Pages

Tuesday, May 29, 2012

inner peace,inner passion,inertia.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Alhamdulillah bersyukur sangat pada Allah, malam tadi, sampai juga ke Kolej Akasia. Struggle berjalan sampai sesat. Salah peta di minda, salah langkah dan semua serba serbi salah. Hihi. Memang itulah yang dikatakan tarbiyah. Perjalanan pulang dari daurah. Tapi suasana didalam KTM tenang. Sebelum melangkah kaki ke KTM UKM, hati terus berdetak "Memang Allah Maha Berkuasa". tett rahsia. hehe. Sebab hari ni, bukan nak cakap pasai itu sangat pun. Ni muqoddimah je :) Supaya rilex-rilex siket. Hari ini nk bincang pasal inertia? (hewww).


Ain. Anak sepupu yang sangat tembam.

Inertia ini apa?


"Fiza, may i ask you something? something about physics."
"Sure."
"Tell me about inertia"
"ehm, inertia is the state which an object at rest stays at rest and object in motion stays in motion with the same velocity and in the same direction unless acted upon by an external forces."
"........got it, jazakillah" (perbualan sepanjang perjalanan pulang dari daurah)


Alhamdulillah, perjalanan pulang dari daurah itu, walaupun kami tersesat,kami gembira sebab dapat mendalami sesuatu ilmu baru dari pelajar ALevel yang mengambil fizik. Mantap mereka. Bagi preparation yang akan ke Ireland, mereka dikehendaki mengambil subjek fizik, manakala pelajar yang akan ke India mengambil subjek matematik. Alhamdulillah, Allah bagi yang terbaik sesuai kemampuan kita.


So, banyak yang saya terfikir dari satu konsep yang (so-called) barat cipta. INERTIA. 
Apa kaitannya dalam hidup kita? Ahah, bersyukur sangat-sangat sebab Allah bagi peluang untuk mempelajarinya ketika di MRSM Muar dulu. 


Saya melihat apabila kita didalam keadaan pegun(statik), kita memang tidak akan ada tendency untuk move forward. Dan apabila dah statik, kita menjadi busuk dan tak berguna rupanya. Ah, banyak sungguh kelebihan dan potensi dalam diri kita tidak dapat digunakan. Ah, bazir sungguh penciptaan kita jika kita hanya dicipta untuk sekadar berstatik sahaja. 


whatever it is, we should make a decision, which direction are you?

Kita perlu external forces


Hah, ofkos la kalau dalam exam, biarlah soalan inertia itu, tidak payah ada external forces. Sebab memanjangkan jalan kira. hehe. Tapi, secara realitinya, external forces itulah menggerakkan dakwah dan tarbiyah seseorang. hoyeh! Bersyukur kepada Allah sebab Dialah external force yang paling utama. Dialah reason terbesar untuk bergerak. 


Dalam kehidupan seharian, Allah juga meletakkan seorang murabbi osem.push kita, bagi semangat kat kita, tolak-tolak kita so kita akan move forward, dan akhirnya, membantu kita untuk all out dan menjadi someone. Someone di mata Allah (mata berair)


Kadangkala, kita juga menyangka bahawa, environmental lah segalanya. Jadi, jika tiada biaah solehah, kita akan tinggalkan usrah? Jika tiada murabbi osem, kita akan jadi kanak kanak ribena semula? sudah pasti tidak. Sampai bila nak meng faktorkan environment dalam hidup kita. Look! Kita someone di mata Allah. Kita duta Islam. Kita adalah someone. 


Bergeraklah, pon pon pon!


"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan atau rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di Jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surau At Taubah 9:41)

Sesungguhnya, apa yang saya tahu, segalanya bermula tolakan dari dalam juga.... inner passion.. Kita nak jadi someone to Allah... Kita nak cinta dan pelukan kasih sayang Allah.. Kita nak Allah.... Dari dalam hati ini, akan terlahirlah amal-amal yang menggerakkan... insyaAllah.. Dorongan dari Allah sangat kuat.. Allah pemberi semengat dan pemujuk dikala susah dan senang (siapalah kita yang hendak meminta sebegitu rupa)... 

Inner peace... Sesungguhnya ketenangan itu datang dari Allah... Bagi sesiapa yang berjalan menuju syurganya, dan bagi sesiapa yang mengamalkan Islam sepenuhnya... Ya! sungguh biasa kita lewati hari-hari kita dengan something yang mengelabui/mengkaburi pegangan kita. Kita melihat orang yang tidak beragama jauh lebih bahagia dalaman. Benarkah?? Sesungguhnya saya berpegang pada jawapan TIDAK. Bersyukurlah walaupun kita dilahirkan dalam Islam secara tidak sengaja (islam warisan), namun, kita masih ada masa untuk berusaha menjadikan Islam sebagai Ad Din (cara hidup keseluruhannya). Nampak berat? TIDAK. its need step, begin the step. mula dari bawah jom! 


"Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan
yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh teilnga,
dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia" - Rasulullah. 

Bersyukur kepada Allah kerana dapat juga menaip blog dikala cuti :) ada lebih kurang 2 minggu lagi cuti untuk menyambung perjuangan final examination A2. Amin, semoga Allah permudahkan. Dan bulan 6 juga, ramai mahasiswa dan mahasiswi akan menghadapi peperiksaan. Jangan malas! gerakkan seluruh sistem badan kita. Semoga berjaya dan memperolehi ridha Allah, itu yang lebih utama. Jadilah belia negara yang mapan untuk pembangunan rohani, jasmani, intelektual dan realiti. InsyaAllah. 




Salam.
hauraffna. 
kota tinggi.

0 tazkiyah & taujih: