Pages

Thursday, January 27, 2011

Andai Gerimis Berhenti . Whatttttts -.-

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum..

(huh) melepaskan kelegaan.Alhamdulillah. Bukan apa, cumanya, baru-baru ni, elaun sudah masuk. Ya, thanx you Allah.
(sok sek sok sek) apasal lah manusia ni. oh rupanya ada yang berkata-kata bahawa IMU, AUSMAT, PMC dpt addition RM500. apa??
(sob sob sob sab sab sab- sabar) rupanya mereka memang mengatakan ini tidak adil. so?

"MANIPAL dpt sikit,MANIPAL itu, MANIPAL ini" eh, hello ! (salam)
eh, kamuorang ni, masa dapat elaun awal tu, apa korang rasa... (rasa cam dunia ni ente yang punya kan)
las las dapat tahu bahawa 3-serangkai diatas itu dapat addition, kamuorang ternyata dan menyatakan bahawa "mana boleh"
eh eh. suka hati je.

nak betulkan keadaan : walaupun merekaorang dapat lebih, tak bermaksud, yang kita dapat tu tidak seperti yang dijanjikan oleh pihak atasan. Masa sem 1 dapat sebanyak tu, okey je kan? kan? jawablah. Mana lah tahu masa kita nak ke India nanti (insyaAllah) pihak atasan up kan kita punya elaun -.- weeeee hooooo ! Tak nak beli sari banyak-banyak ke rasa? TAK NAK PONN.ok baiklah.fine.

Nikmat Allah.
skema underline di sini.
malu -.-
nikmat Allah, (tarik nafas).........ehh lamanya. ok (lepas).

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" (surah AR Rahman : 13)
Ayat ini diulang berkali-kali oleh Allah dalam ayat yang seterusnya......

Ya Allah... sungguh banyak nikmatMu.... sesegar udara yang ku hirup........ tiada batasan....siapa tahu bila agaknya hidung ini akan berhenti berfungsi....untuk menarik nafas segar lagi.... Ya Allah, matikanlah aku dalam Iman......dalam kasih sayangMu......dalam dakapanMu memeluk erat diriku yang hina ini.....

Sedarlah saudara seislamku, pencipta hanya satu. (Alllah).
Kita tidak diciptakan hanya untuk mengejar kemahuan kita..
kita adalah hamba... hamba.... ohh hanya hamba..... Tuhan ku, aku hanya hamba....
Redhailah kami....
Sebagai hamba yang beriman, senantiasalah kita bersyukur dengan nikmat yang telah diberinya.. sama ada sikit, sama ada banyak..... Yang penting,kita dapat menggunakannya sebaik mungkin untuk jalan yang diredhai Allah sendiri.... (elaun bukan untuk beli baju sendat-legging dan shawl ala-ala bendera bot nelayan).

Baiklah.next. Andai Gerimis Berhenti.Jujur.Memang lawa cover page.sebab??

hmmm grafik yang kemas.

rupanya tajuk buku. cissss.
tertipu.
merajuk.
tak nak follow.
-jangan begitu-
nanti saya dah jadi doktor, saya akan beli DSLR dan snap banyak pic pesakit (tak de kerja ke kau ni doc?) ceh semata-mata nak bagi blog orang follow. DSLR terus, hamik!
tu kita cerita nanti ya. bila dah dapat MBBS dari Melaka, saya decide. *wink wink. tunggu ya, doakan saya dapat jadi doktor. insyaAllah, andai ada kebaikan saya untuk agama di bidang ni.amin. Nanti, bila dah ada cerfiticate yang sah saya nak cerita banyak banyak banyak banyak banyak banyak pasal penyakit dan perubatan. paling penting penyakit hati...

Turn to Allah, He never far away.
salam, majHR 2011.

global champion .

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah Azza Wa Jallah telah berfirman, ertinya :
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf, mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah." (surah Ali Imran : 110)

"...Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka dia telah beruntung. Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (surah Ali Imran : 185)

Islam tidak memandang kecil kecemerlangan dunia. Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat.Kejayaan dunia juga bukanlah kecemerlangan hakiki..Malah, ia mampu memperdayakan umat manusia seperti yang berlaku kepada Qarun.. so, renew niat.......rebuild agar ia selaras dengan permintaan Allah terhadap kita... amanah saham  yang telah dipertanggungjawabkan..insyaAllah..

Sunday, January 9, 2011

do you know ?

Bismillahirahmanirrahim.
Allah s.w.t telah berfirman, ertinya : "Sungguh,laki-laki dan perempuan muslim, laki-laki dan perempuan mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar,laki-laki dan perempuan yang khusyuk,laki-laki dan perempuan yang bersedekah,laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya,laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dab pahala yang besar." (surah Al-Ahzab : 35)


mukmin yang tetap dalam ketaatannya

muslimah dan mukminah amat dikasihi Allah

sabar dalam setiap dugaan

amalan bersedekah harus dididik 
dalam diri anak-anak sejak kecil

puasa membawa 1001 hikmah

menjaga amalan di mana sahaja kerana takutkan Allah

perbanyakkan zikir


Allah Taala juga berfirman yang bermaksud : "Katakanlah (Muhammad), "Dialah Allah,Yang Maha Esa" ."
Subhanallah (Maha Suci Allah).

-short entry sebab esok akan ke kelas, meneruskan jihad menuntut ilmu. Akan ku pastikan diri ini dapat melaksanakan tuntutan fardhu kifayah kepada umat Islam,masyarakat  (saudara seislam ku yang amat aku cintai).
-Ya Allah, redhai aku.
-Berikanlah perlindungan dan kejayaan bagi hambaMu yang menuntut ilmu keranaMu.
-Semester 2 yang lebih mencabar. Harus ku kejar 12 point itu. Mahukan 15. Amin Amin Amin. 


Be optimistic because Allah is always with you.
salam, majHR 2011.


Saturday, January 8, 2011

say no to "i like the way you lie" . no Satan !

Bismillahirahmanirrahim.


Allah Azza Wa Jalla telah berfirman,ertinya:
"Sesungguhnya syaitan bagimu adalah musuh, maka jadikanlah dia sebagai musuh!" (surah Al-Fathir :6)
Tambahan lagi,
"Sesungguhnya ini jalan-Ku yang lurus, ikutilah ia, dan jangan ikuti jalan-jalan(syaitan) nanti bercerai berai kamu dari jalan-Nya" (surah Al-An'am:153)



go away, Satan! go away . .

Dah lama sebenarnya tak update, ye, mungkin pengaruh Si Satan jugak, yang mintak-merayu-berguling-menghantui diri ni. NYAH kan dia dari sini. Syaitan suka menipu dayakan manusia.

Ketahuilah hati ibarat gedung pertahanan dan syaitan itu musuh yang hendak menyelusup eee geli   ke dalamnya, hingga menguasai dan memerintah. Ba'dhul Auliya' berkata kepada Iblis : "perlihatkan kepadaku bagaimana engkau mengalahkan manusia?" Iblis berkata : Aku mengalahkannya ketika marah dan berkeinginan." Lorong lain adalah kerakusan.Lorong lain lagi ialah kenyang makan meskipun halal.Because... kenyang akan mengutkan syahwat sebagai pedang syaitan. OOOH baru tahu. tadi tengahari,lepas solat, lepas lunch lauk ayam goreng dan kari campur adunan mamak BISTRO, niat hati suci-murni nak study KIMIA eh,asal kau besarkan. diamlah,malu tau.  tapi, sebabkan makanan tu kan, tertidur la sampai 3.30ptg. rugi betul weekend macam ni. Syaitan ni selalu menghasut orang untuk itu hingga manusia kerugian umurnya dan takkan sedar sampai mati bahawa kita di jalan syaitan dan mengikut hawa nafsu yang berakibat buruk, kawan-kawan. Na'uzubillah.Demikian pula sifat tergesa-gesa,segala rupa harta,bakhil dan takut fakir,suuk zun(pandang negatif)terhadap kaum muslimin.

lepas ni, jangan harap aku nak bagi kau masuk! 

taknak lah, syaitan, tolonglah, tolonglah. saya tak pernah ADD awk kat facebook. saya pun tak pernah APPROVE awak, lagi lah nak LIKE. ee tolonglah. 
Allah berfirman lagi: "Dan jika syaitan datang menggodamu,maka berlindunglah kepada Allah (membaca A'uzubillahiminasyaitanir-rajim). Sungguh, Dia Maha Mendengar,Maha Mengetahui."(surah Al-A'raf:200)


Ada lagi ayat cinta dari Allah....
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi fikiran-fikiran jahat(berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat akan Allah, maka ketika itu juga meeka melihat kesalahan-kesalahnnya." (surah Al-A'raf : 201)

Dirawikan dari Umar bin Abdul Aziz ra berkata: sebahagian mereka meminta Tuhannya agar diberitahu tempat syaitan di hati manusia. Lalu dia melihat dalam mimpi bahagian jasad seorang lelaki. Dia melihat syaitan dalam bentuk katak duduk diatas bahu kirinya. Dari situ syaitan memasukkan belalainya ke dalam hati tersebut serta mengusik hatinya.Manakala lelaki itu berzikir , maka mengecillah belalai itu.

Hati kecil ku berdetik : "Ya Allah,janganlah Engkau kuasakan syaitan menguasai manusia dan menghasut kami . Tolonglah kami untuk berzikir dan bersyukur kepada Mu demi keagungan dan kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w."

Oleh itu, banyakkanlah berzikir..Berzikir ingat Allah, akan tenang hatinya. Muka pun makin berseri, semula jadi, uolls.insyaAllah. Teringat waktu dulu-dulu setiap malam rabu ke selasa kat MRSM Muar, mesti ada aktiviti zikir. Besnya kalau dimana saja kita berada, tape zikir tu sentiasa di play dalam hati.. Tak Nak Yang Lain...
Sekadar peringatan : "Dan diletakkan buku (amalan tiap-tiap manusia) maka kau lihat orang-orang yang berdosa gementar ketakutan, kerana melihat apa-apa yang ada di dalam bukunya." (surah Al-Kahfi : 49)

let gone be bygone. renew to become the best!
salam, majHR 2011.