Pages

Saturday, January 8, 2011

say no to "i like the way you lie" . no Satan !

Bismillahirahmanirrahim.


Allah Azza Wa Jalla telah berfirman,ertinya:
"Sesungguhnya syaitan bagimu adalah musuh, maka jadikanlah dia sebagai musuh!" (surah Al-Fathir :6)
Tambahan lagi,
"Sesungguhnya ini jalan-Ku yang lurus, ikutilah ia, dan jangan ikuti jalan-jalan(syaitan) nanti bercerai berai kamu dari jalan-Nya" (surah Al-An'am:153)



go away, Satan! go away . .

Dah lama sebenarnya tak update, ye, mungkin pengaruh Si Satan jugak, yang mintak-merayu-berguling-menghantui diri ni. NYAH kan dia dari sini. Syaitan suka menipu dayakan manusia.

Ketahuilah hati ibarat gedung pertahanan dan syaitan itu musuh yang hendak menyelusup eee geli   ke dalamnya, hingga menguasai dan memerintah. Ba'dhul Auliya' berkata kepada Iblis : "perlihatkan kepadaku bagaimana engkau mengalahkan manusia?" Iblis berkata : Aku mengalahkannya ketika marah dan berkeinginan." Lorong lain adalah kerakusan.Lorong lain lagi ialah kenyang makan meskipun halal.Because... kenyang akan mengutkan syahwat sebagai pedang syaitan. OOOH baru tahu. tadi tengahari,lepas solat, lepas lunch lauk ayam goreng dan kari campur adunan mamak BISTRO, niat hati suci-murni nak study KIMIA eh,asal kau besarkan. diamlah,malu tau.  tapi, sebabkan makanan tu kan, tertidur la sampai 3.30ptg. rugi betul weekend macam ni. Syaitan ni selalu menghasut orang untuk itu hingga manusia kerugian umurnya dan takkan sedar sampai mati bahawa kita di jalan syaitan dan mengikut hawa nafsu yang berakibat buruk, kawan-kawan. Na'uzubillah.Demikian pula sifat tergesa-gesa,segala rupa harta,bakhil dan takut fakir,suuk zun(pandang negatif)terhadap kaum muslimin.

lepas ni, jangan harap aku nak bagi kau masuk! 

taknak lah, syaitan, tolonglah, tolonglah. saya tak pernah ADD awk kat facebook. saya pun tak pernah APPROVE awak, lagi lah nak LIKE. ee tolonglah. 
Allah berfirman lagi: "Dan jika syaitan datang menggodamu,maka berlindunglah kepada Allah (membaca A'uzubillahiminasyaitanir-rajim). Sungguh, Dia Maha Mendengar,Maha Mengetahui."(surah Al-A'raf:200)


Ada lagi ayat cinta dari Allah....
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi fikiran-fikiran jahat(berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat akan Allah, maka ketika itu juga meeka melihat kesalahan-kesalahnnya." (surah Al-A'raf : 201)

Dirawikan dari Umar bin Abdul Aziz ra berkata: sebahagian mereka meminta Tuhannya agar diberitahu tempat syaitan di hati manusia. Lalu dia melihat dalam mimpi bahagian jasad seorang lelaki. Dia melihat syaitan dalam bentuk katak duduk diatas bahu kirinya. Dari situ syaitan memasukkan belalainya ke dalam hati tersebut serta mengusik hatinya.Manakala lelaki itu berzikir , maka mengecillah belalai itu.

Hati kecil ku berdetik : "Ya Allah,janganlah Engkau kuasakan syaitan menguasai manusia dan menghasut kami . Tolonglah kami untuk berzikir dan bersyukur kepada Mu demi keagungan dan kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w."

Oleh itu, banyakkanlah berzikir..Berzikir ingat Allah, akan tenang hatinya. Muka pun makin berseri, semula jadi, uolls.insyaAllah. Teringat waktu dulu-dulu setiap malam rabu ke selasa kat MRSM Muar, mesti ada aktiviti zikir. Besnya kalau dimana saja kita berada, tape zikir tu sentiasa di play dalam hati.. Tak Nak Yang Lain...
Sekadar peringatan : "Dan diletakkan buku (amalan tiap-tiap manusia) maka kau lihat orang-orang yang berdosa gementar ketakutan, kerana melihat apa-apa yang ada di dalam bukunya." (surah Al-Kahfi : 49)

let gone be bygone. renew to become the best!
salam, majHR 2011.

0 tazkiyah & taujih: