Pages

Saturday, November 10, 2012

Sunatullah dan Graph (Michaelis Menten)

Bismillah Bismillah.
Semoga Allah memberi ketenangan kepada setiap pencintaNya,
dan mengukuhkan tahap keimanan yang sentiasa yazid wa yankuz. (Naik dan turun).


Bertitik tolak dari ASK ISK (ini sejarah kita), program yang membuka mataku kembali setelah sekian lama tidak merasai kesentapan dada apabila datang ke program.

Nak mula dengan mana dahulu? Graph Biochem @ Graph ISK? 
Masing-masing boleh pilih. Kalau nak yang biochem, teruskan baca disini, kalau nak ISK dulu, boleh jump ke bawah. InsyaAllah.

Kalau kita tengoklah, dari sekolah rendah kita dah start belajar graf graf semua ni kan? Contohnya, effect of light on the rate of photosynthesis. Semudah itu. Kalau ikutkan, terlalu banyak graf yang kita dah jumpa. Betul kan? Tak dapat disangkal lagi sebab, graf sangat sesuai digunakan lebih-lebih lagi untuk me....maparkan (show) overall reaction tersebut. (itu yang saya pasti. kalian?)

Jadi, saya ambil contoh yang mudah, iaitu graf 'effect of subtrate concentration on enzyme activity'. Di level ini, graf ini dikenali sebagai 3M, Mr Michaelis Menten. Nampak hensem disitu. Graf ni dikenali sebagai graf Michalis Menten kinetics sebenarnya.

Graf ni menunjukkan bentuk hiperbolic, dan sangat common. Saya pasti, semua orang pasti tahu. Kalau subtrate concentration is very low, all the reactive sites are not occupied. So, as subtrate concentration bertambah, the velocity of the reaction akan bertambah, in directly proportional manner. Ye tak?
Michaelis Menten Kinetics Graph

Tapi, bila subtrate concentration is very high, semua active sites di occupied atau fully loaded with substrate. The enzyme are fully saturated. So, velocity time ni adalah maximum. So, further increase, will not alter the velocity. Wahhah.

Macam tulah, hakikatnya. Dan saya sangat-sangat amat yakin, apabila bertanya, apakah optimum temperature untuk enzyme act the best?? Pastinya semua menjerit 37 degree celcius. Sebab itu common dan tak berubah sejak form 4 kita study, kan?

Begitulah hakikat yang sebenarnya. Contoh lain lagi yang tak melibatkan graf, hmm, takat didih air berapa? 100 degree celcius kan? Sunatullah ini, ketetapan hukum ini, law of nature ini, tidak akan pernah berubah, sepanjang zaman. Terlalu banyak hukum sains yang menekankan tentang law of nature.

Mari kita tadabbur dahulu........

"Demikianlah hukum Allah (sunnatAllah) yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tidak akan menemukan perubahan pada hukum Allah itu."  (Surah Al Fath 48:23)

Apa yang kita rasa..??

Di saat kita merasakan, kita ini macam takde kaitan dengan hukum alam, percayalah, Allah tidak menciptakan segalanya dengan sia-sia. Di saat kita sedang sibuk lalai menelaah grapf Mr Michaelis Menten ini, sebenarnya ada BENDA lebih BESAR yang mahu Allah sampaikan. 

Renungkan..

Kalau kita lihat semula kepada sejarah Islam ye, ia sendiri mempunya sebuah graf yang memang tidak di ajar di mana-mana kelas universiti kerana grafnya sangat haybat dan...................... melahirkan perubahan yang besar bagi satu ummat. Hebat!

Graf yang melibatkan diri kita sebenarnya. Graf yang dikaji tentang peradaban hidup manusia. Graf yang bukan sekadar untuk enzyme, scientific reaction mahupun fizik, tapi graf tentang MANUSIA. kita lah kan?

MasyaAllah, saya selalu terfikir,adakah kita ni telah kehilangan 'something' dalam diri kita. Kita 'lost' dalam dunia kita. Tapi sebenarnya, kita ni benar-benar lalai rupanya. Kita terlupa akan tujuan hidup kita, kita cuba tidak mengikut graf kehidupan kita, so, terlahir banyak JIWA-JIWA yang sakit. Sakit yang bukan sementara, tapi dah berkembang menjadi kanser, barah. Ubatnya ada. Tapi, kita sendiri memilih tidak mahu mengambilnya. Kita sombong!

Tak berapa jelas. Harap dapat mencari.

Kita rasa tak? kadang-kadang kita ni macam robot, hidup untuk terus hidup, mencari-cari tujuan hidup, mencari makna kehidupan, letih bekerja tanpa matlamat dan kejelasan yang benar. Tidak berpaksi pada Tuhannya yang menciptakannya. Hidup untuk mencukupkan cycle kehidupan. Penat dan kemudian meninggalkan alam dunia ini. Nauzubillah. Mari sama-sama kita cari semula kehidupan kita. 'Kehidupan'. Sinar yang memberi kehidupan. Bernafas bukan menggunakan oxygen. 

MasyaAllah, teruskan percaya bahawa ada 'semothing' yang kita telah terlupa, terus mencari, mencari dan mencari. Yakin, seyakin kita bahawa optimum temperature bagi enzyme ialah 37 degree celcius! Amin.

haah, tak masuk part ISK pun. Boleh baca disini Ini Sejarah Kita 1 , Ini Sejarah Kita 2 .

0 tazkiyah & taujih: