Pages

Saturday, July 14, 2012

Hati untuk disentuh-MUAR

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum..


Jalan-jalan Muar
Betapa jalan hidup ini terlalu banyak liku, menguji siapa yang paling kuat 'bertahan'.
Terlalu banyak sebenarnya hikmah dalam kehidupan. Pernah dengar tak? 


"Bila manusia sedar akan hakikat penciptaannya, sehinggakan dia akan menyuruh urat dibadannya untuk sujud kepada Allah"

Berbekalkan momentum kesedaran inilah, Haura dan diri saya menyusun langkah untuk 'masuk' ke MRSM Muar, sekolah lama saya. Awalnya, saya hanya bermimpi kosong untuk kembali menemui semula junior yang pernah berada di bawah pemerintahan saya (erk) ketika saya menjadi Dorm Captain mereka. Uh, banyak sangat perkara yang terjadi antara kita. Ketika mula-mula bermimpi kosong itu, saya membayangkan seperti program 'angkasawan pulang ke gagang', ah sungguh perasan, sedangkan baru habis ALevel :) Namun saya pinjam semangat Sheikh, as well kami dari sekolah yang sama dan akan ke India juga. 

Tamat sudah medan amal ku di Intec. Next???

Ok, saya sedar, bahawa. Kejayaan itu adalah apabila segala mimpi kosong itu diterjemah kepada action! Selagi mana, mimpi itu adalah dalam lingkungan menjadi abid dan sebagai khalifah. Haura sangat supportive, Haura sangat supportive, Haura sangat supportive. Hari itu, sekali lagi saya cuba untuk menghubungi Ustazah Zaleha, untuk membincangkan tentang plan ni, dan memang terkejut juga sebab dapat tahu, rupanya ustazah baru sahaja pindah. Waktu tu, mulalah rasa, emmm macam tak boleh je jadi Action.

So, bila muhasabah balik, rupanya, masih ada ruang dan peluang untuk 'masuk' ke sana. kikiki. Mulalah, mengklik-klik sebanyak nama di chatbox untuk menanyakan contact number ustaz fauzi. Alhamdulillah, semua takda simpan no ustaz. Hm, nasib baik, sebenrnya, kalau ada pun, macam mana nk contact, takkan nak kol? oh, sangat malu. Nak mesej? takut tak sampai apa hajatnya.

Jadi, last-last, (entah tiba-tiba dapat satu keberanian), minta pd Aishah, salah seorang junior.Minta nombor telefon Ms Noer. Walau waktu tu,terketar-ketar tangan den, (almaklumlah saya ni takut dengan beliau sebenarnya). Then, all settled. Ms Noer taklah garang macam saya sangka sebelum ni. Hehe. Mesej terakhir cikgu noer, beliau tanya, "betul awak nak guna LCD?" :)

packed :D
Alhamdulillah, hari yang dirancang sudah tiba. Malamnya, kami berbincang untuk kali terakhir, dan gembiranya, masing-masing dapat membentangkan kertas kerja masing. (Saya terlalu perfectionist, ohho). Entah kenapa saya terlalu suka kerja yang teratur dan skema. Mungkin ramai yang makan hati, lebih-lebih lagi anggota Haura sndiri. Tegurlah saya ya :') Alhamdulillah, malam itu tidur dengan lena. Terima kasih buat keluarga Syakila kerana, sudi menjadi tuan rumah untuk Jaulah Haura kali ini. Apreciate sangat2, walau macam-macam yang terjadi within that time. Jazakumullahu khairan khatira, Allah sahaja yang dapat membalasnya, semoga Allah melimpahkan barakah atas keluarga kamu..

Tepat 9 pagi, program bermula dengan 3 sesi utama, dan beberapa sesi senaman ringkas untuk tak bgi ngantuk pelajar mrsm muar. Rupanya, before tu, mereka dah kena gotong royong. Hehe. Effectnya, bukan menjadi lebih segar, tapi menjadi lebih penat. Kan? Pengisian pada saya yang sangat baik, dari ukht Masyi dan Syakirah. Saya juga bagi. Setiap sesi lain-lain tajuk.Sebenarnya, inilah kali pertama kami memberi/bercakap dihadapan adik-adik yang ingin disentuh hatinya. Walaupun pada sesi halaqoh, ada adik dari kumpulan Ukht Aqilah menyatakan, "jujurnya, saya bosan".

Dari sudut negatif, ayat itu memang negatif, dan berjaya menjatuhkan semangat sesiapa sahaja yang mendengarnya, sebenarnya. Tapi mengapa negatif yang dipilih, mengapa tidak mahu berfikir yang positifnya? 

Allah!

Positif, husnu dzon. Sangat payah bagi kebanyak orang termasuk diri sendiri. Kenapa? Sebab pengalaman mengajar kita begitu. Uish. ini sesuatu yang harus diubati. Persepsi pertama saya, apabila seorang katakan begitu, saya merasakan semua adik katakan begitu. Sedangkan tidak! Ini, hanyalah satu titik yang Allah letak didepan mata, supaya kita mengambil natijah daripada apa yang berlaku dan terus memperbaiki diri, jauhi dosa dan segala yang Allah larang. Bukan takabur dengan alat yang ada, lantas melupakan Dia sebagai PIHAK BERKUASA yang mampu membuka hati semua orang. Astaghfirullah. Memang banyak yang hendak dimuhasabahkan.


"Allah tu adil kan? Sebab Allah pandang usaha, bukan keputusan. Kalau Allah pandang keputusan, ramai manusia tidak akan hidup dalam kepuasan."

Hidup ini, ada naik turunnya, dan yang paling penting, jaulah ke Muar kali ini, banyak sangat penglaman. Terima kasih ya Allah kerana Kau mengajar Kami banyak skill baru, dan cara terbaik untuk mendekati masyrakat. Kami para daie yang sentiasa mendambakan petunjukMu. Sama ada, nak ambil pengajaran untuk terus meningkatkan iman, atau sebagai alasan menjauhi jalan ini.. Pengisiannya insyaAllah akan diterjemahkan dalam post akan datang... Ektuali, teringat time muda-mua dula, jadi panel untuk Forum Kecemerlangan Pelajar di sebuah sekolah di Kota Tinggi. 

Kenangan untuk 'masuk' dalam masyarakat
Sambung sikit yang kat mrsm tu, petang tu, kami adakan ISK, ini sejarah kita untuk beberapa orang adik. InsyaAllah, Haura punya aim, dapat buka empayar di sana. Kak KK kata, ada kakak akan jadi naqibah mereka. InsyaAllah, permulaan yang baik :)

Alhamdulillah.
Salam.
hauraffna.
Kota Tinggi, Johor.

0 tazkiyah & taujih: