Pages

Sunday, April 17, 2011

bila diri disayangi

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum (semoga Allah memberi keselamatan, kesejahteraan dan kedamaian kepada anda semua)


hari demi hari terus berlalu.di shah alam ini diriku merasakan bahangnya bumi makin meningkat, panasnya semakin melelahkan, membuatkan diri kelemahan. hujan turun sebentar. lebat. mentari muncul kembali. bukannya dia mula mengingkari tapi tanpa disedari manusia sendiri yang menghajati.

"Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan TANGAN manusia; Allah mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar.
 (surah Ar Rum 30:41)
jiwang vs jiwang , UKAYS
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
keagungan kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri


siapa kata blog ni jiwang? ok. turun tangan. tak salah rasanya jika menghayati lirik lagu ni untuk mendekatkan diri kepada Allah.bukankah semua perkara yang dilakukan kita tu seharusnya disalurkan untuk mendapatkan keredhaanNya? kawan saya bertanya, "apa kaitan lagu ni dalam kehidupan kita?"

Alhamdulillah,minggu ni antara minggu berharga buat diri saya.kerana tiada aktiviti weekend, yang seterusnya dapat memberi saya peluang menarik nafas,mencari semula identiti diri dan mengulangkaji pelajaran.dan rehat.ya,manusia normal seperti saya memerlukan rehat yang cukup. Menghadapi hari-hari panas di sini boleh membuatkan diri menjadi gila. kadang-kadang.

Jadi the best way untuk meneutralkan semula nilai kegilaan dalam diri itu dengan muhasabah diri,menitip kekuatan diri. Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah diantaranya yang terbaik perbuatannya." (surah Al Kahf 18:7).
for istance, contohlah saya dilahirkan sebagai anak Bill Gate, waktu itu yang telah masuk Islam, saya gunakan nikmat kekayaan saya hanya untuk Islam. Andai.

salah satu experiment mitosis bagi student AlevelMedicine edexcel .

tapi saya sekarang pelajar pra perubatan tajaan JPA. jadi,perlulah melakukan perbuatan terbaik yang telah Allah jelaskan di atas. semata-mata mencapai segala tujuan hidup berlandaskan alQuran. gunakan nikmat yang diberi Allah tu sebaiknya.contohnya beli past year questions (tips cemerlang Bio Edexcel) sebagai salah satu usaha yg dpat kita bentangkan depan Allah nanti dalam rangka menguasai ilmu fardhu kifayah.


kita usaha kuat kerana kita tak tahu masa hadapan kita. kita bersusah payah kerana kita , sendiri tidak tahu adakah kita dapat ke syurga atau tidak, bahagia atau derita, kaya atau miskin, berjaya atau tidak, nanti. my opponent might say that : "kan Allah dah tentukan kita ni pandai atau bodoh, dah tu kenapa nak susah-susah usaha.kalau usaha pun bodoh jugak" betul tak? tapi, disebabkan Allah dah tentukan lah, kita kena usaha. sebab tu ilmu Allah.hanya Allah yang mengetahui. kita tak pernah tahu apa nasib kita. sebab tulah kita usaha untuk mendapatkan yang sebaiknya.
  
merindui family yang jauh dimata.

bagi menjawab persolan sahabatku:
"Bila ku sedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani" - memang, sebagai student 'masa kini', begitu hebat ujian dan cabaran.namun, Allah Maha Menyayangi dan Mengasihani. dengan sifat Allah ini membuatkan saya teruskuat melangkah, berhadapan dengan kehidupan.yakin. kerana Dia.
"Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku kembali dipandu"- siapa yang tidak pernah haru biru menguruskan kehidupan? ayat cinta daripada Allah "Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram" (surah Ar Ra'd 13:28) 
  

berseluar pendek
Allah s.w.t. berfirman lagi "Dan katakanlah kepada para PEREMPUAN yang BERIMAN, agar menjaga pandangannya.." (surah An Nur 24:31)
lower your gaze, lower your gaze, Husna. hati kerap mengingatkan diri supaya menjatuhkan pandangan. ya, Allah Maha Mengetahui. mengapa Allah tekankan suruhan ini? kerana Dia mengetahui keadaan yang akan terjadi masa kini. manusia lebih suka membuka aurat tanpa segan silu. kadang-kadang jiwa saya meronta, marah, takut. salahkah bersukan dengan menutupi aurat? baru baru ni ade sepasukan pemain bola sepak yang menjalani latihan di padang intec bersebelahan SURAU dengan menayangkan aurat mereka.apa rasa mereka? malu? bangga? susah?


lagi ayat Allah " Katakanlah kepada LAKI-LAKI yang BERIMAN agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka..." (surah An Nur 24:30) wahai Muslimah, saudari seislamku, marilah kita menutup aurat dengan sempurna. practise make perfect.right? at least we try. jangan lah kita menjadi penyebab hati dan jiwa para lelaki yang beriman tercemar dengan perbuatan kita. Ingatlah, setiap tingkah laku kita itu akan dibentangkan di hadapan Allah.nanti. suatu hari. percayalah.

I dream for a day when there’ll be no more misery.
salam, majHR 2011.

jika anda rasa blog ini membantu, sebarkan lah kepada manusia lain juga. insyaAllah. semoga Allah bersama kita.

0 tazkiyah & taujih: