Pages

Tuesday, November 16, 2010

muka mereka membawa ke syurga .

Bismillahirrahmanirrahim.


Allah Azza Wa Jalla telah berfirman, ertinya : 
"Jika kamu menampakkan sedekah-sedekahmu (dengan tujuan agar dicontohi orang lain bukan untuk riya') maka itu baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir, maka itu lebih baik bagimu dan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahanmu. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan. (surah Al Baqarah : 271)


Dalam riwayat At Tabrani : "sedekah tidak akan mengurangi harta. Jika seseorang menghulurkan tangannya untuk bersedekah, bererti dia memberikannya pada tangan Allah, yakni Dia pasti menerima sedekah itu dan merelakannya sebelum ia jatuh di tangan orang lain.


"Perbuatan yang baik membersihkan perbuatan buruk. Sedekah yang ikhlas memadamkan kemurkaan Tuhan. Setiap perbuatan baik adalah sedekah..


Jadi, mengapa muka?


Tersentuh sungguh hati dan pancrease  jiwa ku tatkala memandang dan terpandang seorang ibu yang menidurkan anaknya di pangkuan sambil menghulur tangan melawan graviti bumi (maksudnya, naikkan tangan ke atas lah kan?apela). Sungguh letih di mukanya. *aku faham.orang lain faham tak? dalam hati, agak-agak macam mana ek kalau terusan begini, takkan nak teruskan melarat.. Saudara ku.. mahu menitis air mata rasanya........


Aku tahu, kau akan terus tabah. kan? kan? tapi, yang melihat penderitaan ni, rasa ketabahan mereka tak perlu berbayar kah? mana boleh. hari ni hari mereka, esok hari, siapa yang tahu? Harta benda tu hanya sementara. semakin kejar harta, semakin tak tenteram jiwa. Bukankah harta tu untuk dikongsi sesama saudara? InsyaAllah.. 


Cuba je terfikir, kalau lah kita bagi sedekah hari ini, kira menyumbang 1/100 perkembangan anak si ibu yang miskin itu, setiap orang, setiap 1/100, mana tahu, dengan berkat sedekah ikhlas yang diberi anak ni membesar dan menjadi orang berguna. Tak ke rasa terharu tertulis dalam buku catatan bahawa anda ada menyumbang juga? Ala, kerek-kerek pun, dia jadi tukang repair motor. At least, dia learn something dalam kehidupan.. Klau semua adik beradik dia melarat, tak ke dia nak besar kena merompak? Nauzubillah....... (kalau dia merompak, korang jugak yang akan kata Malaysia dah tak selamat)....


Dari Anas ra, dia berkata: "Telah bersabda Rasulullah saw: "Barangsiapa berjalan untuk memenuhi keperluan saudaranya, Allah menuliskan untuknya setiap satu langkah tujuh puluh kebaikan dan menghapuskan tujuh puluh keburukannya. Wallahualam....


Setiap yang  dianjurkan Allah, ada sahaja hikmahnya untuk jangka masa pendek, jangka masa panjang.. Berfikirlah...Allahuakbar... 


Lepas tu, mesti rasa tenteram jiwa, tngok peminta-peminta ini ucap Alhamdulillah (Segala puji hanya untuk Allah). bukan kah ini suatu usaha juga untuk mereka kenal Allah? Ada juga yang mengambil tangan pemberi sampai menciumnya, dan ada yang terlalu bersyukur sehingga mendoakan kesejahteraan kita. Nah, bukan mudah nak dapat orang yang ikhlas mendoakan kita.... Kalau lah time tu dia doa semoga murah rezeki dan cepat bertemu jodoh? HEHE. takpe, saya aminkan sahaja. terima kasih....


                                        kehidupan ada naik turunnya


Allah berfirman, ertinya : 
"Minta tolonglah kamu kepada Allah dengan sabar dan solat ....." (surah Al Baqarah : 45)


be strong, u can do it.
salam, majHR 2010.

0 tazkiyah & taujih: