Pages

Friday, September 16, 2011

tahniah dan NAK IKUTTTT!

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirrahim..

(: Lama sudah tidak mengapdet. bukan kerana ku tak sudi, kaseh namun, itulah. betullah kata Imam as-syahid Hassan al-Banna: "Al-wajibaat akthar minal auqat." bermaksud: "tanggungjawab melebihi dari masa yang ada." kan? AllahuAkbar..

Sudah di sem tiga, se sem lagi untuk mengharungi A level. Alhamdulillah.. dan InsyaAllah! Seminggu yang lepas, merupakan antara minggu yang menjadikan diri ini lebih bersemangat. Allah beri banyak sangat nikmat... cuma...manusia tu sendiri yang nak fikir macam mana.. faqihu @ faquhu.. (next time saya explain ye kembar tak seiras ni)

Tanggal 18 Ogos, hati berdebar-debar... Cettt macam saya pulak yg nak dapat result A level.. Begitulah ceritanya, result Alevel Senior diumumkan pada hari tersebut.. Oleh kerana ade juge kenal & rapat dngn senior ni, & pernah stalk kehidupan mereka, hari tu saya usha (tanya) result mereka. MEMANG. Alhamdulillah. mereka rupanya insan yg hebat yang Allah beri peluang untuk bertemu mereka. Cuma tak pernah tidur sebantal lagi. Mungkin kat Manipal nnti? hehe.

Sebenarnya penilaian A level begini.. Setiap subjek menyumbangkan 5 markah jika A. 4 markah jika B, 3 markah jika C, dan seterusnya.. Bagi kami, pelajar tajaan PAMA (rahsia.hehe), perlu melebihi cut off points 12 over 15. Dan tambahan subjek IELTS (mcm MUET kalau dalam negara, kena lepas bands 6.5.. Begitulah kisah dalam akademik kami.. Dan kakaks ni most of them dapat 15, 14, 13. Allahuakbar.. hebatkan? Tahniah. & ada yang dh janji nak tunggu saya di Manipal... insyaAllah kak, saya akan berusaha,berdoa, sungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita kita. (doktor yg bertaqwa). amin.

Semalam kawan-kawan serumah ada yang balik sebab Hari Malaysia kan, jadi amik kesempatan ni nak jumpa family. Tengah duduk-duduk tu, saja capai kamus nurse yang atok pernah beri pada saya dulu masa mula-mula dapat tawaran medicine ni. Atok simpan kamus tu lama sangat. yeye saya dapat kamus atok. (budak-budak). Jadi saya baca, kamus tu haruslah banyak definasi medicine dan yang bestnya, kat page belakang banyak info tambahan.

Contohnya, nama-nama pisau bedah, gunting segala bagai. heeeee. seram sekarang. takpe, nanti lama-lama biasa lah tu. amin. yang paling best nya, ade steps untuk emergency aid treatmeant, shock, poisoning, haemorage (pendarahan), dan patah. Saya baca yang balut guna bandage tu. menarik. mcam2 gaya ada untuk membalut anggota badan. Yela, sbagai seorang pelajar, kenalah rajin nak membaca. Kalau tak mcam mana nak jadi org berilmu. usaha usaha usaha. tapi.. orang kata, no practise, no perfect. saya masih x jumpa volunteer untuk main balut-balut. semua busy nak trial. dalam rumah ni, saya je yg 2 tahun. (: seronok kemain.

Malam tadi, JPKCA (Jawatankuasa Kolej) ade adekan thursday talk. tahu las minute. takpe la. Janji tahu kan. Biasa la, saya ni sering lupa dan alpa.. nasib baik ade kawan-kawan ingatkan. Malam tadi talk pasal palestin. Its nice. Aktivis Palestin tu ade cakap, anak-anak muda kat sana memang hebat-hebat, jiwa rohani mereka kental, comel dan bijak. Most of them are pengahafaz Quran. Apa yang saya lagi teruja, mereka bersifat tenang. Bayangkan, bom jatuh kat rumah jiran, sorg pemuda Palestin still mampu menghantar juadah berbuka kepada aktivis dari Malaysia. Bukanlah buat taktahu, tapi cuba belajar dari sifat tenang tu. Mereka memang tahu akan diserang oleh Yahudi bila-bila masa, mereka memang tahu akan mati.. tapi mati nya dalam keadaan apa..? Mari kita doakan Palestin semakin tabah dan harungi ini sebab suatu hari, ISLAM PASTI MENANG!!

"Where are u Muslim?"

Bangunlah anak bangsa! Bangunlah! Sedar tak kita apa yang sedang terjadi ni..? Ketepikan ideologi politikmu wahai orang atasan yang mmbuatkan kami jauh dari realiti, andai itu yang menyebabkan anak muda menjdi semakin bingung. Kita ada misi yang lebih utama. Bersatulah, mengapa masih ada salah faham, andai matlamatnya SATU? analoginya seperti 2 kereta yang ingin menuju ke Perlis, walaupun melalui jalan yang berlainan, insyaAllah akan sampai juga.

Mari berdoa untuk kesejahteraan ummah. Salam alayk.

0 tazkiyah & taujih: