Pages

Monday, February 28, 2011

Selamat Pengantin Baru 1 - pasangan Bizi dan Gizi

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t , ya habibi ya maulana !


Ya,pertama sekali Tahniah kepada pasangan Bizi dan Gizi yang akan bernikah 1 Mac ini.Untuk pengetahuan, mereka telah pun bertunang pd 27 Februari yang lalu. Saya harap mereka dapat bersatu hati dan memberikan kesan yg baik kepada masyarakat lebih-lebih lagi kepada saya.Malah mengahsilkan produk yang mapan.Ceh.Jom, mesti tak sabar nak melihat gambar kebahagian pasangan tersebut. saya juga begitu teruja. Maaf, andai costume mereka nampak buruk. 


Mungkin pertama kali mereka mengambil gambar bersama-sama. How sweet.Mungkin pernah sebelum ni mereka digandingkan bersama,tetapi siapa sangka, akhirnya mereka bersama juga.Kepada En Bizi, saya harap awak dapat menjaga Pn Gizi dengan sebaiknya. Dia lah sumber kekuatan dan ingatlah dia setiap masa dan ketika. Dialah pasangan yang dicipta Tuhan untukmu.Kepada Pn Gizi, kita dah berkenalan sekian lama. Harap awak redha dan gembira selalu.
dairy product - kalsium,vitamin B12, B2 ,A dan D.

isotonic drink - energise your day

kismis, homeopati, vitamin C, beta carotene

sepupu dairy product. diambil waktu sarapan

test yang selalu wujud dlm diri student secara tiba-tiba

jadual yang pandat-sendat-mampat. masa perlu dimanage sebaiknya
Sebenarnya, makanan dan kesihatan amat berkait rapat dalam kehidupan seseorang manusia. Apabila seseorang manusia itu bijak dalam manjaga pemakanannya, badan mereka akan sentiasa cergas dan aktif berbanding dengan seorang yang hentam kromo dalam penjagaan diet/pemakanan mereka. Lebih-lebih lagi bagi seorang student.Kualiti amat ditekankan dalam pengambilan makanan berbanding kuantiti.Berkaitan pula dengan aktiviti harian (En Bizi), memang ade correlation untuk dua variable ini. Nampaknya, En Bizi dan Pn Gizi memang seperti telah lama dijhodohkan. ya tak? Pn Gizi memang banyak mempengaruhi perestasi En Bizi. Malah yang lebih penting, untuk melaksanakan ibadat kepada Allah. Sebab itulah, Allah ciptakan Pn Gizi. so sweet -.-

Allah s.w.t. telah berfirman di dalam Kitab Suci Al Quran yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman,makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah apabila benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah." (surah Al-Baqarah ayat 172)
Imam Qurtubi mantafsirkan 'rezeki yang baik-baik' sebagai makanan yang bermanfaat daripada segala sudut.


Contoh yang paling baik untuk dijadikan teladan dalam penjagaan makanan tentunya Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.Banyak sunah Baginda yang jika diamalkan pada hari ini dapat melahirkan generasi yang berdaya saing dan sihat. Lebih-lebih lagi apabila amalan-amalan dalam pengambilan makanan Baginda dibuktikan kebenarannya melalui kajian-kajian saintifik yang dijalankan.He's the one.The chosen one.


Seterusnya,berhubung dengan kepentingan air, Ibn Qayyim al Jauziyah berkata,"Air bersih yang segar bermanfaat bagi mereka yang sihat dan yang sakit.Air terhimpun padanya kebersihan,kesejukan yang asli dan kemanisan, bermanfaat bagi tubuh badan dan cara yang penting bagi memelihara kesihatan.Oleh itu,Nabi Muhammad suka meminum air yang dicampuri dengan madu lebah."


tips menjaga kulit : madu lebah dapat digunakan bagi mengeluarkan alpha hydroxy acids (AHA) yang berfungsi meningkatkan kadar pertumbuhan sel-sel baru. madu lebah juga menambah tenaga. sangat sesuai kepada ahli-ahli sukan seperti hehe, sukanlah. takkan tak tahu.Ayat-ayat cinta dari Allah tentang lebah ni kan, dalam surah An-Nahl ayat 69 : "Keluar daripada perut lebah minuman (madu) yang pelbagai warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia.Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi yang berfikir." 


mengasingkan sayur ketika makan adalah amalan yg tak patut dicontohi

sanggup mintak pakcik kedai buat paprik ayam tanpa sayur, murah sikit. 
tiba satu part yang buat saya gerun sebentar. SAYUR. emmm.memang tak dinafikan pengambilan sayuran dan buahan amat penting dalam diet/pemakanan.kalau tak, memang mudah diserang penyakit dan lembik serta lemau macam seseorang tu.ok lepas ni, saya try makan. try. tapi saya makan je sayur bendi, kacang panjang, kobis, kangkung, lobak putih. lagi-lagi ayah masak.kalau ayah masak saya makan sebab sedap.tapi sejak dah migrasi ke SA ni,sayur telah diabaikan dan jadilah seperti yang dijelaskn diatas.


Harap-harap ikatan yang tercipta antara En Bizi dan Pn Gizi terus kekal dipelihara. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya. Sayangi perut anda setiap hari, vitagen.Mulakan setiap kali hendak makan dengan Bismillah dan sudahi dengan Alhamdulillah. :)


Bulan Mac 2011 ni nampaknya berlipat ganda kesibukannya lantas masa perlu dibahagi sama rata dan seia sekata.semoga aku mendapat keredhaan dari Allah, semoga Allah memudahkannya bagiku.Amin. Bismillahitawakkaltu 'Alallah. Bulan 3 juga terdapat dua majlis penting - perkahwinan sepupu dan pertunangan senior. Barakallahiwalakum. dan..... Selamat Hari Lahir kepada Suryana Binti Md Yasin. 8 Mac 1993.


spaciba balshoi, good luckkkk ! 
salam, majHR 2011

0 tazkiyah & taujih: