Pages

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednessday #4

rentetan HANTU BONCENG, blog semakin kerap dijenguk..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum....

Cómo está usted? wahhh ini gara-gara lecturer math yg suke menamatkan kelas dengan bahasa pelik-pelik.. eceh.. padahal sepnyol atau jepun je yg dia ckap... 理解できますか?(google-kalau salah marah google). Alhamdulillah kali ini dapat mengupdate blog di restoran berhampiran kolej kami.. yang paling hampir dengan hati. Izan sahabat baik suka makan disini... dekat dan ada wifi..Alhamdulillah.. kebelakangan je kerap dtg sebab berokben sudah tak berfungsi...


insyaAllah apa khabar iman saya? anda? bukankah sejak kebelakangan ini banyak perihal yang berlaku.... orang kata, hantu bonceng ada buat silap besar, betul ke.. WallahuAlam sebab saya kalau boleh nak jaga hati dari menonton rancangan-rancangan yang melalaikan.. Alhamdulillah takde tv laktu. baguih (: ALAMAK, nanti org kata saya kolot dan menipu, huhu takpela, insyaAllah saya berusaha menjaga hati ini dari perkara yg melalaikan.. kadang-kadang benda simple mcm ni lah yang membawa keruntuhan akhlak ummah yang tercinta.... (berfikir)
Alhamdulillah ni waktu Dhuha (: jom ke surau walau anda ada 5 minit gap antara kelas.

Alhamdulillah malam tadi amat indah, bukan kerana dapat dating dan pegang tangan. tidak! ada 3 orang yang tepong (telefon) saya.. seronok.. tiga-tiga merupakan sahabat lama yang dah lama tak dihubungi.. Ya Allah... meruntun hati kerana terlalu rindu- ada kawan yang ikhlas bersahabat dengan kita.. yang menerima kekurangan kita, menyokong kita di belakang, menasihatkan kita dan sentiasa mendoakan kita.. sweet kan.. salah seorang dari mereka, senior di MRSM Muar dulu... sekarang beliau di UPM... siapa sangka, masih berhubung.... banyak yang diceritakan.... biasa lah, umur dah nak menjangkau 20-an cerita yang paling common sangat diungkapkan ialah pasal kahwin.

Kak Ikha bukan calang-calang orang.. dlu beliau BWP that is Badan Wakil Pelajar.. dulu beliau ni garang sikit dengan saya so tak rapat sangat. hehe. perasaan je tuh.. cumanya yela, tak sangka.. mcam- mcam yang tak disangka.. hehe.. nak cite ke.. takpela.. yang penting katanya, "ada jodoh tak kemana". Begitulah kebiasaannya orang yang meletakkan taqwa sebagai panduan utama, sering menjadikan hati sebagai 'besi'... mencari peluang untuk bermujahadah sentiasa kepada Allah.. amin.. dan... insyaAllah Allah akan menemukan jalan untuk mempermudahkan jalan taqwa tersebut...

Allah S.W.T berfirman di dalam AlQuran :
"...barang siapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya..." (Surah AtTalaq 65 : 2-3)

Tertarik dengan bertawakal, adakah sebagai bertawakal sahaja? usaha mu mana? ingatlah... "syariatullah tanpa sunatullah ibarat zikir tanpa fikir".. Syariatullah - yang ditetapkan dan dijanjikan Allah.. Sunatullah pula ialah hukum alam.. that is law of nature.. siapa yang usaha akan dapat... begitulah... tapi.... rezeki di tangan Allah.... Diri ini sendiri masih kurang berusaha, Ya Allah kau jua yang beri kekuatan dan kau jua yang beri nikmat.. Korang pernah tak duduk sebentar, memikirkan .. berapa banyak nikmat yang Allah dah beri.. kalau saya, memang ngaku.....banyak sangat...tapi kadang-kadang sering tertewas juga dalam pujuk rayu makhluk Tuhan yang digelar Setan. Allahuakbar..

"pain is a form of defence"
Because of one of my important person in my life fell ill last few days, i think this is a best medium i can tell him that Allah loves you. "pain is a form of defence". Its actually gives you time to recover.. Remember Allah always.. (':

Syukur pada Allah yang menemukan aku kepada jalan ini, memberi cinta di hati untuk menerokai bidang perubatan.. insyaAllah ada perkongsian menarik yang ingin dikongsikan... hari ini studi pasal tulang.. (ortopaedic-bahasa medic). best la mcam minat pulak tulang-tulang ni.. sebenarnya saya baru tahu yang dalam tulang tu ada satu lubang (sepanjang tulang) sebagai ruang untuk darah.. yang korang dok panggil bone marrow tu...... tempat hasilkan darah-darah.... saya pong baru tahu.. hehe.. gelak buat malu (:

ball and socket joint
ada satu jenis joint dalam badan kita ni panggilnya ball and socket. hehe. macam lucu kan.. macam main-main pulak... tempatnya seperti di bahu... boleh pusing 360 darjah.. lepas tu sir ada cerita pasal ball and socket ni.. pasti kami sekelas tak dapat melupakan.. hehe.. ade sorang kawan sir lepas 3minggu treatment untuk dislocation tulang bahu ni, turun padang untuk main bola katanya... tiba-tiba tulang tangan tu macam tercabut keluar.. lepas tu dia cepat-cepat masukkan balik tulang tangan dia kat joint bahu tu.. hehe (sekelas gelak besar) org yg suka exaggerate kelucuan dalam imagination mcm saya ni mula la fikir yg kelakar gila. hua hua hua. tak dapat bayangkan macam mana orang tuh.... oke banyak gelak, hitamkan hati.. (': ketawa smpai menangis..

lastly, promote TERASING!

Aqilah Solehah yang memperkenalkan pada diri ini...
try baca jom! especially untuk................ hehe takde sape-sape.. semoga la mendapat manfaat tau dan ingat Allah selalu....

"rentetan HANTU BONCENG, blog semakin kerap dijenguk.." untuk memperbaiki diri dan menjadi sub-unit ummah yang terbaik..salam ((:

Friday, September 16, 2011

tahniah dan NAK IKUTTTT!

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirrahim..

(: Lama sudah tidak mengapdet. bukan kerana ku tak sudi, kaseh namun, itulah. betullah kata Imam as-syahid Hassan al-Banna: "Al-wajibaat akthar minal auqat." bermaksud: "tanggungjawab melebihi dari masa yang ada." kan? AllahuAkbar..

Sudah di sem tiga, se sem lagi untuk mengharungi A level. Alhamdulillah.. dan InsyaAllah! Seminggu yang lepas, merupakan antara minggu yang menjadikan diri ini lebih bersemangat. Allah beri banyak sangat nikmat... cuma...manusia tu sendiri yang nak fikir macam mana.. faqihu @ faquhu.. (next time saya explain ye kembar tak seiras ni)

Tanggal 18 Ogos, hati berdebar-debar... Cettt macam saya pulak yg nak dapat result A level.. Begitulah ceritanya, result Alevel Senior diumumkan pada hari tersebut.. Oleh kerana ade juge kenal & rapat dngn senior ni, & pernah stalk kehidupan mereka, hari tu saya usha (tanya) result mereka. MEMANG. Alhamdulillah. mereka rupanya insan yg hebat yang Allah beri peluang untuk bertemu mereka. Cuma tak pernah tidur sebantal lagi. Mungkin kat Manipal nnti? hehe.

Sebenarnya penilaian A level begini.. Setiap subjek menyumbangkan 5 markah jika A. 4 markah jika B, 3 markah jika C, dan seterusnya.. Bagi kami, pelajar tajaan PAMA (rahsia.hehe), perlu melebihi cut off points 12 over 15. Dan tambahan subjek IELTS (mcm MUET kalau dalam negara, kena lepas bands 6.5.. Begitulah kisah dalam akademik kami.. Dan kakaks ni most of them dapat 15, 14, 13. Allahuakbar.. hebatkan? Tahniah. & ada yang dh janji nak tunggu saya di Manipal... insyaAllah kak, saya akan berusaha,berdoa, sungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita kita. (doktor yg bertaqwa). amin.

Semalam kawan-kawan serumah ada yang balik sebab Hari Malaysia kan, jadi amik kesempatan ni nak jumpa family. Tengah duduk-duduk tu, saja capai kamus nurse yang atok pernah beri pada saya dulu masa mula-mula dapat tawaran medicine ni. Atok simpan kamus tu lama sangat. yeye saya dapat kamus atok. (budak-budak). Jadi saya baca, kamus tu haruslah banyak definasi medicine dan yang bestnya, kat page belakang banyak info tambahan.

Contohnya, nama-nama pisau bedah, gunting segala bagai. heeeee. seram sekarang. takpe, nanti lama-lama biasa lah tu. amin. yang paling best nya, ade steps untuk emergency aid treatmeant, shock, poisoning, haemorage (pendarahan), dan patah. Saya baca yang balut guna bandage tu. menarik. mcam2 gaya ada untuk membalut anggota badan. Yela, sbagai seorang pelajar, kenalah rajin nak membaca. Kalau tak mcam mana nak jadi org berilmu. usaha usaha usaha. tapi.. orang kata, no practise, no perfect. saya masih x jumpa volunteer untuk main balut-balut. semua busy nak trial. dalam rumah ni, saya je yg 2 tahun. (: seronok kemain.

Malam tadi, JPKCA (Jawatankuasa Kolej) ade adekan thursday talk. tahu las minute. takpe la. Janji tahu kan. Biasa la, saya ni sering lupa dan alpa.. nasib baik ade kawan-kawan ingatkan. Malam tadi talk pasal palestin. Its nice. Aktivis Palestin tu ade cakap, anak-anak muda kat sana memang hebat-hebat, jiwa rohani mereka kental, comel dan bijak. Most of them are pengahafaz Quran. Apa yang saya lagi teruja, mereka bersifat tenang. Bayangkan, bom jatuh kat rumah jiran, sorg pemuda Palestin still mampu menghantar juadah berbuka kepada aktivis dari Malaysia. Bukanlah buat taktahu, tapi cuba belajar dari sifat tenang tu. Mereka memang tahu akan diserang oleh Yahudi bila-bila masa, mereka memang tahu akan mati.. tapi mati nya dalam keadaan apa..? Mari kita doakan Palestin semakin tabah dan harungi ini sebab suatu hari, ISLAM PASTI MENANG!!

"Where are u Muslim?"

Bangunlah anak bangsa! Bangunlah! Sedar tak kita apa yang sedang terjadi ni..? Ketepikan ideologi politikmu wahai orang atasan yang mmbuatkan kami jauh dari realiti, andai itu yang menyebabkan anak muda menjdi semakin bingung. Kita ada misi yang lebih utama. Bersatulah, mengapa masih ada salah faham, andai matlamatnya SATU? analoginya seperti 2 kereta yang ingin menuju ke Perlis, walaupun melalui jalan yang berlainan, insyaAllah akan sampai juga.

Mari berdoa untuk kesejahteraan ummah. Salam alayk.