Pages

Thursday, November 24, 2011

The awaken, silent killer.

Assalamualaikum, bismillahirahmanirrahim...


Pada hari ini, aku baru merasakan yang sebenarnya nikmat menulis blog adalah dengan menggunakan 'aku' dan 'anda'. Aku rasa lebih dekat dengan anda, bukanlah ganas atau jelek kasar, tapi aku hanya mahu guna 'aku'.


SILENT KILLER


Aku tak tahu kenapa, sejak pulang dari 'program itu', aku menjadi semakin bersemangat untuk mentelaah pdf dengan tajuk-tajuk buku yang hebat-hebat. kenapa ni.. bukan ke sepatutnya cuti ku dipenuhi dengan rehat dan as well as holiday or revision? Moderator kat situ meracuni fikiran ku bahawa tanggungjawab itu melebihi masa-masa yang ada, dan kenapa aku mudah sangat mempercayai kata-kata mereka? Suka hati aku la nak uruskan waktu ku, ahhh persetankan semua itu....bisik hati ku ketika itu...


"Apa sebenarnya dah jadi dengan hidup seorang muslim di muka bumi ini? Adakah lulus sekadar pengucap syahadah namun tidak lulus dalam praktikal pemanduan syahadahnya? apakah puncanya."

Sedar atau tidak, kita sebenarnya memang telah dirancangkan dan diprogramkan untuk menjadi manusia yang tak kenal tuhannya. Buktinya, kenapa kita lahir dengan ayah ibu Islam, sekolah Islam dan makanan Islam, tapi still jadi generasi yang Islamnya sekadar bolehla. GHAWZUL FIKR. Serangan pemikiran. psychological war. Benda yang tak nampak permulaannya. Benda yang tiba-tiba nampak hasilnya. Huhu menakutkan dan menyeramkan bagi siapa-siapa yang telah tersedar perkara ini. Betul tak?


tu, terangan Al Quran untuk KITA. siapa KITA? anda. siapa Anda? saya.

Aku tak berani berkata besar, tapi aku cuba menebarkan ilmu apa yang aku sudah faham. Aku tidak dapat membayangkan apa yang mungkin terjadi kepada generasi akan datang, aku seakan memandang mereka dan diriku sendiri semakin mudah tewas dengan bujukan syaitan. walaupun bertudung? Aku tahu puncanya apa (Allah lebih mengetahui). GF (ghawzul fikr). Ada satu golongan yang sedang memprogramkan KITA semua. FAHAMI lah dan SEDAR lah. 


Aku melihat kita semua sangat lemah dan entahlah, sekali jentik, iman mudah jatuh tercampak jauh. Aku pun merasa benda yang sama, itulah sebab aku mampu bercerita sekarang. Aku tak sempurna, aku pernah bersama-sama jahiliah, dan aku pernah berjalan di 'jurang-jurang neraka'. Tapi aku bersyukur satu, Allah telah menyelamatkan aku. Ketika aku berada pada waktu jahiliyah dulu, aku TAK NAK tinggalkannya. Aku berasa itulah sebenarnya kehidupan manusia. (JAHILIYAH = maksiat/zaman kebodohan). 

"Pernahkah anda mengasihi ahli keluarga anda? MESTI. dan apakah perasaan anda kepada orang yang anda kasihi itu? Mesti nak yang TERBAIK. jadi, aku juga seorang yang mengasihi anda, aku ingin yang terbaik untuk anda"

Jadi, apakah yang golongan yang merencanakan GF ini telah laksanakan?

1) Jauhkan kita dari al Quran. Ini adalah hakikat. al Quran kadang-kadang dibaca apabila ada majlis besar-besaran sahaja dan tak tahu pon apa yg orang tu sedang baca. okey, kita tengok sini kesannya.


tak baca Quran, so

akhlak-akhlak dalam Quran tak sampai, so

menghancurkan fikiran seorang Islam, so

tak kenal Allah.

2) Memperkenalkan dengan isme-isme yang best pada mereka untuk menjatuhkan kita. Contohnya, materialisme. Fikiran material, so, tak kisahlah, halal ke haram, main bantai je, asalkan masyuk. kedua, fashionisme. tak kisah lah, baju nampak aurat atau tak, janji berfesyen. Astaghfirullah. 


jom kuasai pelbagai ilmu, ia untuk KITA.
"kutiplah dimana sahaja anda temui ilmu, ia  milik kita dan untuk kita!"

Aku sangat takut, nak menangis. sebab once dh ter racun fikiran, memang susah nk dapat penyembuhnya. Tapi ayat Allah yang hendak membuatkan aku lebih menangis apabila Allah kata, setiap penyakit, ada ubatnya. (sobs menangis sebanyaknya). Aku yakin dan aku percaya, mengapa Allah memberi aku kefahaman tentang ini, supaya aku dapat menyelamatkan semua orang yang aku cintai. Aku nasihat kerana aku cinta. kepadamu wahai orang yang aku cinta. Aku percaya, ummat ini akan berjaya!!

Buat anda semua, percayalah segala kejahilan yang terjadi kepada kita semua telah diplan oleh musuh. KENAPA KITA BENCI SAUDARA KAT GHAZA TU? sebab musuh kita kata, orang ghaza tu orang jahat, mereka tu suka berperang, mereka tu itu, mereka tu ini. Padahal, telah jelas dalam Quran yang kita ni bersaudara. Cubit peha kanan, peha kiri terasa. Tapi kita, marah kalau konsert JOM HEBOH batal. Allahu Akbar. Silalah rasa yang anda sedang ditipu.



Siapa suka ditipu? *musuh kita ketawakan kita dan haha sambil kata bodohnya kau ni* Jadi, tolong lah rasa, yang Allah dah beri kita Quran, untuk orang yang nak beruntung hidup di dunia dan akhirat. Aku takut, aku tak sampai umur untuk sampaikan pada semua. Aku sayang banat dan nisa' diluar sana (perempuan dan wanita). Macam aku dulu, pon benci pd orang yang mengajak buat baik, macam aku ni tak cukup baik je. Tapi rupanya, setelah faham, alhamdulillah. Aku tak mengharap perubahan itu segali gus satu hari, aku sekarang pun mengambil masa untuk memahami hakikat hidup ini. So, siapa nak ikut berubah? jommmmmmmm!


"Jangan difikir derita akan berpanjangan, Kelak akan membawa putus asa pada tuhan, Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan, Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali"


Salam.
Husna. Shah Alam.
"Wherever Allah plants you, be fruitful!"

0 tazkiyah & taujih: