Pages

Sunday, November 27, 2011

ibrah pepohon NENAS

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.


Cuti semester tiga.


Mahu sangat agar cuti ini seperti berdaurah di rumah sendiri. Aku ingin menjadi murabbi kepada adik-adik ku yang dikasihi. Mahu mereka berfikir sejenak apakah dunia ni hanya sekadar perlu dijalani tanpa panduan dari Tuhan yang Esa. Apakah realiti hidup ini.


Memang tak dapat disangkal, apabila berada di jalan DnT ini, persoalan yang sering bermain di benak pemikiran. Apakah mungkin kita akan meninggalkan keluarga kita jauh kebelakang, dan tanpa menghulurkan tangan?


Sebelum memulakan perjalanan dan bermusafir pulang ke rumah, ade beberapa plan yang telah dibincangkan dengan kawan perempuan yang lain, yang memberikan idea dan strategi tak lupa juga nasihat-nasihat berguna how to catch our sisters' and brothers' heart at home. 


"Di setiap kota terdapat pusat pembangkit tenaga elektrik. Para pegawai memasang instalisasinya di seluruh penjuru kota, memasang tiang dan kabel, setelah itu aliran masuk ke pabrik-pabrik, rumah-rumah dan tempat-tempat lain. Jika aliran eletrik tersebut kita matikan dari pusat pembangkitnya, nescaya seluruh penjuru kota akan gelap gelita. Padahal saat itu tenaga eletrik ada dan tersimpan di pusat pembangkit eletrik, hanya saja tenaga eletrik yang ada TIDAK DIMANFAATKAN" - Imam Syahid Hasan Al Banna.
Aku tersentuh seketika dengan pengucapan AsSyahid (semoga Allah merahmati beliau). Allah telah beri aku nikmat kefahaman (alhamdulillah), tapi kalau aku tak guna dan sengaja tak bergerak, nescaya 'kota' yang dimaksudkan assyahid sebagai ummah ini hilang tanpa arah. Lantas berfikir, wujudkan cuti dalam diri seorang mukmin dan muslim dalam aktiviti ibadahnya, dalam ketaatannya. Pastinya tidak. 


change before you regret toward something.

Sebelum mentarbiyah adik-adik, diri ini juga perlu ditarbiyahkan agar kuat di dalam. Perlu bijak dan tidak boleh terlalu tegas untuk mendekati diri adik yang berumur 8 tahun. Kerana,aku terlalu yakin, kesan psikologi televisyen terhadap adik ku itu telah berkesan. Sedih. Aku juga mangsa keadaan pada waktu dulu. Bersyukur. Aku diberi kesempatan untuk berkongsi tentang ini kepada mereka yang aku cintai. Ya Allah, aku mohon diberi kekuatan dalam ujian ini dan tak futur!


Pagi hari pertama cuti dirumah itu diajak pergi ke kebun. Udara segar masuk ke hidung. Ayam dan angsa menyapa. Alhamdulillah nikmat dan tadabur alam. Ibu menyuruh aku mencabut rumput di batas-batas nenas. (pilihan ke dua untuk masuk ke hutan mencari kayu). Lebih rela mencabut rumput. 


IBRAH NENAS


Aku lantas mengambil sarung tangan dan pergi ke batasan nenas. Rumput yang dicabut pada permulaanya mudah. Masih di sekitar sahaja. Memang mudah. Tanpa lengah lagi, aku menuju ke batasan kedua, perlu kerja keras. Rumput tumbuh ditengah-tengah antara dua pokok. Duri-duri yang menusuk kulit sangat memilukan. Ibu kata, "lembut sangat, mcam mana nak survive nanti." Aku hanya 'telan' kata-kata itu. Mungkin betul, baru buat kerja sikit , baru kena duri sikit dah mengeluh. 


gambar hiasan. 


Akhirnya sampai ke batasan ke tiga, aku melihat ini sebagai ujian dan penambah kekuatan hati. Luka makin bertambah. (semangat kan diri). Sebenarnya, aku kerja kuat ni untuk buangkan rumput yang sebenarnya mengganggu pertumbuhan pokok nenas tu. Lepas tu, buat tanah lebih subur. Walaupun sukar, tapi sebenarnya memang beri kebaikan kepada pokok nenas tu sendiri. 


Begitu juga para dai'e, anda dan diri ku mungkin sahaja baru bertandang ke medan ini. Mulanya kelihatan mudah, kerana mungkin kita masih di 'ruang yang berhawa dingin dan belum keluar ke jalan yang berhaba'. Kau disakiti, kau dilukai, namun tahukah kau, itu hanya sebenarnya penapis bagi mengutkan ketaqwaanmu dan demi menjalankan perintah Tuhan  yang Maha Satu. Bukan melakukan sesuatu yang sia sia tapi niat murnimu untuk membangkitkan ummah. Ummah yang semakin tenat memerlukan daie sepertimu yang kental jiwanya dan tabah.


Walaupun terpaksa melayan karenah adik bongsu yang hmmmmmmmmmmp. Mantapkan lah iman di hati dan bersabarlah! Sesungguhnya kita akan temui kejayaan itu nanti. Amin.
"Kebahagian dan ketenangan yang berpanjangaaaaaaaaaaan. Tahun sudah berganti. Mabrouk bagi yang mengakhiri tahun 1432H dan memulakan tahun 1433H di rumah-rumah Allah. Mari kerja keras menuju redha Allah."

Bersabar. 

salam.
hauraffna. kota tinggi.

Thursday, November 24, 2011

The awaken, silent killer.

Assalamualaikum, bismillahirahmanirrahim...


Pada hari ini, aku baru merasakan yang sebenarnya nikmat menulis blog adalah dengan menggunakan 'aku' dan 'anda'. Aku rasa lebih dekat dengan anda, bukanlah ganas atau jelek kasar, tapi aku hanya mahu guna 'aku'.


SILENT KILLER


Aku tak tahu kenapa, sejak pulang dari 'program itu', aku menjadi semakin bersemangat untuk mentelaah pdf dengan tajuk-tajuk buku yang hebat-hebat. kenapa ni.. bukan ke sepatutnya cuti ku dipenuhi dengan rehat dan as well as holiday or revision? Moderator kat situ meracuni fikiran ku bahawa tanggungjawab itu melebihi masa-masa yang ada, dan kenapa aku mudah sangat mempercayai kata-kata mereka? Suka hati aku la nak uruskan waktu ku, ahhh persetankan semua itu....bisik hati ku ketika itu...


"Apa sebenarnya dah jadi dengan hidup seorang muslim di muka bumi ini? Adakah lulus sekadar pengucap syahadah namun tidak lulus dalam praktikal pemanduan syahadahnya? apakah puncanya."

Sedar atau tidak, kita sebenarnya memang telah dirancangkan dan diprogramkan untuk menjadi manusia yang tak kenal tuhannya. Buktinya, kenapa kita lahir dengan ayah ibu Islam, sekolah Islam dan makanan Islam, tapi still jadi generasi yang Islamnya sekadar bolehla. GHAWZUL FIKR. Serangan pemikiran. psychological war. Benda yang tak nampak permulaannya. Benda yang tiba-tiba nampak hasilnya. Huhu menakutkan dan menyeramkan bagi siapa-siapa yang telah tersedar perkara ini. Betul tak?


tu, terangan Al Quran untuk KITA. siapa KITA? anda. siapa Anda? saya.

Aku tak berani berkata besar, tapi aku cuba menebarkan ilmu apa yang aku sudah faham. Aku tidak dapat membayangkan apa yang mungkin terjadi kepada generasi akan datang, aku seakan memandang mereka dan diriku sendiri semakin mudah tewas dengan bujukan syaitan. walaupun bertudung? Aku tahu puncanya apa (Allah lebih mengetahui). GF (ghawzul fikr). Ada satu golongan yang sedang memprogramkan KITA semua. FAHAMI lah dan SEDAR lah. 


Aku melihat kita semua sangat lemah dan entahlah, sekali jentik, iman mudah jatuh tercampak jauh. Aku pun merasa benda yang sama, itulah sebab aku mampu bercerita sekarang. Aku tak sempurna, aku pernah bersama-sama jahiliah, dan aku pernah berjalan di 'jurang-jurang neraka'. Tapi aku bersyukur satu, Allah telah menyelamatkan aku. Ketika aku berada pada waktu jahiliyah dulu, aku TAK NAK tinggalkannya. Aku berasa itulah sebenarnya kehidupan manusia. (JAHILIYAH = maksiat/zaman kebodohan). 

"Pernahkah anda mengasihi ahli keluarga anda? MESTI. dan apakah perasaan anda kepada orang yang anda kasihi itu? Mesti nak yang TERBAIK. jadi, aku juga seorang yang mengasihi anda, aku ingin yang terbaik untuk anda"

Jadi, apakah yang golongan yang merencanakan GF ini telah laksanakan?

1) Jauhkan kita dari al Quran. Ini adalah hakikat. al Quran kadang-kadang dibaca apabila ada majlis besar-besaran sahaja dan tak tahu pon apa yg orang tu sedang baca. okey, kita tengok sini kesannya.


tak baca Quran, so

akhlak-akhlak dalam Quran tak sampai, so

menghancurkan fikiran seorang Islam, so

tak kenal Allah.

2) Memperkenalkan dengan isme-isme yang best pada mereka untuk menjatuhkan kita. Contohnya, materialisme. Fikiran material, so, tak kisahlah, halal ke haram, main bantai je, asalkan masyuk. kedua, fashionisme. tak kisah lah, baju nampak aurat atau tak, janji berfesyen. Astaghfirullah. 


jom kuasai pelbagai ilmu, ia untuk KITA.
"kutiplah dimana sahaja anda temui ilmu, ia  milik kita dan untuk kita!"

Aku sangat takut, nak menangis. sebab once dh ter racun fikiran, memang susah nk dapat penyembuhnya. Tapi ayat Allah yang hendak membuatkan aku lebih menangis apabila Allah kata, setiap penyakit, ada ubatnya. (sobs menangis sebanyaknya). Aku yakin dan aku percaya, mengapa Allah memberi aku kefahaman tentang ini, supaya aku dapat menyelamatkan semua orang yang aku cintai. Aku nasihat kerana aku cinta. kepadamu wahai orang yang aku cinta. Aku percaya, ummat ini akan berjaya!!

Buat anda semua, percayalah segala kejahilan yang terjadi kepada kita semua telah diplan oleh musuh. KENAPA KITA BENCI SAUDARA KAT GHAZA TU? sebab musuh kita kata, orang ghaza tu orang jahat, mereka tu suka berperang, mereka tu itu, mereka tu ini. Padahal, telah jelas dalam Quran yang kita ni bersaudara. Cubit peha kanan, peha kiri terasa. Tapi kita, marah kalau konsert JOM HEBOH batal. Allahu Akbar. Silalah rasa yang anda sedang ditipu.



Siapa suka ditipu? *musuh kita ketawakan kita dan haha sambil kata bodohnya kau ni* Jadi, tolong lah rasa, yang Allah dah beri kita Quran, untuk orang yang nak beruntung hidup di dunia dan akhirat. Aku takut, aku tak sampai umur untuk sampaikan pada semua. Aku sayang banat dan nisa' diluar sana (perempuan dan wanita). Macam aku dulu, pon benci pd orang yang mengajak buat baik, macam aku ni tak cukup baik je. Tapi rupanya, setelah faham, alhamdulillah. Aku tak mengharap perubahan itu segali gus satu hari, aku sekarang pun mengambil masa untuk memahami hakikat hidup ini. So, siapa nak ikut berubah? jommmmmmmm!


"Jangan difikir derita akan berpanjangan, Kelak akan membawa putus asa pada tuhan, Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan, Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali"


Salam.
Husna. Shah Alam.
"Wherever Allah plants you, be fruitful!"

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednessday #4

rentetan HANTU BONCENG, blog semakin kerap dijenguk..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum....

Cómo está usted? wahhh ini gara-gara lecturer math yg suke menamatkan kelas dengan bahasa pelik-pelik.. eceh.. padahal sepnyol atau jepun je yg dia ckap... 理解できますか?(google-kalau salah marah google). Alhamdulillah kali ini dapat mengupdate blog di restoran berhampiran kolej kami.. yang paling hampir dengan hati. Izan sahabat baik suka makan disini... dekat dan ada wifi..Alhamdulillah.. kebelakangan je kerap dtg sebab berokben sudah tak berfungsi...


insyaAllah apa khabar iman saya? anda? bukankah sejak kebelakangan ini banyak perihal yang berlaku.... orang kata, hantu bonceng ada buat silap besar, betul ke.. WallahuAlam sebab saya kalau boleh nak jaga hati dari menonton rancangan-rancangan yang melalaikan.. Alhamdulillah takde tv laktu. baguih (: ALAMAK, nanti org kata saya kolot dan menipu, huhu takpela, insyaAllah saya berusaha menjaga hati ini dari perkara yg melalaikan.. kadang-kadang benda simple mcm ni lah yang membawa keruntuhan akhlak ummah yang tercinta.... (berfikir)
Alhamdulillah ni waktu Dhuha (: jom ke surau walau anda ada 5 minit gap antara kelas.

Alhamdulillah malam tadi amat indah, bukan kerana dapat dating dan pegang tangan. tidak! ada 3 orang yang tepong (telefon) saya.. seronok.. tiga-tiga merupakan sahabat lama yang dah lama tak dihubungi.. Ya Allah... meruntun hati kerana terlalu rindu- ada kawan yang ikhlas bersahabat dengan kita.. yang menerima kekurangan kita, menyokong kita di belakang, menasihatkan kita dan sentiasa mendoakan kita.. sweet kan.. salah seorang dari mereka, senior di MRSM Muar dulu... sekarang beliau di UPM... siapa sangka, masih berhubung.... banyak yang diceritakan.... biasa lah, umur dah nak menjangkau 20-an cerita yang paling common sangat diungkapkan ialah pasal kahwin.

Kak Ikha bukan calang-calang orang.. dlu beliau BWP that is Badan Wakil Pelajar.. dulu beliau ni garang sikit dengan saya so tak rapat sangat. hehe. perasaan je tuh.. cumanya yela, tak sangka.. mcam- mcam yang tak disangka.. hehe.. nak cite ke.. takpela.. yang penting katanya, "ada jodoh tak kemana". Begitulah kebiasaannya orang yang meletakkan taqwa sebagai panduan utama, sering menjadikan hati sebagai 'besi'... mencari peluang untuk bermujahadah sentiasa kepada Allah.. amin.. dan... insyaAllah Allah akan menemukan jalan untuk mempermudahkan jalan taqwa tersebut...

Allah S.W.T berfirman di dalam AlQuran :
"...barang siapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya..." (Surah AtTalaq 65 : 2-3)

Tertarik dengan bertawakal, adakah sebagai bertawakal sahaja? usaha mu mana? ingatlah... "syariatullah tanpa sunatullah ibarat zikir tanpa fikir".. Syariatullah - yang ditetapkan dan dijanjikan Allah.. Sunatullah pula ialah hukum alam.. that is law of nature.. siapa yang usaha akan dapat... begitulah... tapi.... rezeki di tangan Allah.... Diri ini sendiri masih kurang berusaha, Ya Allah kau jua yang beri kekuatan dan kau jua yang beri nikmat.. Korang pernah tak duduk sebentar, memikirkan .. berapa banyak nikmat yang Allah dah beri.. kalau saya, memang ngaku.....banyak sangat...tapi kadang-kadang sering tertewas juga dalam pujuk rayu makhluk Tuhan yang digelar Setan. Allahuakbar..

"pain is a form of defence"
Because of one of my important person in my life fell ill last few days, i think this is a best medium i can tell him that Allah loves you. "pain is a form of defence". Its actually gives you time to recover.. Remember Allah always.. (':

Syukur pada Allah yang menemukan aku kepada jalan ini, memberi cinta di hati untuk menerokai bidang perubatan.. insyaAllah ada perkongsian menarik yang ingin dikongsikan... hari ini studi pasal tulang.. (ortopaedic-bahasa medic). best la mcam minat pulak tulang-tulang ni.. sebenarnya saya baru tahu yang dalam tulang tu ada satu lubang (sepanjang tulang) sebagai ruang untuk darah.. yang korang dok panggil bone marrow tu...... tempat hasilkan darah-darah.... saya pong baru tahu.. hehe.. gelak buat malu (:

ball and socket joint
ada satu jenis joint dalam badan kita ni panggilnya ball and socket. hehe. macam lucu kan.. macam main-main pulak... tempatnya seperti di bahu... boleh pusing 360 darjah.. lepas tu sir ada cerita pasal ball and socket ni.. pasti kami sekelas tak dapat melupakan.. hehe.. ade sorang kawan sir lepas 3minggu treatment untuk dislocation tulang bahu ni, turun padang untuk main bola katanya... tiba-tiba tulang tangan tu macam tercabut keluar.. lepas tu dia cepat-cepat masukkan balik tulang tangan dia kat joint bahu tu.. hehe (sekelas gelak besar) org yg suka exaggerate kelucuan dalam imagination mcm saya ni mula la fikir yg kelakar gila. hua hua hua. tak dapat bayangkan macam mana orang tuh.... oke banyak gelak, hitamkan hati.. (': ketawa smpai menangis..

lastly, promote TERASING!

Aqilah Solehah yang memperkenalkan pada diri ini...
try baca jom! especially untuk................ hehe takde sape-sape.. semoga la mendapat manfaat tau dan ingat Allah selalu....

"rentetan HANTU BONCENG, blog semakin kerap dijenguk.." untuk memperbaiki diri dan menjadi sub-unit ummah yang terbaik..salam ((:

Friday, September 16, 2011

tahniah dan NAK IKUTTTT!

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirrahim..

(: Lama sudah tidak mengapdet. bukan kerana ku tak sudi, kaseh namun, itulah. betullah kata Imam as-syahid Hassan al-Banna: "Al-wajibaat akthar minal auqat." bermaksud: "tanggungjawab melebihi dari masa yang ada." kan? AllahuAkbar..

Sudah di sem tiga, se sem lagi untuk mengharungi A level. Alhamdulillah.. dan InsyaAllah! Seminggu yang lepas, merupakan antara minggu yang menjadikan diri ini lebih bersemangat. Allah beri banyak sangat nikmat... cuma...manusia tu sendiri yang nak fikir macam mana.. faqihu @ faquhu.. (next time saya explain ye kembar tak seiras ni)

Tanggal 18 Ogos, hati berdebar-debar... Cettt macam saya pulak yg nak dapat result A level.. Begitulah ceritanya, result Alevel Senior diumumkan pada hari tersebut.. Oleh kerana ade juge kenal & rapat dngn senior ni, & pernah stalk kehidupan mereka, hari tu saya usha (tanya) result mereka. MEMANG. Alhamdulillah. mereka rupanya insan yg hebat yang Allah beri peluang untuk bertemu mereka. Cuma tak pernah tidur sebantal lagi. Mungkin kat Manipal nnti? hehe.

Sebenarnya penilaian A level begini.. Setiap subjek menyumbangkan 5 markah jika A. 4 markah jika B, 3 markah jika C, dan seterusnya.. Bagi kami, pelajar tajaan PAMA (rahsia.hehe), perlu melebihi cut off points 12 over 15. Dan tambahan subjek IELTS (mcm MUET kalau dalam negara, kena lepas bands 6.5.. Begitulah kisah dalam akademik kami.. Dan kakaks ni most of them dapat 15, 14, 13. Allahuakbar.. hebatkan? Tahniah. & ada yang dh janji nak tunggu saya di Manipal... insyaAllah kak, saya akan berusaha,berdoa, sungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita kita. (doktor yg bertaqwa). amin.

Semalam kawan-kawan serumah ada yang balik sebab Hari Malaysia kan, jadi amik kesempatan ni nak jumpa family. Tengah duduk-duduk tu, saja capai kamus nurse yang atok pernah beri pada saya dulu masa mula-mula dapat tawaran medicine ni. Atok simpan kamus tu lama sangat. yeye saya dapat kamus atok. (budak-budak). Jadi saya baca, kamus tu haruslah banyak definasi medicine dan yang bestnya, kat page belakang banyak info tambahan.

Contohnya, nama-nama pisau bedah, gunting segala bagai. heeeee. seram sekarang. takpe, nanti lama-lama biasa lah tu. amin. yang paling best nya, ade steps untuk emergency aid treatmeant, shock, poisoning, haemorage (pendarahan), dan patah. Saya baca yang balut guna bandage tu. menarik. mcam2 gaya ada untuk membalut anggota badan. Yela, sbagai seorang pelajar, kenalah rajin nak membaca. Kalau tak mcam mana nak jadi org berilmu. usaha usaha usaha. tapi.. orang kata, no practise, no perfect. saya masih x jumpa volunteer untuk main balut-balut. semua busy nak trial. dalam rumah ni, saya je yg 2 tahun. (: seronok kemain.

Malam tadi, JPKCA (Jawatankuasa Kolej) ade adekan thursday talk. tahu las minute. takpe la. Janji tahu kan. Biasa la, saya ni sering lupa dan alpa.. nasib baik ade kawan-kawan ingatkan. Malam tadi talk pasal palestin. Its nice. Aktivis Palestin tu ade cakap, anak-anak muda kat sana memang hebat-hebat, jiwa rohani mereka kental, comel dan bijak. Most of them are pengahafaz Quran. Apa yang saya lagi teruja, mereka bersifat tenang. Bayangkan, bom jatuh kat rumah jiran, sorg pemuda Palestin still mampu menghantar juadah berbuka kepada aktivis dari Malaysia. Bukanlah buat taktahu, tapi cuba belajar dari sifat tenang tu. Mereka memang tahu akan diserang oleh Yahudi bila-bila masa, mereka memang tahu akan mati.. tapi mati nya dalam keadaan apa..? Mari kita doakan Palestin semakin tabah dan harungi ini sebab suatu hari, ISLAM PASTI MENANG!!

"Where are u Muslim?"

Bangunlah anak bangsa! Bangunlah! Sedar tak kita apa yang sedang terjadi ni..? Ketepikan ideologi politikmu wahai orang atasan yang mmbuatkan kami jauh dari realiti, andai itu yang menyebabkan anak muda menjdi semakin bingung. Kita ada misi yang lebih utama. Bersatulah, mengapa masih ada salah faham, andai matlamatnya SATU? analoginya seperti 2 kereta yang ingin menuju ke Perlis, walaupun melalui jalan yang berlainan, insyaAllah akan sampai juga.

Mari berdoa untuk kesejahteraan ummah. Salam alayk.

Wednesday, July 13, 2011

wordless wednesday #3

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum wbt...... Bismillahirrahmanirrahim.....


Wednesday, June 29, 2011

gigi gugu gaga

Assalamualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim...


Makan sudah, Asar pun sudah... Alhamdulillah (segala pujian hanya untuk Allah)... Masa tengah siang-siang lada kering (ayah nak masak asam pedas), ada iklan kat TV pasal colgate plax...perasan tak yang dia dok kumuh-kumuh sepanjang hari.. hehe, memang betul iklan ni buat lawak.... teeth care punye pasal...betullah tu..s emua manusia perlu menjaga kebersihan.. gigi ke,rambut ke,telinga ke,ape ape ke..sebab bila bersih,badan sihat..kan..hygiene! hygiene!

Tapi...tapi.....
Apa kata QH kita tentang hal ni? Adakah muslim takde rujukan dalam hal ni? eh, mana boleh... sedangkan hal kita membuang air pun QH kita ada bagi tips, takkan hal simple sepeti menggosok gigi tidak tersenarai...kan kan... emppph...bayangkan keadaan ni....

#1
MSLM a : Assalamualaikum, jom kita pergi surau.....

MSLM b : Emmm errrr..... ente ni tak gosok gigi seminggu ke.... taknalah gi surau dngn ente.

#2
MSLM a : Salam, petang-petang ni eloklah kita pergi jogging drpada hang dok pikiak bnda bukan-bukan kat bilik tuh, mai mai...

MSLM b : oooo okey, jom-jom (dalam hati : pehhhhh mulut die! gua tak kisah nak perli-perli gua, tp adik gua pun reti gosok gigi la bro)

#3
MSLM a : Encik, nak mintak tolong, mustahak ni, toilet kat mana...? (kebetulan disuatu tempat yang bising dan terpaksa berbisik-bisik brulang kali)

MSLM b : emm tandas? kat hujung tu je... (dalam hati : takyah lah ulang banyak-banyak kali)

Pengajaran kat sini bukan lah orang yang nak buat baik tak gosok gigi la...bukan...kome ni....Saya nak cakap kat sini, andai kata dalam satu keadaan tuh kita terpaksa berkomunikasi sama ada dalam konteks mengjak ajak ayam, perbualan harian, menyoal manusia, atau ape-ape pun keadaan, byangkan kalau nafas kita berbau, atau mulut tidak dalam keadaan bersih.... ini mengundang fitnah kepada agama....dan memalukan diri kita jee.. takkan nak bermonolog sepanjang hari jak??? mana bisa sih.....

Dari Abu Hurairah ra,Rasulullah SAW bersabda : Kalau aku tidak khuatir menyusahkan orang beriman atau umatku, nescaya akan aku perintahkan untuk menggosok gigi setiap kali bersolat. (Muslim:252)
bangun pagi, gosok gigi, seperti dalam, hadis Nabi.. lalalala

Saya ada juga amalkan ini, Alhamdulillah, solat pun bertambah khusyuk, nafas, insyaAllah lalat masih hidup bila lalu depan...bukan ape, tu secara logik la... waktu pagi bfore Subuh kita dah start misi gosok gigi, (lepastu memng tak ngantuk la kan), then pagi gi keje....sampai lunch...lpas lunch biasenya solat zuhur,sblum zuhur kita gosok lg....tu klau kita ikut hadis... :) pas tu ptg...masa Asar, masa Maghrib dan Isyak, time nak tidur... memang betullah Islam ni jaga kita...apatah lg kebersihan.....ni baru bab gigi..hehe, terharunya...

Ini berdasarkan hadis dari Hudzaifah RA dia berkata :
Adalah Rasulullah SAW apabila bangun daripada tidur di waktu malam, Baginda SAW membersihkan mulutnya dengan bersiwak (gosok gigi). (Sahih Muslim:255)

Jadi pengajaran kali ni, JOM GOSOK GIGI SECARA GUGU DAN GAGA :) Semoga mulut dan hati kita sentiasa wangi&suci! Amin, insyaAllah..

QH itu ialah qudwah hasanah (contoh terbaik kita siapa? mestilah Dia....TCO : Muhammad s.a.w.)

jika anda rasa blog ini membantu, sebarkan lah kepada manusia lain juga. insyaAllah. semoga Allah bersama kita.

wordless wednesday #1

Assalamualaikum wbt...Bismillahirrahmanirrahim..

Tuesday, June 28, 2011

selamat bertunang kak zakiah!

Assalamualaikum wbt, Bismillahirrahmanirrahim..

Awal-awal before cuti semester 2 lagi,kak zakiah dah cop sy, undang sy ke majlis pertunangan beliau.... dlam hati berbunga-bunga,seronok,bersyukur,gembira,seronok lagi sebab yela,orang yang rapat dengan kita suatu masa dahulu,yang pernah berkongsi katil tidur,yang pernah berjimba-jimba?. hehe..jimba tu hape..bukn jalan-jalan ke...yang pernh berkongsi misi hidup,yang pernah menangis samesame bwah langit hitam, yang pernah meluahkan macam-macam..

Tapi,takde rezeki, kami tak dapat berjumpa juga setelah agak-agak 3 tahun terpisah... Pada hari yang sama, sepupu saya juga bertunang, kak Aisha (anak pakcik Salam). Pertunangn kak Zakiah yang bertemakan hijau daun pisang berjalan dengan lancar, Alhamdulillah..kalau tak silap,hehe..(kalau akak baca ni), betul kn en Khairi tu jejaka yg akk cite dengan una dulu...? Ye,walaupun una tak ingat namanya tapi una ingat, dia kerja kat laut...Akhirnya...note kat sini, cinta sejati tu kekal abadi sebab Allah dah tulis sebelum kita diciptakan di Lauh Mahfuz...

tulisan kak Siti Zakiah yang menggamit memori. Sinar fm :)
Alhamdulillah sekarang kak Zakiah menyambung pelajaran di UPSI dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak...Dan sekarang berada dalam program pertukaran pelajar ke Manila... Akk fly dlu nampaknya.. hehe..Dulu kalau taksilap akk nak amik bidang farmasi kan...lepas tu kita rancang nak buka klinik sama-sama... tapi semua tu takdir Allah.. Dia sebaik-baik perancang dan akk nampak lebih bahagia sekarang...Untunglaa.. hehe..una pulak bila kak? mungkin lama lagi.........

Kak Zakiah sebenarnya senior saya di MRSM Muar...terlalu bnyak pengajaran dan tarbiyah ketika saya form 4..dan beliau form 5 waktu itu.. Sebagai Badan Wakil Pelajar(BWP), sudah tentu beliau sangat bizi dan kadang-kadang menangis sebab tak ckup masa nak stdy SPM...una suka tngok akk nangis sebab comel...untunglaa en Khairi kite...hehe...Bukan sekadar beliau BWP yang disegani, beliau juga ialah Amirah(ketua perempuan) untuk Amal Islami (badan dakwah) Mrsm Muar pada tahun itu...

Saya tak kisah apabila ada orang cakap saya kawan dengan kak Zakiah sebab nak populariti konon...hehe,kalau betullah macam tu,mungkin sampai sekarang saya tak amik kisah hal peribadi kak Zakiah saya ni...korang mulut....hehe..biase la manusia...yang penting kita tahu apa yang kita buat...time una kena tinggal dengan parents, homesick, memang sangat terharu dan pilu lah org kate....tapi akk terus bg semngat dan buat muka comel... Akk pernah berpesan pd una....
     
"Biar orang nak cakap apa,biar apa pandangan orang,asalkan kita tau siapa kite yang sebenarnya & Allah masih sayangkan kita sebagai hambaNya"

Memang! semua yang berlaku bukan lah kebetulan, tapi sebuah takdir. Pengenalan saya dengan kak Zakiah walaupun kejap, waktu itu menjadi 'turning point' bagi saya..... heppinya.. mungkin akk tak pernah tahu atau buat-buat tak tahu kottt ^^ Satu hari tu akk bagi pinjam tudung akk yang labuh warna pink..Akk pakaikan una dan puji macam-macam... Mungkin sebab termakan puji tu, una terus pakai.. hari demi hari..(hari-hari jumpa muka akk), una pakai juga..mungkin awal-awal tu bukan niat sebab Allah, sebab una memng jahil waktu itu...Tapi Alhamdulillah, Allah Maha Luas Kasih Sayangnya... Sehingga hari ini...semoga akk mendapat imbalan dari Allah s.w.t yang Maha Adil...

kak Zakiah yang dirindui...
 Naik Tingkatan 5, una tak-sangka una jadi Dorm Captain bagi adik-adik junior..Sifat akk, bnyak mempengaruhi una..sifat akk yang lemah lembut, penyayang, carry junior? hehe dan pentingkan agama tu buat una sedikit sebanyak kuat tahun berikutnya...Memang, konflik itu berlaku...tapi itulah kehidupan....u said that....

"Jadilah seperti pantai yang setia menunggu walaupun dihempas ombak yang menggila setiap waktu...tak melawan bahkan sabar dengan keadaan itu...pantai tak lari setiap kali keganasan ombak datang padanya...Tetap sabar & redha...."

Begitulah berlalu tahun baharu tanpa akk disisi.. Alhamdulillah dikurniakan Junior yang ramai dan rasa sayang pada diorang sentiasa membuak...entahla, takdela rasa nak marah-marah diorang tapi tetap terus amar makruf nahi mungkar.. mungkin dulu nilah perasaan akk bile nasihatkan una...Alhamdulillah, sungguh tak cukup pujian bagi Allah... terlalu banyak nikmat yang dikurniakan...

Dan segala kenangan manis dan masin sebagai Dorm Captain ATT tidak pernah padam.. banyak sangat memori daun pisang yang terukir dihati...MRSM Muar 084 akan dirindui....Dan saja, nak jeleskan akk, tahun tu, una dpat lagi bnyak surat dan hadiah daripada junior.hihihi.. gurau je...tapi tu tak penting, yang penting una sayang akk dan semoga akak bercinta sehingga ke syurga! amin.. En Khairi dan Kak Siti Zakiah..

bear tu dr Suryana, junior MRSM muar.. tengss :')
Inilah 7 golongan manusia yang mendapat perlindungan di hari yang tiada perlindungan kecuali perlindnganNya, Rasulullah Sallahu alaihi wasalam bersabda:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِى اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ: إِمَامٌ عَادِلٌ، وَشَابٌ نَشَأ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجَلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِى الْمسَاجِدِ، وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِى اللهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ: إِنَّى أخَافُ اللهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأخفَاهَا حتَّى لاَ تَعْلَمُ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَلِيْلً فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ.

Terjemahan:
Daripada Abi Hurairah (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Ada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya:

1. Imam (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang taat kepada Allah sejak kecil.
3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid.
4. Dua orang yang saling kasih-mengasihi karena Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia berkata: “Aku takut kepada Allah”.
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui tangan kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya.
7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil menggelinangkan airmatanya.
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim].

#2 wordless you :
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar,Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha..

jika anda rasa blog ini membantu, sebarkan lah kepada manusia lain juga. insyaAllah. semoga Allah bersama kita.

pagi selasa yang mencemaskan

Assalamualaikum..Bismillahirrahmanirrahim..

Seperti rakan-rakan seusia yang lain, kebanyakkan dari mereka sedang bercuti-holiday mood on lah katakan...lebih-lebih lagi yang nak sambung degree,memang 4 bulan cutinya sampai habis raya nanti... (ini cuti ke ape) hehe. macam pekerjaan 'penganggur sementara'. modus operandinya, nk senangkn pihak U, so time masuk degree, semua sebaya lah gitu gaknye.(ampaian andaian). husna juak cuti tapi 2 bulan je.. akk ckap sebab 'anda sperti budak sekolah, so cuti mcm budak sekolah juge'. ni mesti perli.mungkin dlam fikiran die budak-budak intec agak skema dan sangat tertakluk kepada peraturan. -.-"

So pagi-pagi ni lepas baca Mathurat (baru nk istiqomah kan balik),cik C3 pun jerit-jerit....ingatkan pasal hal malam tadi....rupanya yang call tu ayah...huhu...ehm...

ayah:assalamualaikum.

una:(dalam hati...emm baru je td jumpa) waalaikumsalam. ye ayah..knapa..

ayah:boleh mintak tolong tak..?tolong gi sekolah ain tngok kan kaki dia,ok tak..

una:kenapa..(maksudnya kenapa dengan kaki dia.....mcm nak gelak pun ade, sbb knapa kaki dia?)

ayah:takde, td masa hantar die, ayah terlanggar kaki die.. kene tayar kereta...ayah tak perasan dia naik semula kereta lepas dh turun...

una:la yeke....penyek ke??

ayah:tak tahula, pergi tengok dia kejap ea..mintak tolong...luka ke,melecet ke..

una:okey. (hmm knapa time tu sy tak ucap insyaAllah ek. huhu selalu msej je beriye tulis.ni kena betulkan nihh)
ain-kenangan di Penang.

so,bila sampai sekolah dia, Alhamdulillah semuanya oke belaka...dh ketawa-ketawa tu oke la kot..kelas ain tingkat 3,pagi-pagi lagi dah exercise hoke.punye la puas cari die,main kat tandas rupanya..tu tak habis-habis betulkan tudung lah tu. hehe.. fitrah orang pmpn (sentiasa nk nampak kemas ke cun??)..alahai generasi ku.......semoga Ain membesar dengan lingkungan Rahmat Allah. amin....

memang ramai budak sekolah time lalu balik tadi...besnye mereka pagi ni, Malaikat sentiasa menaungi orang yang menuntut ilmu......bertindih-tindih Malaikat sampai ke langit..... untunglaa..... sampai kat satu simpang, memang la kene benti jap sbb nama pun simpangkan... adela sekelompok remaja.. kawasan terbuka...berasap-asap... :'( Ya Allah..... kalau dulu, nk berasap-asap pun dalam tandas...tu kire takut kena buang sekolah.... ni dah la depan orang ramai, dekat pulak kawasan sekolah-sekolah rendah, hmm mcam mane ni bro...takut gua...... camne lau adik gua nampak...lu bro malukan gua aaaaa....... sedihnya... bukan ape, mrokok tu sah-sah la nampak mcam xberadab lebih-lebih lagi di pagi yang mulia memakai baju sekolah yang mak bapak gosokkan..

Wahai adinda putera puteri ku,
jangan kau buangi masa mu,
dengan perkara dan aktiviti tak bermutu,
kelak kan menangis tak berlagu....

Wahai adinda putera puteri ku,
kau rasa kau keseorangan disitu,
jangan khuatir dan jangan jemu,
kami disini (kakak abangmu) sntiasa menyokongmu!

saya pernah terdetik nak sangat jumpa buat konfrontasi ramai-ramai dengan budak-budak sekolah...kita terangkan betul-betul pada diorang.. 'kenapa hidup ini perlu dijalani'..saya jatuh cinta dengan budak sekolah..wajah-wajah suci mereka,kehidupan mereka....rasa rugi sangat kalau mereka hilang arah......

Bismillahirrahmanirrahim..
"Maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main(tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Surah Al-Mu'minun 23:115)

tujuan hidup manusia

1."Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" (Surah Az-Zariyat 51:56)

2. "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi......Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah As-Sajadah 2:30)
Sifirnya begini........TELUR!
Telur mengandungi 2 bahagian kan kan? hehe. kita belajar biologi sikit. sebab sains tu tak pernah berpisah dengan agama :)

adakah kuning telur atau putih telur yang lebih penting? yang mana lebih utama?
adakah kuning(anak) atau putih(makanan yang menyaport anak ayam)?
jadi yang jawab kuning angkat tangan! yang putih angkat tangan!
Alhamdulillah semua jawab jawapan yang ketiga.......dua-dua sama penting....

Begitulah dalam kehidupan kita....matlamat hidup(kuning telur) seperti yang dinyatakan diatas (yang dua tu tadi) dan alat(putih telur).....sama - sama penting..alat ni wasilah atau sesuatu medium yang dapat menyaport matlamat...faham..? dua - dua sama penting.. seperti yang anda jawab di atas... :) jadi belajar untuk apa? untuk capai matlamat... jadi makan untuk apa? untuk capai matlamat.... jadi berkahwin untuk apa? untuk mencapai matlamat.... khalifah dan ibadah...

jadi buat students,adik-adik sekalian.....ingatlah, di sekolah barulah permulaan....kehidupan diluar jauh lebih mencabar dari sekarang...jangan biarkan telur putih yang terlebih-lebih kelak kuning telur akan rosak....begitu juga jika terlebih-lebih kuning telur sehingga putihnya diabaikan....kehidupan dunia dan akhirat seiring... seimbang.... begitulah...

husna merindui  zaman sekolah, kerana ianya lebih indah dari zaman kolej dan kerja i thinkk. malam tadi husna dah ekspress kan something.. semoga itu yang terbaekkk..... saya bukan meninggalkan tapi saya pilih bermujahadah. :')


#1 wordless you :
"Allah-lah yang menundukkan laut untukmu agar kapal-kapal dapat belayar di atasnya dengan perintahNya dan agar kamu dapat mencari sebahagian kurniaNya, dan agar kamu bersyukur." (Surah Al-Jasiyah 45:12)

jika anda rasa blog ini membantu, sebarkan lah kepada manusia lain juga. insyaAllah. semoga Allah bersama kita.

Tuesday, May 3, 2011

macho dan hanco? kesian?

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t (senyum sampai ke telinga). perlu ke?

Tajuk nampak dogmatik.sebenarnya tidak.
Seperti rakan-rakan yang lain, pastinya awal-awal bulan ni dah dihantui bayangan exam yang ngeri? dan mendebarkan. takpe. biasanya orang cakap, study untuk exam. habis exam, habis lah ngerinya. kan kan kan. takpe takpe. tunggu-tunggu.

sebenarnya, final exam bg semester 2 baru bermula. hari ni la hari pertamanya. hari ini. sila lah percaya.  kena buat majlis kesyukuran ke? oh tak perlu rasanya. jadi, sementara masih fresh ayat-ayat yang ada dalam buku Edexcel Biology tu, sudilah kiranya saya berkongsi sedikit ilmu setelah lebih kurang 9 bulan menceburkan diri dan berkecimpung serta terjebak dalam dunia bidang perubatan ^^.


yeah!
 penyakit ateroman (ultraman-ceh kau jangan bergurau). eh silap. atheroscelerosis. sahabat pernah dengar tak tentang penyakit ini? penyakit ini pada kebiasaanya sangat berkait rapat dengan penyakit darah tinggi dalam salur darah. kita boleh concludekan sebagai salah satu punca berlakunya kematian. death? yes, death.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Barangsiapa mengikuti langkah-langkah setan, maka sesungguhnya setan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar." (surah An Nur 24:21)

Atheroscelerosis boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti kandungan kolestrol yang tinggi dalam makanan, kandungan LDL (low density lipoprotein) yang mengandungi saturated fat yang tinggi dalam makanan, merokok, stress, genetik, umur dan jantina. Selain kematian, kehadiran atheroschelerosis juga boleh mnyebabkan coronary heart disease (penyakit salur darah yang melibatkan jantung) seperti myocardial infarction (sakit jantung), aneurysm (massive internal bleeding) dan lumpuh. serta buta.

"Maka apakah kamu mengira bahawa kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (surah Al-Mukminun 23:115)


aneurysm - artery bulges and can burst
 macho tapi hanco
nine out of ten people needing heart bypass surgery are smokers. (data from work done by Professor Patrick McBride and his team in US). for instance, studies found that some of chemicals found in tobacco smoke can damage the lining of arteries, making build up of plaque more likely. Smoking alco cause artery to narrow, raising boleed pressure and increasing the risk of cardivascular disease (penyakit melibatkan salur darah) including the atheroscelerosis.

sekarang bayangkan!
saya tak menyindir, macho tapi hanco. tapi saya cakap yang realiti. orang-orang cakap merokok tu macho. ye tak? ye ke tak? ok. tapi saya kata tak.
dan yang saya maksudkan hanco disini bukan mamat tu tak guna. maaf, kasar. hanco yang saya tekankan disini lebih menjurus kepada cardiovascular system seseorang yang semakin hancur / musnah / punah / porak poranda / kacau bilau / hiruk pikuk dan seantero dengannya.


saluran darah manusia yang semakin sempit mananti waktu untuk pecah dek tekanan yang terlalu tinggi.
 malu bukan? mari kita mengucapkan Nauzubillah (mohon dijauhkan) bagi sesiapa yang belum terjebak dalam lembaran noda hitam ini. Alhamdulillah. marilah kita ucapkan Astaghfirullah bagi sesiapa pula yang sedang berhajat mahu melakukan perbuatak agak terkutuk itu. pesanan saya dan kami, tinggalkanlah walaupun payah.

kebelakangan ni, bukan sahaja laki yang merokok, malah ada juga kaum wanita yang me'macho'kan diri dengan menghisap sebatang, berbatang-batang rokok. Wahai wanita yang dimuliakan Allah,yang dinaikkan darjatnya ketika zaman Nabi, marilah kita kembali ke dalam diri kita masing-masing. kita bakal mengandungkan Zuriat Islam. kita bakal melahirkan Duta Islam. kita bakal membesarkan dan mendidik para pencinta Islam dan Ilahi. jadi, marilah kita menjadi wanita sejati. marilah. its never too late.

ingatlah selalu ayat cinta Allah, "perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji pula. sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula..." (surah An Nur 24: 26) like.
kita mengharapkan jejaka yang baik,yang beriman, yang penyayang, justeru itu, ia sepatutnya bermula dengan diri kita. dekatkanlah diri kepada Allah. insyaAllah. yakinlah dengan Nya. :)  


Duta Islam
 "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang bertaqwa." (surah Al Furqan 25:74) like like like.

apabila saya menaipkan itu ini dan mengupdate velog, saya secara langsung mengingatkan diri saya juga kerana saya sendiri tidak sempurna. sama-samalah kita berkongsi ilmu. saya bukan mahu menunjukkan saya ini baik, tapi saya ingin mendapatkan redha Ilahi agar ilmu yang saya miliki ini dapat dikongsi bersama dan kebaikannya dapat dirasai semua manusia. itu yang saya harapkan - redha Allah.

stress in study?
who we are? most of us will say loudly, IM STUDENT and at last........sigh. tired. in my opinion, if we say that IM MUSLIM Wa MUKMIN, we should never give up and do not feel empty in this life.
sekadar berkongsi cerita, nak dengar ke? hehe.
sejak masuk 'alam' kolej ni, baru lah jumpa dengan bermacam-macam student yang berlainan bidang. memang jumpa. mcm saya fokus dalam bidang perubatan, sahabat saya yang agak rapat juga dalam bidang petroleum engineering. walaupun kami masih dalam foundation, skop pembelajaran juga berlainan.


pilihan ditangan. nak gunakan untuk kebaikan Islam atau sebaliknya.
 cuma pernah sekali bertanya dia tentang disease yang budak ALM (alevelmedicine) belajar, tahu tak pasal itu-ini. dia kata, "kite bukan budak medik, mana tahu sangat". akhirnya kami gelak dan saya malu sendiri. malu saya ada dua sebab. 1) nampak sangat tak setadi. hihi 2) ha, inilah yang ingin saya tekankan. saya dapat konklusikan bahawa, setiap pelajar tu dah membuat pilihan sendiri untuk setadi di jurusan yang mana satu.

jadi, sangat rugilah kalau kita tak dalami benda tu betul-betul dan gunakan untuk masyarakat Islam dan bukan Islam kelak. masyarakat! contohnya saya, saya insyaAllah akan meneruskan degree medic, jadi saya perlu berazam untuk tidak menuntut ilmu kerana exam. saya menuntut ilmu kerana Allah, kerana ilmu itu jalan dan alat untuk beribadat kepada Dia. saya suka pesakit? dan penyakit. jadi, Allah dah campakkan minat itu dalam diri saya. Im grab that. Thanks Ya Allah. like. tunggu saya jadi doktor ya.

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,

Salam, majHR 2011.

jika anda rasa blog ini membantu, sebarkan lah kepada manusia lain juga. insyaAllah. semoga Allah bersama kita.

Sunday, April 17, 2011

bila diri disayangi

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum (semoga Allah memberi keselamatan, kesejahteraan dan kedamaian kepada anda semua)


hari demi hari terus berlalu.di shah alam ini diriku merasakan bahangnya bumi makin meningkat, panasnya semakin melelahkan, membuatkan diri kelemahan. hujan turun sebentar. lebat. mentari muncul kembali. bukannya dia mula mengingkari tapi tanpa disedari manusia sendiri yang menghajati.

"Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan TANGAN manusia; Allah mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar.
 (surah Ar Rum 30:41)
jiwang vs jiwang , UKAYS
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
keagungan kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri


siapa kata blog ni jiwang? ok. turun tangan. tak salah rasanya jika menghayati lirik lagu ni untuk mendekatkan diri kepada Allah.bukankah semua perkara yang dilakukan kita tu seharusnya disalurkan untuk mendapatkan keredhaanNya? kawan saya bertanya, "apa kaitan lagu ni dalam kehidupan kita?"

Alhamdulillah,minggu ni antara minggu berharga buat diri saya.kerana tiada aktiviti weekend, yang seterusnya dapat memberi saya peluang menarik nafas,mencari semula identiti diri dan mengulangkaji pelajaran.dan rehat.ya,manusia normal seperti saya memerlukan rehat yang cukup. Menghadapi hari-hari panas di sini boleh membuatkan diri menjadi gila. kadang-kadang.

Jadi the best way untuk meneutralkan semula nilai kegilaan dalam diri itu dengan muhasabah diri,menitip kekuatan diri. Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah diantaranya yang terbaik perbuatannya." (surah Al Kahf 18:7).
for istance, contohlah saya dilahirkan sebagai anak Bill Gate, waktu itu yang telah masuk Islam, saya gunakan nikmat kekayaan saya hanya untuk Islam. Andai.

salah satu experiment mitosis bagi student AlevelMedicine edexcel .

tapi saya sekarang pelajar pra perubatan tajaan JPA. jadi,perlulah melakukan perbuatan terbaik yang telah Allah jelaskan di atas. semata-mata mencapai segala tujuan hidup berlandaskan alQuran. gunakan nikmat yang diberi Allah tu sebaiknya.contohnya beli past year questions (tips cemerlang Bio Edexcel) sebagai salah satu usaha yg dpat kita bentangkan depan Allah nanti dalam rangka menguasai ilmu fardhu kifayah.


kita usaha kuat kerana kita tak tahu masa hadapan kita. kita bersusah payah kerana kita , sendiri tidak tahu adakah kita dapat ke syurga atau tidak, bahagia atau derita, kaya atau miskin, berjaya atau tidak, nanti. my opponent might say that : "kan Allah dah tentukan kita ni pandai atau bodoh, dah tu kenapa nak susah-susah usaha.kalau usaha pun bodoh jugak" betul tak? tapi, disebabkan Allah dah tentukan lah, kita kena usaha. sebab tu ilmu Allah.hanya Allah yang mengetahui. kita tak pernah tahu apa nasib kita. sebab tulah kita usaha untuk mendapatkan yang sebaiknya.
  
merindui family yang jauh dimata.

bagi menjawab persolan sahabatku:
"Bila ku sedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani" - memang, sebagai student 'masa kini', begitu hebat ujian dan cabaran.namun, Allah Maha Menyayangi dan Mengasihani. dengan sifat Allah ini membuatkan saya teruskuat melangkah, berhadapan dengan kehidupan.yakin. kerana Dia.
"Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku kembali dipandu"- siapa yang tidak pernah haru biru menguruskan kehidupan? ayat cinta daripada Allah "Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram" (surah Ar Ra'd 13:28) 
  

berseluar pendek
Allah s.w.t. berfirman lagi "Dan katakanlah kepada para PEREMPUAN yang BERIMAN, agar menjaga pandangannya.." (surah An Nur 24:31)
lower your gaze, lower your gaze, Husna. hati kerap mengingatkan diri supaya menjatuhkan pandangan. ya, Allah Maha Mengetahui. mengapa Allah tekankan suruhan ini? kerana Dia mengetahui keadaan yang akan terjadi masa kini. manusia lebih suka membuka aurat tanpa segan silu. kadang-kadang jiwa saya meronta, marah, takut. salahkah bersukan dengan menutupi aurat? baru baru ni ade sepasukan pemain bola sepak yang menjalani latihan di padang intec bersebelahan SURAU dengan menayangkan aurat mereka.apa rasa mereka? malu? bangga? susah?


lagi ayat Allah " Katakanlah kepada LAKI-LAKI yang BERIMAN agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka..." (surah An Nur 24:30) wahai Muslimah, saudari seislamku, marilah kita menutup aurat dengan sempurna. practise make perfect.right? at least we try. jangan lah kita menjadi penyebab hati dan jiwa para lelaki yang beriman tercemar dengan perbuatan kita. Ingatlah, setiap tingkah laku kita itu akan dibentangkan di hadapan Allah.nanti. suatu hari. percayalah.

I dream for a day when there’ll be no more misery.
salam, majHR 2011.

jika anda rasa blog ini membantu, sebarkan lah kepada manusia lain juga. insyaAllah. semoga Allah bersama kita.