Pages

Friday, August 31, 2012

Sekitar Hajat (bangku sekolah)

Bismillahirahmanirtahim..
Assalamualaikum..

Setiap orang pasti mempunyai hajat yang kecil mahupun besar.
Bagi saya yang dilahirkan sebagai anak kepada 2 orang guru (alhamdulillah), saya dididik untuk mencintai ilmu. Mencintai ilmu dan belajar sebanyak mana yang boleh. Ibu selalu pesan, "tak rugi Na, kita belajar ilmu. Berilmu ni bagus.." InsyaAllah..


Tawaran beberapa hari selepas result ALevel diumumkan. ^^

Saya selalu berhajat untuk menjadi orang yang terhebat. Itu sekadar angan-angan sejak Form 1. Mahu menjadi orang yang banyak membantu orang lain, orang yang kelihatan bijak dan agen perubah. Itu sekitar angan-angan di Sekolah Tun Habab dahulu. Sebuah sekolah bestari di Kota Tinggi. 

Masuk di Tingkatan 1, saya terpilih untuk mengambil aliran arab pula. Masa tu, ayah yang buatkan keputusan. Saya ikut sahaja. Memandangkan saya bersekolah di SRAB di mana pada waktu itu dibawah tajaan Agama Islam Johor, saya tahu, keputusan ayah ibu selalu yang terbaik. Budak yang bukanlah alim, apabila terpilih ke sana, ibarat satu dorongan. Satu tolakan untuk menjadi yang terbaik. Faham sahajalah environment di sekolah harian. Macam-macam gelagat, kelatah masyarakat sebenar. Banyak sangat belajar... 

Ingat lagi paling mendebarkan.. Tengahari tu, kelas agama. Habislah!! semua orang dah hafal ayat Kursiy. Uh, masa tu, macam tak nak percaya pun yang Ustazah Fadzilah nak check bacaan. Ayat Kursiy, pada ustazah semua orang dah settle. Dia pun nak test sorang-sorang. Masa kat luar kelas tu, kelam kabut cari orang yang dah hafal suruh tolong. Nasib baiklah membantu! 

Itulah seingat saya, ramai orang apabila pandang saya pada hari ini, merasakan kita ni lahir-lahir je terus pakai tudung labuh, berstokin dan cakap pun Allah Allah je. Betapa kan, masing-masing ada zaman jahiliyah nya. Masing-masing ada zaman gelapnya. Biarlah ia berlalu, dan tak perlu kita ungkitnya lagi. Biarlah antara saya dan Allah. Seronok begitu. Mulalah hidup yang baharu, hijrah ke dunia yang berakhir dengan syurga. 
Akan rindu dengan rumah dan kenyamanannya. ^^

Risau juga, bila ada orang kata "Aku memang macam ni. Dah tak boleh ubah dah. Orang tak terima itu, terserah". Huhu, sedihnya, apakah Tuhan tidak mendengar kata-kata kita? Sedangkan Dia Maha Mengetahui apa yang tersirat. Kita cakap begitu seolah-oleh Allah tu pelokek Rahmat. Mintalah pada Dia, Dia akan beri. Doa ayah ibu itu sangat berkat, mereka selalu mendoakan saya dan adik beradik yang lain. Alhamdulillah..

Teringat lagi dulu, saya jumpa Ustazah di hadapan bilik guru. Pada saat itu, sangat sedih dan hampa dengan sekolah. (eh boleh macam tu? huhu). Saya katakan padanya dengan rasa hormat. Ustazah Rohana namanya. Rohana Zainal. Dia mengajar saya Arab, dan pasti dia memahami kami anak murid kelasnya itu. "Ustazah, saya kan, tak puas hatilah dengan pihak sekolah. Mentanglah-mentanglah kami amik arab, diorang pandang sebelah mata je. Kalau ada buat kursus apa-apa je, mesti hantar budak RKB (tiada arab). Saya tahulah non muslimnya pandai-pandai. Saya tak puas hati! Tapi dalam hati memang sedar yang ramai muslim main-main dalam menuntu ilmu." Ustazah rilex je dengan yakin dia kata, "Ustazah tahu awak boleh dan awak tak main-main. Kita tunggu nanti!". Positifnya. Akhirnya saya mendapat 8a1b. (B for english). Arab dan subjek sains yang lain A.

Beli di Pustaka Ilmu Baru di Masjid India. ^^

Saya pencinta ilmu. 
Pernah dahulu apa yang saya hajatkan, saya dah kecapi. Semoga Allah sentiasa bantu dan tunjukkan jalan yang terbaik. (Allah is the best). 

Lepas intec baru tahu, sebenarnya, setiap muslim itu perlu ada satu hajat yang besar, hajat yang sebenar yang perlu mengalir dalam diri... APA ITU?? kita sambung next insyaAllah!

Pre departure JPA pada 4 September ni. InsyaAllah dah cukup dengan persiapan material segala. Semoga dipermudahkan, Husna.

Salam.
thehauraffna.
Kota Tinggi. ^^

0 tazkiyah & taujih: