Pages

Tuesday, November 16, 2010

muka mereka membawa ke syurga .

Bismillahirrahmanirrahim.


Allah Azza Wa Jalla telah berfirman, ertinya : 
"Jika kamu menampakkan sedekah-sedekahmu (dengan tujuan agar dicontohi orang lain bukan untuk riya') maka itu baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir, maka itu lebih baik bagimu dan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahanmu. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan. (surah Al Baqarah : 271)


Dalam riwayat At Tabrani : "sedekah tidak akan mengurangi harta. Jika seseorang menghulurkan tangannya untuk bersedekah, bererti dia memberikannya pada tangan Allah, yakni Dia pasti menerima sedekah itu dan merelakannya sebelum ia jatuh di tangan orang lain.


"Perbuatan yang baik membersihkan perbuatan buruk. Sedekah yang ikhlas memadamkan kemurkaan Tuhan. Setiap perbuatan baik adalah sedekah..


Jadi, mengapa muka?


Tersentuh sungguh hati dan pancrease  jiwa ku tatkala memandang dan terpandang seorang ibu yang menidurkan anaknya di pangkuan sambil menghulur tangan melawan graviti bumi (maksudnya, naikkan tangan ke atas lah kan?apela). Sungguh letih di mukanya. *aku faham.orang lain faham tak? dalam hati, agak-agak macam mana ek kalau terusan begini, takkan nak teruskan melarat.. Saudara ku.. mahu menitis air mata rasanya........


Aku tahu, kau akan terus tabah. kan? kan? tapi, yang melihat penderitaan ni, rasa ketabahan mereka tak perlu berbayar kah? mana boleh. hari ni hari mereka, esok hari, siapa yang tahu? Harta benda tu hanya sementara. semakin kejar harta, semakin tak tenteram jiwa. Bukankah harta tu untuk dikongsi sesama saudara? InsyaAllah.. 


Cuba je terfikir, kalau lah kita bagi sedekah hari ini, kira menyumbang 1/100 perkembangan anak si ibu yang miskin itu, setiap orang, setiap 1/100, mana tahu, dengan berkat sedekah ikhlas yang diberi anak ni membesar dan menjadi orang berguna. Tak ke rasa terharu tertulis dalam buku catatan bahawa anda ada menyumbang juga? Ala, kerek-kerek pun, dia jadi tukang repair motor. At least, dia learn something dalam kehidupan.. Klau semua adik beradik dia melarat, tak ke dia nak besar kena merompak? Nauzubillah....... (kalau dia merompak, korang jugak yang akan kata Malaysia dah tak selamat)....


Dari Anas ra, dia berkata: "Telah bersabda Rasulullah saw: "Barangsiapa berjalan untuk memenuhi keperluan saudaranya, Allah menuliskan untuknya setiap satu langkah tujuh puluh kebaikan dan menghapuskan tujuh puluh keburukannya. Wallahualam....


Setiap yang  dianjurkan Allah, ada sahaja hikmahnya untuk jangka masa pendek, jangka masa panjang.. Berfikirlah...Allahuakbar... 


Lepas tu, mesti rasa tenteram jiwa, tngok peminta-peminta ini ucap Alhamdulillah (Segala puji hanya untuk Allah). bukan kah ini suatu usaha juga untuk mereka kenal Allah? Ada juga yang mengambil tangan pemberi sampai menciumnya, dan ada yang terlalu bersyukur sehingga mendoakan kesejahteraan kita. Nah, bukan mudah nak dapat orang yang ikhlas mendoakan kita.... Kalau lah time tu dia doa semoga murah rezeki dan cepat bertemu jodoh? HEHE. takpe, saya aminkan sahaja. terima kasih....


                                        kehidupan ada naik turunnya


Allah berfirman, ertinya : 
"Minta tolonglah kamu kepada Allah dengan sabar dan solat ....." (surah Al Baqarah : 45)


be strong, u can do it.
salam, majHR 2010.

Monday, November 15, 2010

bersyukur kah ?

Bismillahirahmanirrahim.


Allah Azza Wa Jalla telah berfirman :

Ertinya : "...Sedikit di antara hamba-hamba Ku yang bersyukur." (Surah As-Saba' : 13)
                                                         ada ayah .
                                                 ada ibu .
                                                  ada adik beradik .
                                             
  
Ada kaitan kah? 
Allah Taala memberikan keluarga ini sebagai penenang hatiku di dunia.. Alhamdulillah setiap kali pulang ke rumah, seperti memasuki syurga (syurga Allah lebih lebih lebih indah-ingin ku jejaki nya). Bukannya kerana material lah, tetapi mungkin, ibarat langit yang biru  ehh! mungkin mendapat ketenangan disitu, Alhamdulillah.. 


*ayah.
segarang seorang ayah,selembutnya hati ayah.(ayat bila dh lama tinggalkan hukum D-M sekolah menengah)
semalam, ada sedikit salah faham, mmg sy yg slah. dan, sy rasa  malu.. dulu, sy sering mengungkapkan maaf apabila membuat kesalahan. tapi, egokah aku sekarang. Astaghfirullah. ayah going back home at evening after servive his car, kira lepas 24 jam, (rekod baru jangka masa untuk meminta maaf) sy pn beranikan diri untuk berhadapan ayah-guru disiplin. Dia hanya senyum.. Dia juga mungkin tergelak dalam hati, who knows? takpe, sy tahu ayah pun mungkin ada rasa bersalah, smpaikan malam tu, ayah msk sambal sotong. sotong-sotong akan berada di rumah saya apabila saya pulang.. in conclusion, inilah kasih sayang seorang ayah.. bersyukurkah husna?


*ibu.
kalau sy cakap ibu juga garang, anda percaya? (memang garang). takpe. ada natijahnya. looks, apa jadi pada saya. Alhamdulillah. Dialah kawan sy sejak lahir. selalu je bisik-bisik zikir mengingat Allah kat telinga untuk bagi tidur. selesanya. sampai dh besar pun, sering bisik-bisik nasihat sampai ke hati, cewahh. adakah husna telah bersyukur?


*humaira (akak).
nama pun akak. tahu-tahu je lah. HIHI. baru - baru ini, cehh. dia dapat kad jemputan kahwin tau, dia sangat suprise lah kononya.. dalam hati dia mesti berhajat tu. tak banyak, sikit kan? kan? takpelah kak. lepas ni kau pulak yang akan buat aku rasa lebih bersyukur. maknanya, tiada makna. 


*ahmad danial.
*ahmad dhiyaudhin.
*hur 'ain.
tiga bawah tu semua adik.adik-adik macam fan bila akak ni balik, mesti keromon macam semut kat gula. sekejap je dengan hrapan akak dia bawak jajan. tak lah dik. dulu bolehla, sekarang akak bwak mercdeces harapan. HEHE.


jadi nak cakap sikit : institusi keluarga sangat penting.
bersyukurlah dengan segala apa yang telah diberi Allah.. apabila sorang dh takde, sama ke? ke masa tu baru nak bersedih mengenangkan dosa yang dilakukan? lain rasanya............ 
hormati ayah, hormati ibu, sayangi ayah, sayangi ibu, lepas ni *ayah n umi mertua pulak. ehh!
tak perlu cari ketenangan di luar, sinar kebahagian itu ada di rumah, yang ada ayah, ibu, adik beradik yang mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya insyaAllah. sungguh berkilau ! Allahuakbar. 


semoga keluarga menjadi penyuntik mujahidin.
Allah berfirman, ertinya : "Hendaklah tiap-tiap orang memerhatikan apa yang diusahakannya untuk esok (Hari Kiamat)." (surah Al Hasyr : 18) 


be the great, be the winner.
salam, majHR 2010.

tidak perlu rasa gelisah .

Bismillahirahmanirrahim.

Allah Azza Wa Jalla telah berfirman :

Ertinya : "..Sesunggunya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal." (Surah Ali Imran : 159)

Segalanya bermula dengan rasa bertawakal dan tawadhuk pada Allah..
Sedang diriku merasa risau dan resah akan anggapan semua pihak, aku terdiam menangis. memeluk birai katil.. menutup mata dan membayangkan Allah seolah-olah melihatku..Aku menginginkan Allah mendengar permintaanku,memelukku.. Dia ada, Dia ada, Dia ada..

Kaki melangkah longlai, berwudhuk dan mendirikan solat.. Alhamdulillah, di beri peluang berdoa.. Air mata mengalir lagi.. by unconcious mind, its uncontrolled..

persoalan: asal nak nangis sampai melalut?

Allah berfirman, ertinya : " Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Al Ghafir : 60)

see!
perasan tak, macam setiap benda tu, ada je petunjuknya.
jadi, saya decided, janganlah disebabkan perkara dunia yg tempe remeh ini, ramai dari kita, terus melalut tanpa hala tuju.
InsyaAllah, dengan tekad dan azam, betulkan diri, kita positive je la.
*give me some sunshine, give me some rains..



                                                       shah alam, malaysia.

harap saya tersenyum sepanjang kehidupan dengan keredhaan Allah.
simplest is among the simple.
salam, majHR 2010 .