Pages

Friday, February 20, 2015

Hati dan helmet kuning!


"Kamu, aku rasa aku nak beli helmet kuning lah!"

"Apa ke pelik sangat kome ni, kat India ni dah lah orang tak pakai helmet time bawak motor, ni nak pakai warna kuning pulak tu..... adeh, wat hepeng?"

"Hmmmm, semalam aku dapat ISK, aku rasa hidup aku selama ni jauh gila dengan Allah. So aku berazam, start hari ni, aku nak pakai helmet kuning, so Allah akan nampak aku dari atas."

"Allah, macam kena petir lak aku rasa......"

Perbualan random. Buat aku tersedak dan, 

Benda ni buat aku terfikir. 

Betul jugak apa yang dia cakap. Telus tapi lucu. 

Jujurnya, itu lah perasaan yang ada, perasaan yang sama di awal aku disentuh tarbiah.

Disentuh cinta Allah. Disentuh nikmat hidayah.

Aku terimbau perbualanku dengan seorang akhowat Belgaum, masa makan kat Snack Shack kelmarin.

"Kamu, aku rasa tarbiah ni perfect gila."

"Hmmm" (muka curious lepas tu berkerut lepas tu senyum lepas tu sengih macam kerang busuk)

"Yelah, start dari part menyentuh hati, pastu part kenal ngan Islam sikit sikit, pastu part buang Jahiliah, part serangan pemikiran, part mujahadah, part amal, part dakwah, part Islam syumul. Dahsyat wehh..."

"Tulah, aku pun rasa benda yang sama. Tu yang aku takleh nak lari tu. I mean.... Banyak dah Allah bagi aku, tapi aku dah buat sehabisnya ke belum. And anddd aku kerut tadi bukan pe. Aku ingat kau nak start dengan tanya khabar iman ke, tanya khabar hati ke. Haha, ni terus masuk part haraki tarbiah. Terkojot den.."

"You know meeee kan, sambil buat gaya ala ala emoticon whatapp budak perempuan baju pink yang pergelangan tangan 90darjah kat paras bahu."

Begitulah. 

Perasaan disentuh tarbiah tak pernah tak menyegarkan.

Tarbiah ini menjawab segala persoalan. Segalanya.

Huh!


Back to kisah helmet kuning..

Jujurnya rasa, 

Kalau kita tak kenal, maka kita tak akan cinta.
Kalau kita tak faham, maka kita tak akan puas. 

Tak puas dengan kehidupan.
Tak puas dengan nikmat.
Tak puas dengan ujian.

Begitu bezanya sifat orang sekadar tahu, dan orang yang faham.

Orang yang faham, ibaratnya macam kisah ukhti yang terus nak beli helmet kuning tu.

Orang yang sekadar tahu, mungkin akan tak sesensitif itu. Mungkin hanya 'kenyang' dengan bekalan itu. 

Beza.

Dan, itulah hakikatnya, Allah sangat nampak akan hambaNya. Allah sangat tahu jiwa ciptaanNya.

Mana mungkin Allah terlepas pandang pada manusia yang memakai helmet kuning tu.

Allah tu Al Baseer. Maha Melihat.

Dan Allah tu juga Al Aleem. Yang tahu segala benda. Dalam, luar, depan, dan belakang kita!


Kita kadang merasa kita dapat sembunyikan apa dalam hati kita, tapi sebenarnya, TIDAK SAMA SEKALI. 

Sebelum terbit di bibir kita nak beli helmet kuning untuk Allah nampak, Allah dah tahu dalam hati kita,

Yang kita nak Allah pandang kita.

Allah.

Walhal Allah jugalah yang telah menyentuh hati kita, mana mungkin dia tak tahu.

Allahurabbi. 


Riwayat Bukhari.

Dan, ingatlah suatu hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud.

"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad ada seketul daging, jika baik daging itu, baiklah seluruh jasadnya, dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh jasadnya. Wahiyal Qalb (dan itulah HATI)."

Betapa. 

Allah sangat memandang hati hati kita.

Jika penduduk bumi melihat langit dan terpana akan bintang bintang yang berkelipan, berkerdipan cantik. 

Begitulah, penduduk langit melihat hati hati orang beriman, seperti bintang di bumi. 
Bintang yang sangat menarik hati penduduk langit sehingga mereka tak sabar untuk berjumpa dengan pemilik hati hati itu.

Jom!

Kita tsabat kat jalan ni kay Akhowatee.

Kita finish this strong habis habisan. Sebab kita dapat apa yang orang lain masih belum dapat.

Jom!!! 💪💪💪💪











0 tazkiyah & taujih: