Pages

Wednesday, May 30, 2012

i love you so

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Masya 'Allah. 

 "Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"                                                  -Hassan al-Basri-


Peluang masa yang Allah bagi untuk update ini, suatu nikmat. 


Dirumah, macam-macam perasaan muncul. Sebagai seorang yang baru bertatih di tadika D&T, (taska barangkali), saya merasakan, ah! kolotnya dunia ini tanpa agama, kolotnya dunia ini, tanpa perasaan rabbani, kolotnya dunia ini, ibarat jasad tanpa roh. Memetik kata dari muqoddimah fizilail Quran, "Mengapa manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk, di tahap yang amat rendah dan di dalam gelap gelita kesesatan yang menghitam itu, sedangkan mereka mempunyai padang-padang yang bersih, tempat-tempat yang tinggi dan cahaya yang terang benderang?"


Sungguh, saya sekalipun tidak layak untuk menongkah arus. Sekalipun diri saya ini bukan lah agen perubah yang macam doraemon, mampu memperoleh apa-apa dalam sekelip mata. Saya mahukan Islam berdiri semula. Kenapa? Wahhah! Ruginya kita kalau tak tahu, yang Islam tu lah satu-satunya agama yang best sangat (sebab memang Islam tu fitrah manusia) untuk dipraktikkan.


berusaha juak untuk jadi doraemon. i mean, agen perubah!
Wah! Saya ada adik. Saya sayang sangat dengan adik saya. Perasaan apa kah ini. Dia lahir di zaman 20-an. Dia membesar ketika Islam sedang runtuh menjunam. Dia mengenal Islam yang compang camping. Dia mengetahui Islam dalam gambaran agama yang tercemar. Dia memikirkan Islam itu agama menyusahlan. Ah! Sungguh saya terasa. Kerana saya pernah melalui usianya tika ini. Saya tak pernah berfikir tujuan hidup waktu dulu. Mungkin saya hidup untuk cantik-cantik, hepi hepi, makan dengan banyak, bahagia, gembira, ikut fesyen haptudet, belajar stert 200A, dan semua kebahagian yang (so called) Barat buat. Ah!


Sungguh, yang mencipta-cipta kesusahan itu, manusia sendiri. Allah uji dengan melahirkan kita di zaman ini tapi memang tak boleh nak salahkan manusia itu sendiri sebab kadang-kadang kita sendiri tak sedar pun yang kita 101% setiap hari diprogramkan oleh anasir luar bahawa hidup di dunia adalah segalanya. :(


"Dan kehidupan dunia ini, hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui"                                                             (surah Al Ankabut 29:64)

Ya! Ustazah Kursiah (lecturer Islamic Studies saya) selalu mengingatkan kita hidup ini, di atas pilihan. Kita yang membuat pilihan terhadap masa depan kita. Kita yang membuat pilihan. Dan kadangkala televisyen (yang memberi impak negatif kepada tumbesaran generasi baru ini), kita yang invite masuk dalam rumah sendiri. Kadang-kadang kita tak menyedarinya. Saya pun lahir dari keluarga yang 'tidak sedar'. Saya melaluinya. Saya cuba memahaminya. Tolong kami ya Allah keluar dari jahiliyah (al hawa) ini! 


:'( bantu kami ya Allah. bebaskan kami dari 'paya yang busuk' ini.

Dan sangat sedihlah bagi mereka yang menyangka manusia yang mengikuti arahan Tuhannya ini, ibarat burung, yang terkurung di dalam sangkar. (no freedom). Tapi yang menjadikan nafsu sebagai Tuhannyalah sebanarnya memberatkan diri dengan bebanan jahiliyah (al Hawa). "Sudahkah engkau (Muhammad) melihat orang yang menjadikan keinginannya sebagai Tuhannya, apakah engkau akan menjadi pelindungnya? atau apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka hanyalah seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat jalannya." (al Furqan 25:43-44)


Sangat sedih kalau adik-adik saya (termasuk saya sendiri) tidak berjaya menjadi hamba Allah dan khalifahNya seperti yang diamahkan Allah :( sincerely, love them lillah. 


I LOVE YOU SO, ALLAH. HEAR US. LEAD US.



I pray to God, My heart, soul, and body, Every single day of my life 
With every breath I solemnly promise, To try to live my life for you 
O Allah, You did revive my soul, and shone Your light into my heart 
So pleasing You is now my only goal, Oh I love You so. 
Now I know how it’s like, To have a precious love in my life 
Now I know how it feels, To finally be at peace inside 
I wish that everybody knew, How amazing it feels to love You 
I wish that everyone could see, How Your love has set me free 
Set me free and made me strong. 
O Allah, I'm forever grateful to You. 
Whatever I say could never be enough 
You gave me strength to overcome my uncertainties 
And stand firm against all the odds 
You are the one who did revive my soul,You shone Your light into my heart 
So pleasing You is now my only goal, Oh I love You so. 
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for You. 
And I swear that I will never put anyone or anything before You 
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for You.



Akh Maher Zain lyrics.

Salam.
hauraffna.
Kota Tinggi.

0 tazkiyah & taujih: