Pages

Thursday, March 3, 2011

Bersenang-senangkan Hati Mu .

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.
satu pagi di Seksyen 2. (It's the morning of your very first day-fifteen)
sebenarnya post kali ni,nak bercakap tentang love hati. 
27 Februari 2011
fon saya: ............the person u've called is not answering,plis kol later.
1 Mac 2011, again.
fon saya: ............the person u've called is not answering,plis kol later.


penat lah dengan suara operator tu je.mana ni tak angkat-angkat. dalam hati dah serabut. tertanya-tanya, apa pulak kali ni yang saya buat,sampai dia terasa.dah la lama tak contact.takut pulak,kang tak pasal-pasal ada berita buruk sampai pengetahuan family.nak try kol lagi, segan sangat.mengganggu hidup orang pulak.banyak 'mungkin' bermain di kepala.akhirnya,hari ni decided nk kol lagi. muka tak tahu malu.


3 Mac 2011
fon saya: ...........the person u've called is not answering,plis kol later. 
nasib maxis,kalau celcom dah lama terjun bangunan. bukannya off fon,tp tak angkat. buatlah saya lebih lebih rasa bersalah.nak nangis ke? tak ah. kalau sem lepas mungkin. sem ni kuat sikit. saya pun nekad, mesej cousin yg kat IPGM. tanya-tanya napa orang tu tak jawab kol, mintak pendapat macam-macam. 


malas lah nk buat cerita suprised-suprised.tak reti langsung.terus terang je lah ek. sebenarnya saya contact cikna (moksu) saya dari hari tu tak berjawab. yela, dengan makcik sendiri, malu tu kalau diperlakukan mcm ni.hidup segan mati tak mahu rasanya. akhirnya,hari ni juga saya nekad mesej cikman (poksu).tu pun x berbalas.hm,hilang selera makan teros. sampai hati buat saya macam ni.wa wa wa.petang tu stay kat intec,silent phone sebb masa balik tu nak dekat Asar.Kalau azan,mcm rasa bersalah pulak kalau fon tiba-tiba bunyi. ye tak?


Akhirnya.kul 8.40 malam tadi cikna kol.ce cite ce cite, apa masalah sebenar yang berlaku. rupanya adakah mungkin disebabkan penyakit amnesia? tak baik tak baik.cikna terangkan semua yang berlaku.takde kaitan langsung dengan yang saya sangkakan. Dia cume terlupa nak kol balik sebab masa saya kol tu,dia tengah buat panggilan ke Johor. Both time. cuma yg kali terakhir tu dia tak perasan bunyi kol. Poksu pulak tak balas sebab takde kredit.hm, cm tu cikman tukar la fon xperia tu dengan una :)


husnu dzon.husnu dzon ni membawa maksud bersangka baik.saya rasa, banyak kali dalam hidup, saya asyik bersangka buruk je.saya rasa perasaan macam ni memang tak patut wujud. tahu tak? bila kita su'u dzon ataupun bersangka buruk, mungkin tahap 'tension' dalam diri akan meningkat. hidup menjadi serabot macam saya. sebab memikirkan hal yang memang tak patot untuk difikirkan sedangkan takda apa yang berlaku.boleh membawa kepada CVD. (cardiovascular disease). Padahal time cikna contact balik,kami gelak-gelak.Totally nothing happened. Ya Allah, leganya rasa. Cuba kalau dari awal saya fikir positif.Tapi saya tahu ini adalah tarbiyah(didikan) dari Allah yang sayang saya. Mengajar erti kehidupan.Jadi, husna, practisekanlah husnu dzon dalam apa jua keadaan.InsyaAllah.


"Bergembiralah,sebab kebanyakan hal yang engkau takuti adalah palsu" -La Tahzan.

Husna jr. Husna sr.
Maaflah andai tahap penulisan semakin kurang memuaskan.saya memang tak reti menulis. hm,ambil sedikit masa lagi untuk bercerita walaupun esok test,semoga ini membantu.:)
Kebelakangan ni terlalu, terlalu banyak perkara yang membawa memori saya ke MRSM Muar. ok baiklah. saya bukan mahu mencari publisiti murahan.

batch 084 

pertama sekali,pertemuan dengan Alumni iaitu jeng jeng jeng. Miss Faradilah Binti Mahad! kenal tak? hehe. memanglah tak kenal kalau tak study kat intec. Dia lecturer math saya since sem 1 lagi. dan.. saya baru tahu semalam. rasa nak nangis kan? yela, mungkin korng tak rasa apa yang saya rasa.jumpa Alumni rasa macam jumpa adik beradik kembar seiras je. serius tak tipu.cuba kalau jumpa Dr SMS, dia pun alumni saya juga. tak rasa cam nak tercabut jantung? hehe. tipu-tipu. Astaghfirullah. 

Then, Miss Fara cerita, dia ada anak saudara kat MRSM Muar in 2009 means thats girl form 1 at that time.Meansssss, shes the one of my juniors that i kept in eye every single day!!! saya dorm captain masa tu (bukan nak bangga pon).Ya Allah,memang tahun 2009 tu saya bersuka-ria-sehidup-semati dengan junior asrama saya.too many stories to tell.tp Miss tak nak ckp siapa budak tu.yela, Miss takut saya buat mcm-mcm. ade ke patut? sekali anak saudara dia tu Khairun, haru-haru-haru.ye, budak tu sebaya dengan khairun :) siapa khairun? hehe.manusia.
port cun buat pertemuan dengan junior rapat - SNA. Aishah. terima kasih melawat.
silaturrahim:
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"Apakah kiranya jika kamu menjadi wali(berkuasa), kamu berbuat sesuka hati di muka bumi dan memutuskan silaturrahim. Mereka itulah yang dikutuki Allah,lalu Dia memekakkan mereka dan membutakan pandangan mereka" (surah Muhammad ayat 22-23)

Dari Abi Bakrah r.a dia berkata:Telah bersabda Rasulullah saw: 
"Tidak ada dosa yang lebih berhak Allah segera turunkan akan seksa di dunia dan menyimpan seksa untuknya pula di akhirat iaitu derhaka pada orang tua dan memutuskan silaturrahim."

Dari Abi Hurairah r.a dia berkata :Aku dengar Rasulullah saw bersabda:
"Siapa ingin murah rezeki dan panjang umurnya, ia hendaklah bersilaturrahim"
Wallahu'alam, InsyaAllah..

kuih pemberian Natalea (Sabahan)
walau kita berbeza agama, bond kita sangat kuat.love ya!
In conlusion, saya memang mengahargai persahabatn yang memang wujud tapi tak nampak ikatannya lebih-lebih lagi Batch 084.memang,saya tahu.saya minta maaf tapi sebenarnya memang saya hargai.mungkin saya LDP waktu tu.dan junior.ahaks. "ATT clear dorm sekarang............." sampai jumpa lagi.

Light off, good night.
Salam,majHR 2011.

0 tazkiyah & taujih: