Pages

Tuesday, February 15, 2011

khusyuk dan mati

Bismillahirahmannirrahim.
Assalamualaikum.. salam ceria ..
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis dan berkongsi ilmu..
Walau hati masih tertanya kepada penciptaNya adakah syurga atau neraka.. Ya Allah.. perjalanan yang masih panjang ini ku memohon redha dan kasih sayang Mu serta pengampunan dari Mu..



Allah s.w.t berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 45 dan 46 yang bermaksud :
"Dan mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat , kecuali bagi orang yang khusyuk, yaitu yang mereka yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan mereka akan kembali kepadaNya" Allah Akbar.

ingin khusyuk?
yakinlah bahawa kita akan menemui Allah suatu masa nanti.. it will happen..
yakinlah bahawa Dia akan menjemput kita.. bawalah amalan ke sana.. amalan yang dapat membantu kita di sana...

Secara biologinya, kita pernah melalui zaman bayi, ketika masih kecil, ke sekolah rendah, ke sekolah menengah, ke IPTA, dan akan datang akan bekerja pula. selepas itu, memimpin keluarga dan masyarakat. setelah itu? Tua. setelah itu? nyanyok.  pasti kita akan merasai mati. Pasti ke? yeke? ke ragu-ragu lagi? tepuk dada tanyalah hati dan ilmu yang ada. peredaran umur akan berlaku. dan akan berakhir masa hidup manusia di dunia dengan mati. tak percaya lagi? "setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati" belum pernah lagi kita jumpa orang yang hidup 1000tahun lalu masih hidup. kalau lah mereka hebat sangat, kenapa Albert Einstein pun mati? pelik pulak. kata hebat sangat.


 ingatkah kita waktu kita masih kecil?

sehingga telah tiba untuk menjangkau ke usia seterusnya..

Ada sebuah syair ...
kubur-kubur telah berkata kepadamu,
meski dia diam dan penghuninya tersembunyi,
wahai yang mengumpulkan dunia yang tidak kekal!,
untuk siapa dikumpulkan kerana kau akan meninggal.


Allah s.w.t berfirman :
"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Surah Asy Syura : 25)

Seterusnya ayat dari Allah yang lebih menyentuh jiwa...
"dan Dia memperkenankan doa orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dan menambah pahala kepada mereka dari KurniaNya. Orang-orang yang ingkar akan mendapat azab yang keras"
(Surah Asy Syura : 26)

tips kesihatan pada entry kali ini :
makanlah pisang :) pisang kaya dengan sumber tenaga disebabkan gula yang terdapat didalamnya mudah dihadam disamping kaya dengan potassium - menyegarkan fungsi otot dan saraf. jazakallah..

سبحان الله
سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك
ندعوك ونرجوا غفرانك
salam, majHR 2011.

1 tazkiyah & taujih:

Anonymous said...

salam persahabatan blog... :)
apasal kecik tulisan kak... sakit mata membaca