Pages

Wednesday, August 29, 2012

Ramadan + Result A Level

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini baru sedar nak update blog. Baru sedar yg dah lama abaikannya, sebab saya pasti, benda ni akan saya jadikan hujah nanti di 'sana'.

Alhamdulillah.
Persiapan raya kali ini, biasa-biasa sahaja. Bersyukur sangat family tak terlalu havoc dengan raya.. Bersyukur sangat dapat berpuasa sebulan penuh di rumah bersama keluarga. 2 tahun sebelum, berpuasa di Bumi Shah Alam sana dan sangat terkebil-kebil kalau buka sorang-sorang dalam rumah 2 bilik tu. Ayah, tahun ni berhajat untuk solat tarawikh full di masjid Jamek, berdekatan rumah. Alhamdulillah, dapat saya tumpang mengejar keberkatan Ramadhan. 





Cuti sebulan. Dah lama tinggalkan usrah. Rasa hari tu, dapat sekejap je online dengan sis dr JB dan Ireland. Memang rasa kosong.. kosong.. kosong.. Tapi setiap kali sujud terakhir tarawikh, mesti menangis sebab saya rasa Allah sangat dekat.. Dia je nak dengar dan tengok saya. Saya ni hina. Kata je seorang daie, tapi dosanya banyak. sangat. Kadang-kadang rasa tak layak nak pegang penggerak intec dulu. Malu. Malu dengan diri sendiri. Setiap kali bangkit dari sujud itu juga, segar sangat. Inspired. Something yang masuk dalam diri. Meresap. 

Itulah Ramadhan bagi seorang yang berumur 20 tahun. Nak mengenal erti islam sebenar bukan main payah lagi. Tapi kan, sekali Allah bagi faham sikit, zaaaaaap, hilang je rasa kecewa/susah payah semua benda tu. Rasa tenang je.


16 hb September 2012

Masa ni dah nak dekat sangat dengan raya. Masa tu, semuanya tak kena. Tak tahulah. Perasaan yang macam hari ni, kat hati tu, macam ada something yg tak lekat-lekat. Macam nak gugur. (huu, saya pun tak tahu nak explain).

Masa pagi-pagi tu, memang rehat habis. Sakit perut, tangan berpeluh-peluh, undescribed feeling. Lepas tu, solat Dhuha dulu, lepas tu Aqilah ada post kat blog pasal 'hari yang dinanti-nanti'. Memang belajar untuk redha. Memang tawakkal tu, hope for the best, prepare for the worst. 

Sebelum result keluar, macam-macam saya belajar. Personally, memang belajar erti tawakal. Yela, saya sepanjang belajar di intec, memang tak pernah lepas cut off points yang JPA nak. Ok, macam dulu saya selalu tulis, kalau mahu ke Manipal, kena lepas 12. (maximum 15). Biasanya, saya akan dapat points 10. Sem satu mendapat 10. Sem dua mendapat 11. Sem tiga mendapat 10 dan begitu juga Sem empat (percubaan). 


surat tawaran biasiswa JPA tahun 2010. (berdebar tengok syarat-syaratnya)


Namun, saya tetap yakin. Allah akan bantu. Allah ada. Dan Allah Maha Baik. Pernah satu sem dulu, kalau tak lepas, parents akan dipanggil ke kolej. Waktu itu menangis-menangis saya telefon ibu, tanya, "ibu, takpa ke kalau ibu kena datang sini..." Namun, bersyukur sangat-sangat pada Allah, ibu tidak pernah turun ke Shah Alam disebabkan keputusan yang kurang mamuaskan. Rupanya, cut off yang Intec lepaskan ialah 10 ke atas. Jadi, saya selalu lepas cut off rupanya. 

Saya ingat, di awal-awal dulu saya mendapat surat tawaran JPA, syarat awal sekali ialah melepasi cut off points dan melepasi temuduga. Dulu selalu dimomokkan oleh orang lain, kalau tak lepas cut off ni, tak boleh fly. Saya jujurnya tak suka bila orang tak percaya pada saya. Saya jenis yang paling tak suka nak meraih kepercayaan orang. Orang tak nak percaya, sudah. Tapi ibu jenis yang memang selalu percaya pada saya. Walaupun sangat garang, tapi saya tahu marahnya itu bertujuan mengajar. 

Itulah sekitar kenangan pembelajaran saya di intec dahulu. Kembali semula pada 16hb tu, hehe. Dari pukul 10 lebih macam tu, dah start ajak adik kemas rumah. Tolong lap-lap perabot sebab dah mula berhabuk sangat-sangat. Adik saya yang bijaksana itu, mula-mula memang berat nak start bekerja, tapi bila once dah bergerak, memang tak henti bekerja. Superb. Ahmad Dhiyaudin. Itulah namanya. Dia suka saya beri nama dia Ad Din :) 

Sejak pukul 12 tengahari, dok click benda yang sama. seminit click, seminit mengelap. Seminit click, seminit mengangkat. Seminit click, seminit membebel. Hehe. Itulah kenangan termanis. Sebab rasa busy gitu. Hehe. Last-last dah pukul 1 lebih tu selepas azan (doa memang tak henti terlintas), try lah click sekali lagi. Masa tu, most dah gerak untuk solat dan touch up terakhir kali. 

WOOOOOHOOOOOOO DAPAT FLY.
Masa tu tak fikir panjang dah. Dah terherit-jerit macam apa. (sujud syukur dahulu). Lepas tu, ibu turun, habis kena peluk dengan peluh-peluh ni. Alhamdulillah. Ayah terus datang duduk sebelah dan ucap syukur tak putus-putus :)

Allah Maha Baik. Dont deny it. (tapi ya Allah, adakah jika result aku teruk, aku akan terus memujiMu, ya Allah...... Ya Allah, tsabatkan aku di jalan ini)


Keputusan A Level (13)

Start nangis bila kol Atok dan Adik pertama di Penang. Memang tak tahan feeling tu.
Lepas tu, berminggu-minggu asyik terigau-igau dengan 'click-jerit-click-jerit'. Macam asyik berdebar je.

Alhamdulillah. Rasa sangat Ramadhan ialah bulan yang barakah. Aku,
banyak sangat lagi nak belajar. Huu menangis lagi. Allah, terima kasih kerana sentiasa berada di sisiku. Tapi aku penuh noda dan dosa. Ampuni aku.

Terima kasih ibu beri kamera baru pada una. :) Later blog update mungkin dihiasi oleh gambar dari kamera baru itu.

Allhumaghfirli ummatan Muhamadar Rasulullah..
Salam.
thehauraffna..
Kota Tinggi..

1 tazkiyah & taujih:

Unknown said...

salam una.alhamdulillah terharu juga dengar kisah una.insyaAllah doa kita juga selamat di mana jua kita belajar :)