Pages

Sunday, April 15, 2012

macam-macam rasa *.*

Assalamualaikum.
Macam mana rasa? lama tak menaip blog. aih rasa seperti kepingan kepingan kaca yg kurang bermanfaat!


cantik subhanallah, langit intec yg akan ditinggalkan beberapa bulan lagi.
Check mengejut
Balik-balik dari kelas sahaja, Nate (housemate) tunjuk kertas kuning yg ditampal didinding. "Baca tu! Tahniah, kita dapat memuaskan :)". Begitu bahagia dan eksaitednya natalea. Aku terkedu. tapi aku rasa mcam ada aliran ketenangan yg memang tenang hadir dalam hati. aih. susahnya nak explain. Macam tu lah, tiba-tiba kita dapat catatan tentang sikap kita sepanjang berada di intec@kolej akasia. satu part baru diuji. kebersihan. Alhamdulillah memuaskan. tapi bukan itu, bukan tu yg penting. Hey kematian macam tu juga 0.0

Bayangkan, something yg unexpected happen. Siapa tahu akan ada pakcik (ke?) / pegawai kolej masuk dalam rumah, dan cek yg memang perfect sampai satu habuk pun berkira. Bayangkan perasaan tu lbih2 lagi kita takde kat rumah (lagilah unexpeected). Bayangkan -.- Serba serbi ditulis (tanpa tertinggal satu pun). 

Dan nak cakapnya, waktu tu, kita dah takde kesempatan lagi nak kemas-kemas, sapu sampah, lap-lap tingkap, basuh pinggan, sidai baju, buang sampah, berus dinding, susun kasut. MasyaAllah huru haranya perasaan tu. Kalau pegawai tu lembut hati takpe, ni yang keras hati, bengis dan bawa rantai besi dari (neraka?) -tak jumpa pun pegawai tu. 

Macam tulah keadaan kita kat dunia rupanya. Amal tu sepanjang kehidupan rupanya. Dan memang tak boleh terima kalau orang kata umur tua sahaja medan yang ada untuk bertaubat. Rupanya, mati tu memang unepected ek. Seram. 

TAPI.
betul tak, kalau result kita kat kertas kuning tu memuaskan, apa perasaan kita? saya seriously rasa wahhhhha kalau dapat masuk syurga macam ni bestnya lahai. Ya Allah ^.^ Betul tak? u akan rasa yang memang berbaloi usaha selama ni. wohhhhhhoooo memang bagi pengajaran terbesar di sem akhir di kolej akasia.

kak una, nanti pergi india tak rindu zaim ke? 
InsyaAllah lepas cut off manipal, aku akan pergi meninggalkan bumi Malaysia. Hanya sementara. untuk menghirup udara tarbiyah di negara orang. InsyaAllah.
Buat ayah dan ibu, una harap, redhailah perjuangan una ini ^^ 

0 tazkiyah & taujih: