti singa yang telah dijinakkan. Namun begitu, unsur kemuliaan sebenarnya masih berbaki dijiwa dan masing mengalir bahang panasnya di dalam darah.

Apabila ada sahaja daie yang menyeru kepada kemuliaan dan kebebasan, membangunkan jiwa yang lena dan menggerakkan semangat yang nyenyak, maka kemuliaan di dalam jiwanya itu muyla berdenyut. Bara di dalam sekam mula menyala. Sifat kemanusiaan di dalam dirinya mula bangkit, tidak mahu dihina dan bangkit berjihad dan melihat apa sahaja yang dihadapinya  di dalam jihad itu lebih ringan daripada diperhambakan, malah lebih baik daripada kehidupan kebinatangan.


Kehinaan yang menimpa manusia yang disebabkan oleh orang lain atau oleh faktor luaran, ianya akan cepat sembuh dan mudah dihilangkan. Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari dalam diri dan terbit dari hati, itu adalah penyakit yang sangat berbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari.

Kerana itulah, puak taghut yang zalim sengaja menerapkan kehinaan kepada orang ramai melalui pendidikan yang hina dan asuhan agar tidak segan silu tanpa tatasusila. Mereka besarkan para belia atas didikan ini dengan pelbagai sarana. Semuanya bertujuan untuk mematikan himmah dan memadamkan semngat juang agar kekuasaan terus menerus berada di tangan mereka."

Ditambah lagi dengan budaya Gangnam Style, Harlem Shake nya, Ya Allah...
Benda pertama yang memang terlintas difikiran, Ya Allah, Kau jauhilah ahli keluargaku dari perkara perkara yang hina ini... Tapi sebenarnya, bukan sekadar ahli keluarga yang kita kena sedarkan. TIDAK sama sekali.

Terlalu banyak fitnah dan mehnah diluar. Kalau tengkuk ini mahu menjenguk, pasti sekali itu sahaja, tak mahu keluar keluar lagi kerana ianya sangat takut dan melelahkan.

Tapi aku sedar betapa daie yang dah diberi Allah ilmu dan pengetahuan serta nikmat bergerak bersama saudara, perlu dan wajib untuk menyampaikan dan memberi kesedaran kepada semua, secara berperingkat. Tidak boleh tunggu lagi, aku perlu memperkemaskan langkah!

Wahai daie yang baru sahaja ingin futur, SUDAH! bangkitlah kembali kerana janganlah melayani kerenah hatimu yang kosong itu. PENAT tahu? Penat sangat berjalan dimuka bumi dengan hati yang kosong. Erk, nak muntah rasanya. Mual. 


Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah beri ini, bersama kita mengukuhkan kembali ikatan tali (hubul) ini dan bergerak terus maju. Saling mengingatkan dan mentaujih diri.

Masing masing pun kadang tersibuk dengan duniawi, tapi, dunia inilah yang menjadi ladang kita di akhirat kelak, untuk menuai hasilnya. InsyaAllah. "Ibadat yang sebenarnya ialah bahawa anda mengikuti aturan dan hukum Tuhan dalam hidup anda, dalam setiap langkah dan setiap keadaan dan melepaskan diri anda dari ikatan setiap hukum yang bertentangan dengan hukum Allah." - Dasar-Dasar Islam, Abul A'la Al Maududi.

husnarosleli
ar rayyan manipal

0 tazkiyah & taujih: