Pages

Thursday, May 24, 2012

Ukhuwah membosankan?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
ukhti ukhti, dan pencari cinta Ilahi...


Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat pada Allah yang memberi kekuatan untuk menamatkan juga exam Alevel (AS = 6B chem) within 3 minggu.. Alhamdulillah syukur sangat-sangat pada Allah yang memberi ketenangan dan ilham yang baik... Syukur sangat-sangat pada Allah yang memberi seorang ibu dan seorang ayah dan 4 orang adik beradik yang tak putus-putus support. Syukur pada Allah, kerana beri diri ini peluang untuk bergantung kepada Dia. weeee.
"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati. Apakah pantas bagi Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? Dan Dia Maha Halus, Maha Mengetahui" (Surah Al Mulk 67:13-14)
Dan bersyukur sangat-sangat sebab Allah anugerahkan ramai SAHABAT yang emmmmmmmmmp memang takkan jumpa kalau bukan sebab Allah. :)


Aku ingin memelukmu ukhti ku, aku rindu kanmu. :'(


Tapi, aku tahu.. Allah Maha Mengetahui segalanya.. adakalanya ukhuwah yang sweet itu, teruji.. ukhuwah yang manis dan mapan itu, akan goyah ikatannya.. ukhuwah yang atas nama iman itu, luntur warnanya... (nangis)


"Eh, dia ni kenapa?"
"Eh, napa diaorang makan berlima je?"
"Eh, kenapa diorang study kimia tanpa aku?"
"Eh, naik bas pukul 6? Aku tak tahu pun."
"Eh, dengar recording ustaz berdua?"
"Eh, tak tahu pun hari ni ada usrah. esok daurah?"
"Eh, kape?"


Arghhhhh. Seram sejuk aku memikirkannya. Lagi-lagi waktu exam, di uji sebegini.. 


Saban hari, muhasabah diri... Membina semula ukhuwah yang dikatakan hilang itu tadi.. Tapi, macam plastik? Arghhhh.


Ujian... Allah... ujian... Arghhhh.......... 
Time usrah, takde ukhuwah, takde feeling...... tak dapat feel.... Ukht bagi sharing pun, rasa dah tak masuk... Orang share pasal surah Al Ma'un, kau feeling benda lain? Oh Husna. kenapa kau ni.. 


Di saat itu, beberapa minggu itu, memang mandi tak basah (sebab sabun habis. haha), memang makan mcam kunyah-kunyah lepas tu lapar balik, memang hidup tak seceria dulu, memang langit akasia yang cantik biru tu, mendung kelabu, hitam.. Memang bila ulang ulang lagu yang ingat memori, nangis sampai Nate (hosmet) tanya, "exam susah ka?" Arghhhh ukhuwah ku teruji! (tapi insyaAllah masih boleh kontrol dan kawal perasaan tu, masih menjawab exam dengan tenang. Alhamdulillah. Allah uji part yang aku mampu hadapi). 


Langit Akasia, Shah Alam, Malaysia.


Malam itu, aku cuba tahan tapi air mata bergenang tatkala tasbih kifarah dan surah Al Asr dibaca, penutup majlis ilmu.. usrahku..Tapi mampu lagi buat muka comel, so taklah nampak sangat.  Malam itu sharing tentang exam dan bebrapa perkara penting.. Turun je eskalator... Papppppp! Seorang ukht memelukku..


"Una! napa?"
"emm haha. tak de apa-apa lah"
"Yeke, hehe."
"Aah. Tu cantiknya baju pengantin tu"
"Ceritala kenapa. Awat tukar topik"
"hmmmm... erk tsk tsk, terus nangis macam kanak-kanak mintak gula-gula kapas. Una terasa dengan mereka!"
"Yeke"
"hmm.." tsk tsk nangis macam kanak-kanak minta soft toy.
"Una, una rasa macam tu ke?"
"Aah, oleh sebab una tak study kat bawah, una rasa macam jauh dengan diorang."
"Una, yeke... Una, mungkin waktu ni, Allah nak uji, dengan siapa kita letak kebergantungan.. Dengan Allah ke, dengan manusia....Allah nak uji, nanti, tanpa mereka yang una sayangi ni, boleh ke una buat 'kerja' sorang-sorang."
".......got it"


Jazakillahukhairankhatira ye. Begitu, kisahnya. Allah nak ajar kita something.. Dan.. walaupun menyesakkan nafas....Aku kena:


-banyakkan istighfar, kuatkan hati. cepat sangat terasa! 
-mungkin sebab iman kita problem, so, ukhuwah pun problem. (first order)
-anda cari kasih sayang siapa? Allah atau manusia?
-ikhlas kah berukhuwah?
-belajar berlapang dada


Una mintak maaf ye, dengan sahabat sejati Fillah.. sebenarnya, una memang cepat terasa.. Tapi, bukan salah enti semua.. Una, yang cepat sangat tersentuh... Ujian ini menguatkan lagi ikatan ini.... InsyaAllah... minta maaf... Terima kasih sebab selalu ingatkan una.. 


Esok kita nak pegi daurah.. Semoga Allah menguntumkan balik kelopak-kelopak sakura cinta kita. hoyeh. ilyFLH~


"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang BERTAQWA" (surah AzZukhruf 43: 7)




untuk dia, yang selalu mengingatkan diriku, yang kadang-kadang jauh dari Ilahi, terima kasih. dia itu ramai dan Allah mengutuskan rahmatNya melalui mereka. 


Salam.
hauraffna.
Shah Alam.

3 tazkiyah & taujih:

Husna AOmar said...

kak una.....
terimakasih, syukran jiddan!!

mcm sama je rasa tika waktu ini.
masyaAllah Allah hantar kak una through blogger untuk saya..

salam ukhuwah akak, ^^
nama kita samaa hehe

hauraffna said...

Alhamdulillah.
Allah beri apa yg kita perlu,
dan usaha membuahkan hasil.
Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan mu, ukht. Salam ukhuwah.

Anonymous said...

salam ukhti fillah..
ana sedar apa yang mungkin enti rasa di kala itu..tapi ingatlah, ukhwah kita bukan ukhwah atas dasar persahabatan itu sendiri tapi ukhwah kita adalah atas dasar tali-tali keimanan..tidak bermakna kita berjauhan tali keimanan yang menghubungkan kita putus..tidak..tali itu sentiasa ada..oleh itu yakinlah bila berukhwah kerana-Nya,tiada siapa yang ditinggalkan..hanya keadaan dan tempat yang memisahkan tetapi hati kita masih mengadap dan menuju kepada-Nya..ingatlah ukhwah kita bukan murahan..ukhwah kita terbina bukan dengan harga yang boleh dinamakan..kerana ukhwah kerana-Nya sangat mahal dan juga tarbiyah untuk kita..ana tidak dapat jadi sebaik Harun untuk enti sebagaimana Harun untuk Musanya tapi ingatlah Allah mengirimkan Harun ketika Musa sangat memerlukan dan Harunmu bukan lah seorang wahai ukhti fillah :)