Pages

Sunday, June 3, 2012

Driver Train D&T (part I)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Post sensitif buat yang sensitif.


Astaghfirullah.
"Aku ingatkan mujahid dan mujahidah ini orang yang berjuang di jalan Allah, rupa-rupanya orang yang angau - fb"

Astaghfirullah, Tuhanku, mohon aku dijauhkan dari sifat manusia yang lalai dari nafsu yang membelenggu. Amin.

Pon pon pon!
Kereta api Dakwah dan Tarbiyah sangat laju. Woi! Tunggu. Arghhh tengah sesak-sesak nafas, nasib baik sempat tekan button untuk reopen pintu train. Alhamdulillah dapat naik. Wah, manusia dalamnya sangat tenang, wajah berseri-seri mengejar cinta Allah, berukhuwah kerana Allah, saling mengingatkan tentang bahaya dunia yang menipu, dan mengejar nikmat yang kekal abadi di syurga. Bersyukur dapat naik.


Wah masih jauh perjalanan. Banyak betul duri-duri nikmat di dunia ni ek. Boleh tertipu dek nafsu. Allah, berikan kekuatan. Manusia itu kadang di uji dengan part yang mana dia lemah, supaya Allah kuatkan dan mantapkan diri di part yang itu.


Ohho. Driver Train.


Sahabat saya selalu berpesan, mantapkan diri di medan tarbiyah ini dahulu. Jalan menuju syurga itu berliku dan panjang lagi. Samalah ceritanya dengan membuat keputusan mengambil driver train. Sudahkah 10 Muwasafat Tarbiyah kita cuba perfectkan? 'Benda' tu benda besar, Husna!


http://langitilahi.com/6707 (aim bagi setiap mukmin wa mukminat)

1. Aqidah yang sejahtera.
2. Ibadah yang sahih.
3. Akhlak yang mantap.
4. Sihat tubuh badan.
5. Luas pengetahuan.
6. Melawan hawa nafsu.
7. Sangat menjaga masa.
8. Teratur dalam segala urusan.
9. Mampu berdikari.
10. Bermanfaat bagi orang lain.


Rupanya, memang apa-apa pun kena bersandar pada Allah. Namun, banyak manusia tersilap. Meletakkan bahawa persediaan untuk ke gerbang 'benda' tu, kena couple, kena ambil hati pasangan (macam orang yang dah nikah), kena macam ni, kena macam tu. Persediaan menjadi wife/mama solehah bermula dengan bina diri (mengikut kehendak Allah, seimbang dunia dan akhirat), atleast usaha, kenalpasti aim. Dan 'benda' ni bukan lah sekadar adat dan ofkos, bukan tujuan hidup yang utama.


Mengambil driver train itu, pastilah driver yang akan membawa gerabak train yang menuju ke destinasi yang sama yang kita nak. InsyaAllah. Mencari cinta Allah, pasti cinta yang utama. Amin. InsyaAllah. Doakan. Bukan nak tunggu perfect, tapi along the way, usaha tetap berjalan. 


caiyok caiyok. BM? Allah Maha Pengatur Terbaik.


Salam.
hauraffna. 
Shah Alam. 

0 tazkiyah & taujih: