Pages

Thursday, March 17, 2011

strong, stronger, strongest !

Bismillahirhmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.


"Trials of life upon me,are more precious than diamonds and gold
Tested with fire I may be,
but I know I’ll come out stronger in this world"

15Mac2011.takperlu terkejut saya dah berada di INTEC.cuti yang masih panjang terpaksa diburn dek latihan-latihan yang membakar lemak di artery serta vein. mungkin pak guard dan mak guard terpaksa cover kemachoan mereka berdua apabila disergah saya jam 10 malam. hehe. saya pun wat donno je.(dalam hati "Ya Allah,janganlah aku dipanggil, janganlah,janganlah). biasalah, benda yang taknak tulah selalu yang dapat. mungkin muka tak cukup suci untuk lepas dr pak guard.

pak guard: dik dik dikkkk..
mak guard: dari mana? kenapa datang malam-malam ni?
saya: dari kampung pisang lepas jumpa kak limah. saya dari rumah, balik cepat sebab ada latihan PSSCPUH. start esok kat park depan. saya duduk blok 3 tingkat 5.
setelah beri semua laporan nampaknya mereka masih belum puas hati.
mak guard: rumah kat mana? tak kesian ke,mak awak, ayah awak belum habis rindu lagi. cuti panjang, cepat dah kena tinggalkan. hm takpelah, baik-baik jaga diri.
aik? -.-"
pak guard: nanti daftar kat Cemara bg siapa yang stay.
saya: saya dari johor, ok terima kasih. InsyaAllah. Assalamualaikum..

ayah. una sayang ayah.
sebak.memang sebak.siapa yang sanggup?
dari dalam bas lagi dah feeeelinggg siap lap air mata pki selendang ala-ala sweater, cover. harap orang sebelah tak nampak. buat malu je.kememe. cuti 10 hari yang diberi Intec saya hanya gunakan 4 hari shaja dirumah. Apa-apa pun, Alhamdulillah. Masih ada peluang untuk jumpa keluarga. Tapi ayah ibu, should I do this for you? should i leave you? should I not spare my time with you? should I? 

Who should I give my love to? My respect and my honor to
Who should I pay good mind to? After Allah And Rasulullah.
ayah ibu. mungkin dalam jalan una menuntut ilmu ini membuat kita jarang berjumpa, jarang bermesra, jarang bersua muka. tapi anakmu yang kuat menangis ini, yakin! jalan ini lah yang akan memberi kebahagian kita bersama. semoga jalan ini juga dpat membantu ayah ibu di dalam kubur nanti jika ditanya tentang tanggungjawabmu terhadap anakmu ini. semoga jalan ini dapat membantu ayah ibu menuju ke syurga yang hakiki bertemu dengan Allah kerana anakmu ini. Aku berharap Ya Allah, Ya Tuhan. Walaupun hanya menghdiri kelas mempertahankan diri, aku yakin ini adalah usahaku untuk melindungi diri, maruah dan hartaku.InsyaAllah.YAKIN.

Jadi latihan sebelah malam dijalankan di Dataran Shah Alam. seperti biasa, jam 6 lebih selepas dinner kami beramai-ramai berjalan kaki ke sana.emmm i mean,dengan teksi. Biasanya, kami bungkus makanan dan makan di laman masjid beramai-ramai.setelah itu wudhuk di angkat, azan berkumandang,dan terus berjalan menuju ke dalam masjid. how this scene make me more spiritual again and again.bila melihat ramai yang berjemaah, Alhamdulillah. Seandainya suatu hari nanti aku memiliki peluang untuk mendidik anak-anak lelakiku untuk mencintai masjid seperti Nabi Muhammad s.a.w. Segala pujian hanya untukMu ya Allah. Berikanlah kami anak yang soleh dan solehah. Amin.

Masjid Shah Alam - kala malam bulan mengambang.

Jam 8 kami berkumpul dipadang setelah menunaikan solat Maghrib. again, punctuality.Hari ni setiba di padang,tazkirah maghrib jelas didengari melalui sepaker masjid yang dipasang ke luar.sengaja saya berlari-lari anak before warm up untuk mendengar setiap bait-bait kata penceramah tersebut. "yang paling mulia disisi Allah antara kamu adalah orang yang paling bertakwa" (Al-Hujurat:13). Semoga kita tergolong dalam golongan itu. Amin.

ada lagi, Allah sudah menetapkan jalan jalan rezeki bagi hambaNya. maknanya, Allah dah tetapkan jika ayah kita seorang cikgu, rezekinya melalui gaji menjadi cikgu,begitu juga jika kita seorang usahawan, kita mendapat rezeki dari Allah melalui pekerjaan yang halal yang kita laksanakan. Amanah terhadap pekerjaan dan menyalurkan rezeki tersebut di jalan yang Allah perintahkan sperti menanggung anak, isteri, ahli keluarga, menolong fakir miskin, etc. melaksanakan yang disuruh & meninggalakn yang dilarang - takwa :)

Kasih sayang seorang teman
"hari ni hari awak, esok mana tahu kita pulak yang kena." sweet nya andai ayat diatas dapat dituturkan untuk seorang sahabat yang dikasihi.saling tolong menolong dan ingat mengingati. Kasihan pun ada melihat rakan-rakan yang tak dapat pulang ke kampung halaman bertemu ayah ibu mereka. Sabahan dan Sarawakian. besar pengorbanan yang dilakukan. semoga hasilnya juga memuaskan. saya tahu awak kuat Hastanti, Mariati dan Natalea! saya pinjam kekuatan awak semua. jangan homesick lagi, kita sekeluarga :)

2010. 11m10 = family

I only want the things
You know is best for me
I’d gladly sacrifice
If that’s what You decree
I would break and
Mourn in eternity
Perish into the sea
If that’s what You want for me.

trials of life - Sami Yusuf.

médico y un ingeniero.
salam, majHR 2011.

Saturday, March 5, 2011

durante el día (Nur Dhuha)

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

"meski ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadaMu, namun cinta dalam jiwa, hanyalah padaMu"
orang yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid antara 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah
 pada hari di mana tiada naungan selain daripada Allah sendiri.
(Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Pagi Isnin itu, seperti biasa selepas kelas kimia jam 9.50 pagi, kelihatan ramai student yang berpusu-pusu menuju ke ALM cafe. Ada yang bergelak ketawa dan ada pula yang masih menumpukan sepenuh perhatian pada buku rujukan mereka. Saya mula mengatur langkah,membisikkan sesuatu kepada RD, "jom...". RD seakan memahami dan segera mengemas alat tulis lantas mengikut jejak saya di belakang..

Saya mula menutur bicara.. "nak tahu tak? ramai orang tahu masa itu berharga macam emas, tapi jarang manusia tahu cara nak menjaganya." RD mengangguk tanda faham sambil mengukir senyuman kerana dia jelas seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap. Sepanjang perjalan ke 'white house' intec, kami melihat beberapa student lain turut berjalan dengan pantas kerana rata-rata mereka juga seperti kami berdua, hanya mempunyai masa lebih kurang 15 minit sahaja untuk menunaikan Solat Sunat Dhuha sebelum kelas seterusnya bermula pada jam 10.10 pagi.

Ayat perucapan Baginda Nabi Muhammad s.a.w menyapa di telinga:
"Barang siapa yang dapat mengerjakan Solat Dhuha dengan kekal terus menerus, akan di ampuni dosanya oleh Allah sekali pun dosa itu seluas lautan" (Hadis riwayat At-Tarmizi)

Usai berwuduk,kami terus mendirikan solat tanpa berlengah lagi. Salam diucap penutup solat, tangan ditadah memanjat doa dan mengharapkan rahmat Allah. Alhamdulillah. Selesai sudah ibadat sunat dimana Allah sendiri telah berjanji untuk meluaskan pintu rezeki dan menolak kefakiran hambanya yang mendirikan solat sunat Dhuha. Kami bergegas kembali ke kelas dengan senyuman yang menguntum kerana dada terasa lapang dan jiwa menjadi tenang.

Daripada Abi Hurairah r.a katanya: "Kekasihku Rasulullah s.a.w telah berwasiat kepada ku tiga perkara: iaitu berpuasa tiga hari setiap bulan, mengerjakan dua rakaat Solat Dhuha dan mengerjakan witir sebelum tidur." (Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Daripada Nuwas bin Sam'am bahawa Rasulullah s.aw. bersabda yang bermaksud: Allah Azza Wajalla berfirman, "Wahai Anak Adam, jangan sesekali engkau malas mengerjakan solat sebanyak empat rakaat pada permulaan siang (Dhuha), kelak Aku akan cukupkan keperluanmu pada waktu petangnya." (Hadis riwayat Hakim dan Thabrani) :)

Nur Dhuha
Waktu solat Dhuha adalah bermula dari 15 minit setelah terbit matahari sehingga sebelum masuk waktu zuhur. Bilangan solat Dhuha adalah sekurang-kurangnya dua rakaat,paling banyak lapan rakaat, ada pendapat mengatakan tiada had bagi bilangan yang paling banyak.InsyaAllah.

Kebanyakan dari kita merasakan bahawa 15minit gap antara kelas itu lebih penting digunakan untuk berborak-borak , bergosip tentang Fahrin Ahmad, ataupun 'take a nap'. Mungkin surau jauh kott. Mungkin susah nak wuduk kott, hilang make up. ye tak? Dulu saya rasa macam tu jugak.Tapi bila kebaikan yang di dapati melebihi dari kesusahan yang sengaja dicari-cari, saya lebih rela menghayun kaki ke surau. Memang tak dinafikan ada yang bersungguh-sungguh tak kira laki mahupun prempuan,menuju ke surau time gap kelas,saya rasa macam wahhhhhhhhhhhh so sweet >.< cuba try practisekan bagi sesiapa yang mahu rasa keajaiban kasih sayang Tuhan.

Rahmat Tuhan pada penciptaanNya juga
Antara cebisan doa solat sunat Dhuha yang diajar kepada saya ialah "..dan jadikanlah tanganku di atas untuk menjadi pemberi dan janganlah jadikan ia di bawah untuk meminta-minta.." -Erti hidup pada memberi-

Semalam hari Jumaat, sir Manoharan, sir bio saya ada mengingatkan "all of you should eat when hungry". Dalam Melayunya bermaksud "makan apabila lapar". Jika disambung "berhenti sebelum kenyang", perfectlah anjuran amalan daripada Nabi. “Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang.” (Hadis Abu Daud) walaupun sanadnya lemah.Yang baik itu kita amalkan ilmunya.Wallahualam.

memang seronok untuk dinikmati.tapi sekali sekala ya.
Tolong kawal pemakanan dan pengambilan gula dalam diet anda :) waktu muda, memang tak rasa semuanya. Bila tua, bila kaki dah nak kena potong, baru rasa nyesal. Jangan jangan jangan macam tu ya. Saya tahu anda semua ikhlas nak bagi bakal-bakal doktor peluang pekerjaan, tapi jangan korbankan diri anda. Saya tak sanggup. Kadar gula yang tinggi dalam darah apabila tidak digunakan akan ditukarkan menjadi lemak (fat). Kadang-kadang, fat ini tersumbat di salur darah dan membuat tekanan darah semakin tinggi. Akhirnya membawa kepada penyakit seperti high blooooood pressure, artereosclerosis, angina pelvis, myocardial infarction(sakit jantung) dan lumpuh juga boleh. mencegah lebih baik dari mengubati. sakit tau kena potong kaki -.-"

No llores, no pierdas la fe
La sed la calma el que haze
Agua de la arena
Y tu que te levantas con orgullo entre las piedras
Haz hecho mares de este polvo
-try not to cry,sami yusuf.

prendre soin, InsyaAllah.
salam, majHR 2011.

Thursday, March 3, 2011

Bersenang-senangkan Hati Mu .

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.
satu pagi di Seksyen 2. (It's the morning of your very first day-fifteen)
sebenarnya post kali ni,nak bercakap tentang love hati. 
27 Februari 2011
fon saya: ............the person u've called is not answering,plis kol later.
1 Mac 2011, again.
fon saya: ............the person u've called is not answering,plis kol later.


penat lah dengan suara operator tu je.mana ni tak angkat-angkat. dalam hati dah serabut. tertanya-tanya, apa pulak kali ni yang saya buat,sampai dia terasa.dah la lama tak contact.takut pulak,kang tak pasal-pasal ada berita buruk sampai pengetahuan family.nak try kol lagi, segan sangat.mengganggu hidup orang pulak.banyak 'mungkin' bermain di kepala.akhirnya,hari ni decided nk kol lagi. muka tak tahu malu.


3 Mac 2011
fon saya: ...........the person u've called is not answering,plis kol later. 
nasib maxis,kalau celcom dah lama terjun bangunan. bukannya off fon,tp tak angkat. buatlah saya lebih lebih rasa bersalah.nak nangis ke? tak ah. kalau sem lepas mungkin. sem ni kuat sikit. saya pun nekad, mesej cousin yg kat IPGM. tanya-tanya napa orang tu tak jawab kol, mintak pendapat macam-macam. 


malas lah nk buat cerita suprised-suprised.tak reti langsung.terus terang je lah ek. sebenarnya saya contact cikna (moksu) saya dari hari tu tak berjawab. yela, dengan makcik sendiri, malu tu kalau diperlakukan mcm ni.hidup segan mati tak mahu rasanya. akhirnya,hari ni juga saya nekad mesej cikman (poksu).tu pun x berbalas.hm,hilang selera makan teros. sampai hati buat saya macam ni.wa wa wa.petang tu stay kat intec,silent phone sebb masa balik tu nak dekat Asar.Kalau azan,mcm rasa bersalah pulak kalau fon tiba-tiba bunyi. ye tak?


Akhirnya.kul 8.40 malam tadi cikna kol.ce cite ce cite, apa masalah sebenar yang berlaku. rupanya adakah mungkin disebabkan penyakit amnesia? tak baik tak baik.cikna terangkan semua yang berlaku.takde kaitan langsung dengan yang saya sangkakan. Dia cume terlupa nak kol balik sebab masa saya kol tu,dia tengah buat panggilan ke Johor. Both time. cuma yg kali terakhir tu dia tak perasan bunyi kol. Poksu pulak tak balas sebab takde kredit.hm, cm tu cikman tukar la fon xperia tu dengan una :)


husnu dzon.husnu dzon ni membawa maksud bersangka baik.saya rasa, banyak kali dalam hidup, saya asyik bersangka buruk je.saya rasa perasaan macam ni memang tak patut wujud. tahu tak? bila kita su'u dzon ataupun bersangka buruk, mungkin tahap 'tension' dalam diri akan meningkat. hidup menjadi serabot macam saya. sebab memikirkan hal yang memang tak patot untuk difikirkan sedangkan takda apa yang berlaku.boleh membawa kepada CVD. (cardiovascular disease). Padahal time cikna contact balik,kami gelak-gelak.Totally nothing happened. Ya Allah, leganya rasa. Cuba kalau dari awal saya fikir positif.Tapi saya tahu ini adalah tarbiyah(didikan) dari Allah yang sayang saya. Mengajar erti kehidupan.Jadi, husna, practisekanlah husnu dzon dalam apa jua keadaan.InsyaAllah.


"Bergembiralah,sebab kebanyakan hal yang engkau takuti adalah palsu" -La Tahzan.

Husna jr. Husna sr.
Maaflah andai tahap penulisan semakin kurang memuaskan.saya memang tak reti menulis. hm,ambil sedikit masa lagi untuk bercerita walaupun esok test,semoga ini membantu.:)
Kebelakangan ni terlalu, terlalu banyak perkara yang membawa memori saya ke MRSM Muar. ok baiklah. saya bukan mahu mencari publisiti murahan.

batch 084 

pertama sekali,pertemuan dengan Alumni iaitu jeng jeng jeng. Miss Faradilah Binti Mahad! kenal tak? hehe. memanglah tak kenal kalau tak study kat intec. Dia lecturer math saya since sem 1 lagi. dan.. saya baru tahu semalam. rasa nak nangis kan? yela, mungkin korng tak rasa apa yang saya rasa.jumpa Alumni rasa macam jumpa adik beradik kembar seiras je. serius tak tipu.cuba kalau jumpa Dr SMS, dia pun alumni saya juga. tak rasa cam nak tercabut jantung? hehe. tipu-tipu. Astaghfirullah. 

Then, Miss Fara cerita, dia ada anak saudara kat MRSM Muar in 2009 means thats girl form 1 at that time.Meansssss, shes the one of my juniors that i kept in eye every single day!!! saya dorm captain masa tu (bukan nak bangga pon).Ya Allah,memang tahun 2009 tu saya bersuka-ria-sehidup-semati dengan junior asrama saya.too many stories to tell.tp Miss tak nak ckp siapa budak tu.yela, Miss takut saya buat mcm-mcm. ade ke patut? sekali anak saudara dia tu Khairun, haru-haru-haru.ye, budak tu sebaya dengan khairun :) siapa khairun? hehe.manusia.
port cun buat pertemuan dengan junior rapat - SNA. Aishah. terima kasih melawat.
silaturrahim:
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"Apakah kiranya jika kamu menjadi wali(berkuasa), kamu berbuat sesuka hati di muka bumi dan memutuskan silaturrahim. Mereka itulah yang dikutuki Allah,lalu Dia memekakkan mereka dan membutakan pandangan mereka" (surah Muhammad ayat 22-23)

Dari Abi Bakrah r.a dia berkata:Telah bersabda Rasulullah saw: 
"Tidak ada dosa yang lebih berhak Allah segera turunkan akan seksa di dunia dan menyimpan seksa untuknya pula di akhirat iaitu derhaka pada orang tua dan memutuskan silaturrahim."

Dari Abi Hurairah r.a dia berkata :Aku dengar Rasulullah saw bersabda:
"Siapa ingin murah rezeki dan panjang umurnya, ia hendaklah bersilaturrahim"
Wallahu'alam, InsyaAllah..

kuih pemberian Natalea (Sabahan)
walau kita berbeza agama, bond kita sangat kuat.love ya!
In conlusion, saya memang mengahargai persahabatn yang memang wujud tapi tak nampak ikatannya lebih-lebih lagi Batch 084.memang,saya tahu.saya minta maaf tapi sebenarnya memang saya hargai.mungkin saya LDP waktu tu.dan junior.ahaks. "ATT clear dorm sekarang............." sampai jumpa lagi.

Light off, good night.
Salam,majHR 2011.