Pages

Wednesday, February 20, 2013

the road not taken

Alhamdulillah. 
Pagi tadi sangat indah, keluar berpagi-pagian dengan sahabat tercinta.
Di Sharada itu kami sharing dan bermadah kasih. Adeh!


"Una,nah rasa ni."
"Shrut shrut, ooo sedap.. Tapi una tak suka sikit pisang."
"Ala apalah una ni, sedap tau banana juice ni"
"Hehe,yeke,tapi..."

Pap! tangan ditepuk oleh sahabat seorang  yang duduk di hadapan. 
"Una & fizah, minum ni Syak punya.. lagi sedap"
"BETIK!!", teriak kami berdua. 

hehehe bergelak molek kami pagi tu...

duhai hati, yang sangat merindui ukhuwah sejati ini..
dalam perjalanan ini,
aku banyak menemui manusia yang pelik pelik ini,
pelik pelik ini bukan sembarangan.
pelik pelik ini pelik yang pelik.

aku pun tak tahu macam mana nak describe.
kadang ada je aku terlepas marah, atau terlebih senyuman,
kadang ada je yang suka bawa hati dan perasaan sorang sorang,
kadang ada yang merajuk yang tiba-tiba,
kadang, semuanya yang pelik tu berlaku.

sebenarnya, ada je task nak siapkan malam ni.
tapi tadi, pinjam tab fizah nak tengok update fb. tiba-tiba terclick pada link blog sendiri. uh uh bila baca, aih, tahan lagi, scroll scroll, aih, tak tahan ni, nak juga TULIS BLOG!


memandangkan cuti yang diberi oleh pihak manipal sangat singkat, as pelajar perubatan sangatlah bersyukur dengan cuti sebulan itu. alhamdulillah.

cumanya, haaaaa.
ada masa yang singkat ni, mahulah dan ringanlah tangan ini untuk berkongsi sesuatu.
ingat tak poem the road not taken yang kita belajar sewaktu sekolah menengah dulu?

rasa sangat yang poem tu sangat dekat dengan jalan ini. jalan apa??
seorang murabbi disini sering menguwar-uwarkan perkataan 'kerana kita serius dengan perjuangan ini', menambah lagi perisa dalam hidupku. menambah kefahaman dalam diri bagaimana menjadikan setiap yang dilalui dan dihadapi, dipandang dari sudut dakwah dan tarbiyah. insyaallah.

THE ROAD NOT TAKEN


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference. 

Robert Frost


kerana jalan ini kurang yang lalui.
kerana jalan ini terlalu banyak pengorbanan yang diperlukan. 
kerana jalan ini memikirkan untuk memberi setiap hari dan kurang dengan menerima.
kerana jalan ini kadang membuat sesuatu yang bernama hati itu hancur luluh.

namun,
jalan ini lah yang membuat aku tak merasai kekosongan dalam kehidupan (xdak aim),
jalan ini jugalah yang membuat aku menghargai setiap hela nafas,
jalan ini mengajar aku erti berterima kasih pada Tuhan,
jalan ini yang membuat aku lebih bertahan,
membuat aku menapak dengan lebih laju untuk melakukan senah terbesar Rasulullah,
jalan yang membuat hati tenang dan sama harakat dengan alam.
ahhhhhh namunnya terlalu banyak kerana itulah kemuliaan yang dinjanjikan oleh Allah. 


janji yang
sejak dulu lagi.
sejak aku tak dicipta lagi.


(ala x feel nak tulis sekarang sebab ramai orang. tapi dapat taip sikit, okey lah. alhamdulillah)

husnarosleli
ar rayyan, manipal     
    

0 tazkiyah & taujih: