Pages

Monday, November 5, 2012

isoenzyme, dan kau akan tahu kepentinganmu

Bismillah..
Hmm, saya bertanya pada seorang sahabat...
"Sahabat, xberat ke tajuk dakwah tu dalam post yg lepas?"
"Eh xlah. Saya pun ke arah itu."

Masya Allah.
Semoga Allah meredhai atas setiap alasan dan setiap lintasan hati.
Semoga Allah terus beri kekuatan dan keberanian untuk melangkah.
Kerana di setiap langkah itu, Allah bukan ada kadang-kadang. Tapi sepanjang masa.
Di sisi kita.


'Audzubillahiminassyaitannirrajim.

ISOENZYME.

Apa yang menariknya tentang isoenzyme ini, sehingga ia menjadi sangat-sangat terkait rapat dengan keberadaan kita di dunia nyata ini.

Kita ni sedang berada di dunia nyata rupanya. Tapi kadang-kadang waktu yang berlalu di alam 'student' ini seakan berada di dunia maya. Terapung apung, terumbang ambing. Ye tak?

Hmm kita teruskan,
Isoenzyme is a multiple forms of an enzyme having DIFFERENT physical properties but catalysing the SAME reaction.
Its DIFFER slightly in primary structure and in properties of Km and Vmax. 
*Km sebenarnya ialah satu constant yg digunakan bagi membezakan 'affinity' bg sesuatu molekul. Huraiannya mudah. High Km - low affinity. Low Km - high affinity. Affinity ni pula ialah tendency untuk attract dengan sesuatu tu. Kalau high affinity, tendecy dia nk melekat dengan sesuatu tu tinggi... (dia suka benda tu).




Takpe, bukan nak membahas tentang Km, Vmax, etc etc.
Sangat nak menekankan bahawa enzyme-enzyme ni ada different physical properties, tapi nak catalysing reaction yang sama.

Contohnya, 
Lactase DeHydrogenase. LDH ni ada 5 isoenzymes.


Dan setiap isoenzyme ni, mempunya tujuan atau function yang sama, iaitu catalyse kan reaction pyruvate kepada lactate. TUJUAN yang sama. The same REACTION.

InsyaAllah.
Saya akan cuba menerangkan tentang hakikat kehidupan kita di alam nyata ini. Setiap manusia pastinya mempunyai karakteristik, kemampuan fizikal, kemampuan akal yang tersendiri. 

Dan keunikan yang ada pada diri sendiri itu kebiasaannya akan melahirkan insan yang sangat kreatif dalam menghadapi kehidupan. Perbezaan-perbezaan ini juga perlu disedari bahawa ianya datang dari Tuhan yang menciptakan. Hanya Dia yang tahu kemampuan kita di tahap yang mana dan tempat yang sepatutnya kita berada.

"Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia".

Jadi pada waktu sekarang ni, dimana pun keberadaan kita dimuka bumi, dengan sifat apapun yang kita miliki, kita perlu sedar bahawa setiap pergerakan kita pula harus didasari dengan tujuan utama penciptaan. (the same reaction by isoenzmes).

Kita tengok ye, kenapa enzyme ini boleh disatukan dibawah satu kumpulan yang dinamakan 'Lactase Dehydrogenase'? Walaupun mempunya penstrukturan yang berbeza?

Masing-masing ada 'perangai' masing-masing. Tapi, kita tahu, enzyme ni mampu untuk menjalankan tugasannya as an enzyme untuk 'catalyst' reaction dr pyruvate kepada lactate. Betul tak?

Begitu juga manusia. Allah mengumpulkan manusia, dalam satu kumpulan yang dinamakan khalifah, sebab Allah tahu, hanya kita yang mampu memakmurkan bumi ini, hanya kita yang mampu menegakkan kalimat Tuhan. Takkan nak harapkan lembu, kucing, ayam, pokok, angin, etc etc. Somehow, benda-benda lain yang diciptakan ini pula, diciptakan untuk kita sebenarnya. Memudahkan jalan bagi menjadi khalifah itu sendiri.


"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan KHALIFAH di bumi." (Al Quran Surah Al Baqarah 2:30)

"Aku tidak menciptakan jin dan MANUSIA melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." (Al Quran Surah Az Dzariyat 51:56)

Sudah terang lagi bersuluh.

Manusia yang dikurniakan akal, adakah tahap fikirannya sama sahaja seperti penciptaan lain, di mana enzyme yang kadang-kadang tak nampak pun keberadaannya di muka bumi ini, tapi patuh sahaja kepada suruhan Allah. Kita?

Wallahualam.. 
051112
husnarosleli.

0 tazkiyah & taujih: