Pages

Tuesday, December 17, 2013

Hadapilah!

 Assalamualaikum.
 Alhamdulillah.

"Menyambung perjuangan legasi dakwah dan tarbiyah di Bumi India.
Kata mungkin senang, tapi buat tu yang payah.
Mengajak mungkin ringan, tapi hendak melaksanakan itu berat." 

Pantai Malpe, India.


Begitula hari demi hari berlalu di Manipal pastinya tiada satu hari yang akan sia - sia. Teringat di saat usrah beberapa minggu yang lalu, sharing dari ukhti Nurul. Katanya, mengupas surah Al Asr. "Kita ni kalau tak selmatkan orang lain, orang lain yang akan tarik kita. Kita ni kalau tak bangun-bangun, siapa lagi yang akan bangkit." Sharing dari anak usrah yang sedikit sebanyak membuat air mata bergelinang. Di saat itu, mungkin perlukan sangat sangat kata-kata untuk merevise balik, kefahaman. senang kata, menguatkan lagi iman.

Alhamdulillah. Sedar tak sedar dah 3 tahun lebih umur tarbiyah. Tapi apa gunanya bertambah jika amal nya masih di takuk yang lama. Muhasabah diri. Dan kenangan tarbiyah di intec memang sangat lain. Di situ berkenalan betul-betul dengan islam. Mendapat teori yang mungkin kurangnya praktikal. Bila dicampak disini, barulah terkejut beruk camna nak buat. Mungkin lah ini yang dikatakan perjuangan. Bila berbuat suatu yang baru, untuk islam dan Allah tu sendiri. Nak katanya, memang kena sentiasa berbuat..

New International Hostel, Manipal Uni.


Exam block 1 baru berlalu. Nak katanya, memang sangat hectic dan terkadang rasa, inilah yang Allah katakan. Ujian itu menguatkan orang mukmin. Datanglah ujian, semakin nampak Allah. Itulah, dalam dakwah dan tarbiyah ini juga banyak belajar cara mengaproach dan menyantuni orang lain. "Una, akak rasa akak tak boleh pi daurah tu. Akak exam. Tapi sebenarnya bukan sebab exam ja,  tapi sebab lain. Benda yang menekan akak." Hurm, dalam hati mendoakan si ukhti dengan helaan nafas paling halus, moga Allah menurunkan kemudahan pada Dia. Allah, sebulan telah berlalu. Dan kini, diri ini pula yang diuji begitu. Masakan tidak, ujian inilah yang menguji keikhlasan niat ketika bertanasuh, dan melihat diri ini dimana seenarnya di mata Allah.

Begitulah, payah pasti terasa dalam diri. Kena pulak paper microbes. Haaaa amik hang! Ingat senang nak daurah lepas tu xtvt luar, lepas tu exam? Hurm..Alamdulillah.. diri ini meneruskan dan berani menyahut ujian Allah. Moga segalanya untuk Allah redha. Allah sebenarnya nak kita tajarud (bogel) dari benda benda yang melupakan dia. Sering kali diingatkan, bukan study itu melupakan Allah, tapi terkadang, study itu menjadi ILAH sampingan, disamping Allah. Fuhhhhh. Dan alhamdulillah, selepas melalui fasa itu, feeling yang tawakal dan hati tu sendiri mungkin makin kental dek ujian yang akan datang hari demi hari.

Yeay, sekarang, utk menilai semula apa yang dah diabaikan dan koreksi balik utk penambah baikan. Sebabnya, memang kena STRUGLE utk BOTH. Lepas ni, mungkin kena strugle utk KETIGA-TIGA atau KEEMPAT-EMPAT. konklusinya, memang kna struggle utk semua. SEMUA :)

Screet Garden

Semalam juga masa study practial microbes, ada tengok satu video. tajuknya "Anak Usrah Hadiah Allah."
Whoah, memang, bukan mudah Allah nak menghibahkan 5 jiwa buat diri ini, untuk membaiki diri sendiri. Dan perasaan membina orang lain tu, rela dipasrahkan pada Allah kerana Dia juga yang memberi kekuatan untuk berbuat sedemikian. Ada je fasa naik dan turun. Ada je fasa semua ok *excited macam ukhti afiqah* dan ada je fasa semua senyap *masa ukti zubaidah pasang azam tak nak rebel lagi*. Haih, kenangan yang memang tak mampu dilupukan. Anak anak jantung hati.. huahuahua dan ini juga oleh jadi attachment kita as murabbi, so akan ada satu masa yang Allah uji. Ukhuwah menjadi kelat macam moist kek yang tak jadi. Sebab apa? Sebab Allah nak clarify kan balik! Ukhuwah lah kerana Aku. Ukhuwah lah kerana Aku. Ukhuwah la kerana aku. 

Dan 13 Disember baru beberapi hari berlalu. Sangat lah rasa yang biasa je, sebab tak dapat sambut dengan family. Sebab memang dah biasa ek, dari kecik. Bulan 12 mana ada kawan-kawan yang akan sambut sebab cuti sekolah. Tapi, bila dalam jalan tarbiyah ni, Allah pulak yang nak bagi MORE tu..  Malu sendiri.. Allah hadirkan berlian berlian 'Tajarud' dan 'rayyanians' dan 'fastaqim' dan akhowat lain yang sentiasa disisi. Huu sebenarnya tak rasa apa pun, besday. Mungkin nak mindsettingkan yang benda ni hal kecik je. Kalau hari kelahiran orang ingat, alhamdulillah. Tapi kalau hari kematian, takde orang yang hadir menyambut pemergian, Nauzubillah. Habislah :'(



"Una, una.. tilam cukup tak nak guna untuk daurah nanti?"
"Hurm, ada 4 disini. cukup kot, nanti kalau x cukup, una ambik malam nanti."
"Ala.. amik sekarang je la."
"Oh ye? Ok-ok. Una dah ada pun ni ha depan umah akak. Dekat je."
Tekan loceng.
"Kejap kejap."
Adegan Ukhti Nurul terkocoh kacah. Real sangat. Sambil membetulkan tudung sarungnya yang senget. Menarik diri masuk ke dalam rumahnya.
"Jom jom, tilam ada dalam bilik. Nak berapa?"

Hah! Mata ku tertancap pada bayangan hitam di ruang dapur. Diri yang mudah sangat nak anxious ni terbehenti. Ukhti Nurul pun terkejut. Asal lah budak ni benti kat sini.

Hahaha sekali ramai ramai keluar dari dapur dengan nyanyian HAPPY BIRTHDAY.
Tak terfikir pun.
Mereka sangka rancangan tu tak menjadi.
Eheheh una tak terfikir pun. Cukup dengan kehadiran antunna disisi :')
Comel sangat semua bawak keluar bunga sorang satu warnanya.
Tambahan kek sedap Ukhti Afiqah - tiramisu pula tu.
Allah...

Lirik Nota Cinta bermain di kepala,
"Andainya dapat ku menulis, nota nota cinta,
buat dirinya... 
Ingin ku, titipkan bersama, semua kuntuman bunga,
yang indah berseri."

Allah, mereka la kuntuman bunga yang ingin sekali ku bawa bersama untuk bertemu Mu. 
Moga mereka kuat menjalani kehidupan. Pasti merindui setiap satunya. 

UKHUWAH
Dan nak katanya, pengalaman diri yang lebih baru dan mencabar tu adalah tinggal di RI tu sendiri. Masa di Malaysia, pernah juga dengar perihal RI di mana, bagus. Ianya akan membantu menjaga amal dan menjaga setiap perilaku kita. Alhamdulillah, benda tu Allah bagi diri melaluinya, tanpa terlepas sedikit pun tarbiyah dari Dia. Disini diri mulai belajar mengenal manusia yang unik. Manusia yang penuh cinta. Manusia yang sedap masakannya. Manusia yang halus pekertinya. Manusia yang penuh malu malunya. Manusia yang ensem. Manusia yang tegas. Manusia yang lek lek last-last lu pehal? Manusia yang sekepala dan manusia yang tak sekepala. Of course.

Allah bagi ujian direct kot. HAHA.
Kadang pasti tak nak termiss point every moment kehidupan dalam RAYYAN ni.
comel, lawak, tegang, diam, ketawa dan tidur.
Banyak ragamnya.
^^ Tapi itulah bendanya. Allah nak mempersiapkan kita.
Allah nak uji iman kita.
Allah nk uji ikatan kita.
Allah nak uji keikhlasan kita.
Allah nak bagi lebih.


Bagi diri ini, pasti terkurangnya banyak.
Bagi diri mereka, kelebihannya sangat banyak.

Selalu menasihati diri dan sememangnya rasa, mengapa mahu expect leih dari manusia, sedang yang selalu kita sepatutnya berharap tu hanya pada Allah.
Mengapa mahu sedih jika ada benda yang tak kena, andai dirimu tahu yang semuanya datang dari Allah.
Mengapa nak gembira lebih sangat andai diri tahu, bahawa gembira itu sunnah nya sesaat.
Yang kami kejar adalah kemanisan iman. Mengejar kemanisan iman secara bersama-sama. 
Ada lagi ke sweetener lebih dari usaha macam ini?

Dan, diri ini pasti banyak keburukan.
Tapi yang ku harapkan, ketika tanah kuburku telah dikambus, sedekahkanlah roh ini bacaan al Quran dan doa yang mewangi pusara ku. Disaat itu, yang ku perlukan hanya doa orang yang ikhlas berjuang bersamaku. (entah layak atau tidak?)

Hurm, muhasabah.
Buang ego, tingkatkan berlapang dada.
Husnu dzon, buangkan suu'.
Dan Allah pasti beri keterangan yang lebih.

TAJARUD
Usrah yang setiap kali duduk duduk beriman, pasti rasa kena 'bogel' kan segala perkara yang menjauhkan diri dari Allah. Pasti ada. HAHA 
Comel sangat. 
Mereka ni berlian ke manusia?
Kadang kadang pelik.
Tak boleh differentiate.
Tapi ada lah masanya saat hati terluka. Tapi takpela, 
bukan kah luka tu comel. Sebab tahu tak siapa yang menyentuh luka tu supaya sembuh?
Allah itself.
Allah yang menyapukan iodine.
Allah yg suture kan.
Allah yang letak antoibiotic.
Allah yang tiup shiuhshiuh supaya tasa nyaman.
So, teruslah bekerja dan mendapat ujian.
Tanda Allah sayang.

Konklusinya, teruslah menjadi bintang Allah yang satu.
Hadapilah kehidupan ini.



Husna & the gang, u can do it.
Kalau tak boleh sangat, 
u almost can do it.
Be positive dan pray more.

Huaaaaa Ukhti Rasyidah dan Ukhti Nurul nak balik Malaysia dah.
Huaaaaaaaaaaaa Ukhti Attiq pun nak balik? 0.o
Dokpe. Allah kan ada :')

"Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah"

Salam.
Doakan saya disini ;) 

1 tazkiyah & taujih:

Unknown said...

huhu..rasa mahu menangis..mungkin tak terlihat di mata,, tapi di hati berbekas..ma syaa allah ukhti.. comel sgt entry niii..sambil baca sambil membayangkan gaya enti yg baca..comel sgt tanasuh dr seorang ukhti yg comel cam enti..hihi