Pages

Saturday, March 5, 2011

durante el día (Nur Dhuha)

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

"meski ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadaMu, namun cinta dalam jiwa, hanyalah padaMu"
orang yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid antara 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah
 pada hari di mana tiada naungan selain daripada Allah sendiri.
(Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Pagi Isnin itu, seperti biasa selepas kelas kimia jam 9.50 pagi, kelihatan ramai student yang berpusu-pusu menuju ke ALM cafe. Ada yang bergelak ketawa dan ada pula yang masih menumpukan sepenuh perhatian pada buku rujukan mereka. Saya mula mengatur langkah,membisikkan sesuatu kepada RD, "jom...". RD seakan memahami dan segera mengemas alat tulis lantas mengikut jejak saya di belakang..

Saya mula menutur bicara.. "nak tahu tak? ramai orang tahu masa itu berharga macam emas, tapi jarang manusia tahu cara nak menjaganya." RD mengangguk tanda faham sambil mengukir senyuman kerana dia jelas seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap. Sepanjang perjalan ke 'white house' intec, kami melihat beberapa student lain turut berjalan dengan pantas kerana rata-rata mereka juga seperti kami berdua, hanya mempunyai masa lebih kurang 15 minit sahaja untuk menunaikan Solat Sunat Dhuha sebelum kelas seterusnya bermula pada jam 10.10 pagi.

Ayat perucapan Baginda Nabi Muhammad s.a.w menyapa di telinga:
"Barang siapa yang dapat mengerjakan Solat Dhuha dengan kekal terus menerus, akan di ampuni dosanya oleh Allah sekali pun dosa itu seluas lautan" (Hadis riwayat At-Tarmizi)

Usai berwuduk,kami terus mendirikan solat tanpa berlengah lagi. Salam diucap penutup solat, tangan ditadah memanjat doa dan mengharapkan rahmat Allah. Alhamdulillah. Selesai sudah ibadat sunat dimana Allah sendiri telah berjanji untuk meluaskan pintu rezeki dan menolak kefakiran hambanya yang mendirikan solat sunat Dhuha. Kami bergegas kembali ke kelas dengan senyuman yang menguntum kerana dada terasa lapang dan jiwa menjadi tenang.

Daripada Abi Hurairah r.a katanya: "Kekasihku Rasulullah s.a.w telah berwasiat kepada ku tiga perkara: iaitu berpuasa tiga hari setiap bulan, mengerjakan dua rakaat Solat Dhuha dan mengerjakan witir sebelum tidur." (Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Daripada Nuwas bin Sam'am bahawa Rasulullah s.aw. bersabda yang bermaksud: Allah Azza Wajalla berfirman, "Wahai Anak Adam, jangan sesekali engkau malas mengerjakan solat sebanyak empat rakaat pada permulaan siang (Dhuha), kelak Aku akan cukupkan keperluanmu pada waktu petangnya." (Hadis riwayat Hakim dan Thabrani) :)

Nur Dhuha
Waktu solat Dhuha adalah bermula dari 15 minit setelah terbit matahari sehingga sebelum masuk waktu zuhur. Bilangan solat Dhuha adalah sekurang-kurangnya dua rakaat,paling banyak lapan rakaat, ada pendapat mengatakan tiada had bagi bilangan yang paling banyak.InsyaAllah.

Kebanyakan dari kita merasakan bahawa 15minit gap antara kelas itu lebih penting digunakan untuk berborak-borak , bergosip tentang Fahrin Ahmad, ataupun 'take a nap'. Mungkin surau jauh kott. Mungkin susah nak wuduk kott, hilang make up. ye tak? Dulu saya rasa macam tu jugak.Tapi bila kebaikan yang di dapati melebihi dari kesusahan yang sengaja dicari-cari, saya lebih rela menghayun kaki ke surau. Memang tak dinafikan ada yang bersungguh-sungguh tak kira laki mahupun prempuan,menuju ke surau time gap kelas,saya rasa macam wahhhhhhhhhhhh so sweet >.< cuba try practisekan bagi sesiapa yang mahu rasa keajaiban kasih sayang Tuhan.

Rahmat Tuhan pada penciptaanNya juga
Antara cebisan doa solat sunat Dhuha yang diajar kepada saya ialah "..dan jadikanlah tanganku di atas untuk menjadi pemberi dan janganlah jadikan ia di bawah untuk meminta-minta.." -Erti hidup pada memberi-

Semalam hari Jumaat, sir Manoharan, sir bio saya ada mengingatkan "all of you should eat when hungry". Dalam Melayunya bermaksud "makan apabila lapar". Jika disambung "berhenti sebelum kenyang", perfectlah anjuran amalan daripada Nabi. “Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang.” (Hadis Abu Daud) walaupun sanadnya lemah.Yang baik itu kita amalkan ilmunya.Wallahualam.

memang seronok untuk dinikmati.tapi sekali sekala ya.
Tolong kawal pemakanan dan pengambilan gula dalam diet anda :) waktu muda, memang tak rasa semuanya. Bila tua, bila kaki dah nak kena potong, baru rasa nyesal. Jangan jangan jangan macam tu ya. Saya tahu anda semua ikhlas nak bagi bakal-bakal doktor peluang pekerjaan, tapi jangan korbankan diri anda. Saya tak sanggup. Kadar gula yang tinggi dalam darah apabila tidak digunakan akan ditukarkan menjadi lemak (fat). Kadang-kadang, fat ini tersumbat di salur darah dan membuat tekanan darah semakin tinggi. Akhirnya membawa kepada penyakit seperti high blooooood pressure, artereosclerosis, angina pelvis, myocardial infarction(sakit jantung) dan lumpuh juga boleh. mencegah lebih baik dari mengubati. sakit tau kena potong kaki -.-"

No llores, no pierdas la fe
La sed la calma el que haze
Agua de la arena
Y tu que te levantas con orgullo entre las piedras
Haz hecho mares de este polvo
-try not to cry,sami yusuf.

prendre soin, InsyaAllah.
salam, majHR 2011.

3 tazkiyah & taujih:

Atie iskandar said...

so sweet dear... bnyk akk dpt pgjrn dri ape yg husna tulis nie... thanx coz share cerita k... =)

danial said...

cm prnh tgok je tmpt tu...
nk prg....
gmbr last sdap ye....
lpar r....

masitah omar said...

salam,husna..akhirnya dpt jumpe jgk blog orng di ats sye ni..hehe...hmm,alhamdulillah rmai yang sedar nikmat ye solat dhuha..menenagkan jiwa selepas melaksanakannya...